Hari Alam Ria PASTI (^_^)
Hari ni stop dulu cerita pasal raya. Takut ada yang muak. Hehe!Aku nak bercerita pasal Hari Alam Ria PASTI kawasan Kapar yang sekolah Afif sertai pada 9 August yang lepas. Afif antara murid yang mengambil bahagian dalam acara nasyid.
Mula-mula tu macam tak percaya yang Afif akan membuat persembahan di hadapan orang yang ramai dan beberapa VIP walau telah diberitahu sejak dari awal oleh guru sekolah Afif.
Sebab utamanya, Afif ni bukan jenis bercerita apa yang berlaku. Perangai dia tu kebiasaan bagi seorang lelaki kan? Hehe! Kalau kita tanya baru dia bercerita itupun bukan secara details.
Malam sebelum pertandingan tu baru dia bercerita itupun sebab aku tanya. Malam tu juga dia berlatih menyanyi di depan aku siap dengan gaya lagi!
Pagi tu, aku adalah orang yang paling excited! Rasa tak sabar nak tengok Afif menyanyi (^_^)
Kami pergi terus ke venue yang ditetapkan sebab berdekatan aje dengan rumah kami sekarang. Tak pergi sama dengan kawan-kawan Afif.
Tapi Afif bila berjumpa dengan kawan-kawan dia, bukan main! Lupa Mama dengan Papa dekat sebelah. Bebudak tu bukan main ramah dengan aku.
Lagi best diorang ni cukup mesra kamera. Tiap kali aku suruh diorang pandang kamera, macam-macam aksi yang diorang berikan. Kalah aku!
Cuba fokus pada budak perempuan berbaju hijau tu. Bukan main lagi dia beraksi depan kamera. Untuk makluman, dia merupakan ketua kumpulan. Paling outspoken berbanding yang lain.
Tapi lama juga nak menunggu turn Afif buat persembahan sebab adalah 15 kumpulan dari pelbagai PASTI seluruh kawasan Kapar mengambil bahagian.
Kumpulan PASTI AL-Hikmah turn yang ke-14 membuat persembahan. Lama gila nak menunggu!
Dah lah Aisy asyik merengek aje time tu sebab dia kena ulser. Kesian sebenarnya, tapi tak ada sape yang boleh jaga dia time tu. Tu yang heret sama sebab tak ada pilihan.
Afif pula seronok aje, lagilah sebab ramai kawan-kawan dia ada. Memang bertambah ligat anak bujang aku ni. Patut cikgu dia pening aje.
Dalam ramai-ramai tu, aku jumpa cikgu yang mengajar aku masa tadika sekitar tahun 1989 dulu. Dulu aku pun sekolah PASTI tau! Habis semua keturunan belajar kat PASTI (^_^)
Tak sangka dia masih mengajar lagi. Masa aku tegur dia, dia tak ingatkan dekat aku. Tapi lama juga kitorang bercerita macam kawan lama. Hehe!
Sayangnya aku terlupa langsung nak bergambar dengan dia. Regretted sungguh!
Tak lama lepas tu, tibalah masa yang ditunggu. Akhirnya kumpulan Afif membuat persembahan. Excited aku dibuatnya, siap pesan pada semua ahli kumpulan suruh nyanyi kuat-kuat.
Malangnya ketua kumpulan, budak perempuan berbaju hijau tadi tu boleh pula gugup atas pentas. Tiba-tiba suara dia langsung tak keluar. Kesian pula tengok dia.
Urusetia beberapa kali membetulkan mikrofon, tak keluar juga suara dia! Siap boleh dengar kawan sebelah dia kata, "Wei cepatlah nyanyi!"
Kata-kata dia tu membuat hadirin yang hadir menyaksikan persembahan diorang ketawa.
Berdasarkan persembahan tu, aku dah agak kemenangan tak mungkin berpihak kepada mereka sebab ada lagi kumpulan yang lebih bagus.
So aku minta izin cikgu Afif untuk membawa dia pulang walau pemenang masih belum diumumkan. Tak sanggup rasanya nak tunggu lebih lama dengan keadaan cuaca yang panas terik.
Walaupun tak menang, sekurang-kurangnyaAfif dan kawan-kawan memperolehi pengalaman berharga hari tu. Mama bangga sangat dengan Afif (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum.
wah... kemain syok lagi ek.. dulu mama kecik-kecik selalu join event macam ni.. cewahhh event lah sangat.. haha
ReplyDeletehehe...memang syok mama
Deletesaya dulu pun sama
tu yang bila tengok anak buat persembahan
terbayang diri sendiri...hehe
takpe yana...kalah menang tu adat pertandingan...yg penting pengalaman tuuu.... mesti afif hepi...sikit sebanyak boleh build up die punye konfiden level kan.....
ReplyDeletecute2 je tgk pic budak2 tu.... mmg nampai yg pakai baju hijau tu jenis 'berani'..masuk sekolah rendah nanti leh jadi penolong ketua darjah atau pengawas tu heheheehe
lieya dulu kat sekolah rajin gak join2 mcm nie...kalo tgk pic balik mmg tegelak sorang2 hahahahaha
hehe...tula pasalnya lieya
Deletemacam lieya cakaplah, secara tak lagsung membina
confident level diorang =)
tu lah leiya, dia cukup outspoken tau
tak takut dengan orang langsung, cuma time atas pentas dia gugup
tiba-tiba tak keluar suara
dia tengok orang ramai sangat agaknya
samalah kita lieya, saya pun selalu juga =)
Betullah...bila tengok ni teringat masa sekolah tadika dulu haha! Sekarang ni kalau suruh naik pentas, menggigil kepala lutut!
ReplyDeleteSatu pengalaman manis buat Afif dan dia boleh lihatnya kembali diblog ini suatu hari nanti.
hehe...samalah kita BM wei
Deletekalau saya pun mau pengsan kalau suruh naik pentas sekarang
tapi bebudak kan, apa diorang tahu
tahu seronok aje
tulah tujuan semua coretan ni =)
Saya tak terima apa2 massage dlm FB. boleh pm sekali lagi di https://www.facebook.com/bin.muhammad.16
DeleteNanti saya reply... Nak bagi Axia baru ke? hehehe...
hehe...axia ye
Deletekalaulah saya kaya BM...hehe
Tengok Afif gulp, gulp air pun tau betapa penatnya bernasyid dengan ketua kumpulan tak keluar suara :) Aunty rasa terlebih posing tu, dik...tu yang terus terlupa nak melantun suara... Hiks!
ReplyDeleteAfif posing mengancam sampai duduk atas lantai. Penat melayan kerenah mama eh...
Jumpa cikgu tadika? Itu memang tersangat rare. Kalau setakat cikgu sekolah rendah, menengah tu okeylah, biasa juga dengar.
cuaca panas time tu MD, tu yang minum air cam tak cukup
Deletehehe...rasa yelah
boleh dia tak boleh keluar suara, cam takut sangat
padahal sebelum u okay aje
hehe...nasiblah dia. tak boleh buat apa sebab mama dia blogger
apa yang rare nyer,biasa ler tu kan
Budak lelaki mmg gitu YY...dia mmg jarang sangat bercerita pasal aktiviti diaorg kat sekolah sama je mcm anak sulung OKje tu...
ReplyDeleteTahniah Afif.....betul kata YY...menang ke kalah tak penting yg penting dapat timba pengalaman
kan okje, saya perasan gitu tau perangai budak lelaki ni
Deleteyelah kan okje, menang ke kalah tu adat pertandingan
yang penting pengalaman yang diperolehi
Menarik ni.. tak pelah. Kalah atau menang tu tak kisah sgt, apa yg penting ialah pengalaman tu.. dan bergumbira.. :D.. Tahniah Afif!!!
ReplyDeletetulah kan en khir
Deletekalah menang tu biasalah
lagipun dia pertama kali participated =)
seronok tfk budaa budak persembahan..dua tahun lpas adik bongsu sy bis blaja kat pasti..de jugak attend majlis nih
ReplyDeletehehe...tulah pasal mimi
Deletekelakar ye juga tau
sebab bebudak buat persembahan kan, macam-macam perangai =)
Tahniah Afif..tak menang pun tak apa..janji ambil bahgian...dapat jugak pengalaman..
ReplyDeleteAlah comel jer kan kanak2 lengkap dengan baju melayu...teringat anak2 bujang bunda masa kecil2 dulu pernah juga terlibat acara2 macam ni...hafazan...dan bercerita..
Bestnyer dapat jumpa cikgu lama...rasanya Yana sebaya ngn anak sulung bunda...
p/s owh! ya Yana ada fb?..nanti add bunda boleh pm address..
tulah bunda, saya pun teringat diri sendiri
Deletebila dok tengok bebudak ni buat persembahan
yeke bunda? saya lahir tahun 1983, dah 31 tahun ni =)
saya dah letak fb link saya dekat ruangan komen bunda =)
mesti seronokkan tengok anak buat persembahan,walapon hanya nyanyi nasyid tp tetap dalam hati mama tetap rasa bangga...
ReplyDeletekalah menang takpe yg penting afif berani untuk naik pentas,jgn mcm acik nih..gabra kalu naik pentas, nama kenapa panggil utk amik hadiah atau sijil pun dah menggelabah biawak..hahaha
seronok sangat kak, bangga pun ye juga
Deletelagilah ni first time afif buat persembahan, terhibur dibuatnya
samalah kita kak wei, ketar lutut kalau kena naik pentas =)
tak pe kalah memang kan adat bertanding.. yg patut dipuji afif berani nak ke pentas.. =D
ReplyDeletehehe...usia kanak-kanak lagi kot
Deletetu pasal berani aje
cer suruh mama dia yang tak berapa nak muda ni
mau ketar lutut =)
Hehe..teringat² kenangan di zaman tadika dulu. Hehehe..
ReplyDeletekan kak
Deletedulu kita pun gini juga =)
ish...cute dan comei lah 2 org kids ni like mama dia lah
ReplyDeletehehe...ni lagilah nak buat gelak riak ni
Deletehehehe =)
Cerianya...
ReplyDeletesemestinya! =)
Delete