Syawal 1435H: Beraya Lagi (^_^)

7:31:00 am Yana Yani 26 Comments

Hari ni nak sambung lagi cerita raya aku yang entah bila akan ada penghujungnya. Tak kisahlah, aku tetap nak cerita juga. Hehe!

Kalau beberapa hari ni aku cerita pasal beraya di kampung Mak, kali ni kami pergi berkunjung keluarga sebelah Abah pula. Atuk dan Nenek sebelah Abah dah lama tak ada.

Mujur masih lagi adik-beradik yang boleh dikunjungi. Untuk makluman, Abah adalah anak bongsu dari sembilan beradik. Tiga dari mereka dah lama kembali ke Rahmatullah.

Misi dimulakan dengan terjahan ke rumah parent in law aku. Lama juga kami lepak dekat situ. Sempatlah juga bebudak ni posing tak ingat dunia. Hehe!


Ada beberapa pakcik dan makcik aku tak ada di rumah. Mungkin sebab baru minggu pertama beraya. Ralatnya tak dapat jumpa mereka yang memang setahun sekali aje jumpa.

Paling best adalah apabila menjejakkan kaki di kampung Abah di Sawah Sempadan. Suka tengok deretan padi yang menghijau. Sejuk aje mata memandang.


Kami lepak lama juga ke rumah Wak Sarip, abang kedua Abah. Kasi can Aisy dan Khaira berehat sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.


Aku pun sempat juga posing dengan adik-beradik aku. Bawah ni Angah, adik aku yang paling close. Mungkin sebab jarak usia yang tak jauh beza.

Pernah tak aku cerita yang dia ni single and available?

Boleh contact aku kalau nak kenal dengan dia. Hehe! Ni mau hilang kepala aku ni sebab keluarkan statement gitu. Peace Ngah (^_^)


Yang dekat bawah ni Angan dengan Anis aje. Yang lelain sibuk. Annor sibuk jadi cameraman. Dayah pula sibuk dengan anak dia, si Khaira. Syafie pula sibuk tidur bawah rumah. Hehe!

Ye, aku sedar diri aku lebih pendek dari adik-adik aku. Tapi aku tetap paling comel. Hehe!


Lepas tu kami bergerak ke rumah keluarga mentua Dayah pula. Rasa penat juga perjalanan kami hari tu. Walaupun penat, tetap mampu berposing dengan Aisy. Hehe!


Masa dah sampai ke kawasan keluarga mentua Dayah, Abah ajak kami ke pengkalan dulu. Kebetulan time tu nelayan baru balik bawa hasil yang lumayan.

Abah tengok benda tu, memang menggila nafsu dia membeli. Lagilah bila anak menantu semua ada, memang seronok aje dia angkat semua tu. Dahlah murah.


Sementara nak tunggu Aki habis membeli, kami posing lagi! Hehe!


Lepas Aki dah puas membeli, kami pun nak gerak ke rumah Dayah pula. Tapi sempat lagi posing tu. Hehe! Memang hantu posing betullah kitorang ni. Hehe!


Gambar bawah ni adalah dekat rumah terakhir yang kami pergi. Dapat makan laksa yang marvelous. Hehe! Kenyang perut kami. Terima kasih tuan rumah (^_^)


Aku rasa itu aje bebelan aku untuk hari ni. Tapi lepas ni aku akan sambung cerita pasal raya lagi. Jangan marah! Hehe!

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

------------------------------------------

Hari ni Malaysia berkabung bersempena ketibaan jenazah para penumpang dan krew MH17. Salam takziah buat keluarga para penumpang dan krew MH17.

Hari ni juga aku bersama rakyat Malaysia yang lain berkabung sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi yang menyedihkan dalam sejarah penerbangan dunia

Semua yang berlaku adalah di atas ketetapan DIA yang MAHA BERKUASA. Diharap ahli keluarga tabah dan redha di atas apa yang berlaku. Sejujurnya, aku tumpang bersedih. Al-Fatihah.

#MalaysiaBerkabung

26 comments:

  1. cepat2 sambung..dah nak habis seminggu je lagi ni raya

    ReplyDelete
  2. 26 syawal dah.. masih ada raya lagi ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite awal minggu raya dulu
      baru sekarang ada masa membebel =)

      Delete
  3. psstt: ai pun ada entry raya yang tertunggak belum siap publish lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. syok nyer tengok abah dok membelek udang dan ketam yang meriah itu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, saya pun rasa syok
      tapi time tu yang terlebih beli abah sorang je =)

      Delete
  5. betul ke kakak dan adik nih..nampak kakak lebih muda dari adik..hiksss
    Yana yg berbeju biru tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahaa...ni statement buat ketawa riak kejab
      astaghfirullahaladzim...bawa bertenang yana wei =)
      saya anak sulung JM, lelain tu semua adik

      Delete
  6. dah penghujung syawal ni..hihi..seronok kan dapat jumpe sanak saudara lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum penghujung lagi
      tapi hampir penghujung..hehe
      yup, memang seronok jumpa sanak saudara

      Delete
  7. Replies
    1. hehe...tu pun snap dala kereta yang tengah bergerak

      Delete
  8. Syawal yg berbaki ni haruslah dimanfaatkan sebaiknya hehee... meriah. Permandangan sawah tu pun cantik sgt.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu sudah pasti en khir
      tinggal satu cerita aje lagi ni
      saya pun suka tengok gambar sawah tu

      Delete
  9. Wah...takpe,suka baca kisah raya sis. Sedih kan sis psl berkabung ni,sayu gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nasib baik raya dah nak habis kak
      idak confirm lagi panjang cerita raya =)
      tulah kan kak, macam terasa juga walau
      tak kenal sesapa dalam pesawat malang tu

      Delete
    2. Sebab kathy punya peri kemanusiaan,tak seperti si pelaku kekejaman itu. Hati kering..

      Delete
    3. hehe...manusia normal memang ada sifat perikemanusian
      yang kurang normal aje tak ada
      cam rejim zionis dan yang seangkatan dengan dia

      Delete
  10. Ter-sport ketam besar kat situ..suka! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketam fresh farah wei
      rasa dia memang marvelous ler =)

      Delete
  11. Seronoknya AN..... tambah lagi berya dengan adik beradik sendiri hehe.....
    Ni baru betul mengeratkan silaturrahim nikan....Yg jauh kita dekatkan yg dekat kita rapatkan hehe...
    Comenya Aisyah....
    Haha awak sememngnya comey YY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah okje, baru terasa seronok raya kalau semua berkumpul
      aisyah comel cam mama dia...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...