Fesyen Jilboobs? (^_^)

7:18:00 am Yana Yani 22 Comments

Fesyen Jilboobs? | Dunia dah nak akhir zaman ni, ada macam-macam cerita pelik yang kadang-kadang di luar batas pemikiran manusia normal. Perangai usah katalah, lagilah pelik! Semalam masa aku tengah nak checked email, terpandang satu news dekat Yahoo! Entertainment yang pada aku amat sesuai untuk dikongsikan di sini sebagai renungan bersama.

Ianya mengenai pengfatwaan haram fesyen Jilboobs yang menjadi trend yang popular di Indonesia oleh Majlis Ulama Indonesia. Masa baca tu aku terfikir, apa kebenda Jilboons? Boobs tu aku faham, tapi Jilboobs tu apa kebenda? Haiwan berkaki tiga ke? Pelik!

First time aku dengar fesyen tu. To be specified perkataan Jilboobs tu sendiri. Korang tahu ke Jilboobs tu apa? Tak tahu? Aku lagilah tak tahu! Hehe! Menurut berita yang aku baca tu Jilboobs adalah gandingan perkataan Jilbab dan Boobs. Kalau diterjemahkan ianya bermaksud tudung payudara.

Contoh dia macam yang dekat bawah ni.

Fesyen Jilboobs?

Astaghfirullahaladzim.

Moga kita dan keturunan kita dijauhkan dari keinginan untuk berfesyen seperti itu. Jelas sekali ianya tidak menetapi spesifikasi yang ditetapkan dalam pemakaian wanita Islam. Kalau kita perasan dekat Malaysia pun ramai juga sebenarnya yang berpakaian camni. Moh, kita bersangka baik aje. Anggap yang mereka ni masih kurang jelas maksud menutup aurat.

Kita anggap juga yang mereka ni tak boleh bezakan antara kehendak fesyen dan kehendak agama. Tu yang buat diri mereka menyimpang jauh tanpa menyedari kesilapan yang dilakukan. Lebih parah bila masyarakat sekeliling seolah-olah menyokong dan menganggap ianya sesuatu yang normal. Pendek kata, asal tutup bahagian kepala dah kira menutup auratlah tu!

Menutup aurat hukumnya adalah wajib bagi setiap umat Islam. Tak kira lelaki mahupun wanita. Ianya tidak boleh dipandang ringan kerana kelak kita akan menyesal di hari pembalasan. Sebagai renungan bersama, ciri-ciri pemakaian yang menutup aurat yang dituntut oleh syarak bagi setiap wanita Islam adalah seperti berikut:

1. Pakaian yang labuh dan menutupi seluruh anggota badan kecuali anggota yang bukan aurat
2. Pakaian yang tebal dan tidak nipis. Yakni menutup warna kulit dari kelihatan.
3. Pakaian yang longgar dan tidak ketat atau tidak menampakkan susuk atau bentuk tubuh
4. Pakaian yang tidak menyerupai lelaki

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaan seperti telanjang"

Wanita yang beragama Islam, marilah kita muhasabah diri bahawa mati itu pasti. Janganlah mensia-siakan amalan yang kita lakukan disebabkan kegilaan kita dengan fesyen. Rugi! Moh, kita perbaiki diri sebab kita semua nak SYURGA! (^_^)

Moga apa yang aku sampaikan hari ni memberi manfaat buat kita semua. Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk tu datangnya dari aku sendiri. Assalamualaikum (^_^)

Sumber: Yahoo! Entertainment, Diasahabatku dan Ilidalila.

22 comments:

  1. bila yg anggap aurat tu cuma rambut.. maka yg ditutup cuma rambut jer la. saya pun serba kekurangan lagi.. tp x sampai la nak berfesyen Jiboobs ni.. dah bunyi pelik pulak pesennya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin diorang kurang jeleskan kot
      maksud menutup aurat ni...tu kita kena saling ingat-mengingat
      saya pun sama cik lekit, mana ada orang yang sempurna =)
      ALLAH aje yang sempurna

      Delete
  2. Itu tak termasuk tudung yang berbonggol macam bonggol unta tu...berbelit2...sanggul tak sanggul...beserban bagai ..terlebih fesyen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok fesyen yang bunda sebutkan tu
      terasa kelakar sebenarnya
      tapi tulah, mungkin mereka tak sedar
      yang fesyen mereka tu tak menepati spefikasi
      penutupan aurat =)

      Delete
  3. Astagfirullah... yg pakai dpt dosa, yg tertengok pun tak pasal2 dpt dosa. Mmg berganda2 dosa dia... wallahualam. Tak baik pulak saya menghakimi org tapi itulah klu diikutkan kebenarannya kan.. Astagfirullah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan en khir
      mungkin mereka ni masih jahil

      Delete
  4. saya yang tengok pun jadi malu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tapi benda dah macam barah
      kita kena betul menasihatkan orang camtu

      Delete
  5. Assalamualaikum, Kak. Maaf lambat bagi respons ya. Saya sangat sibuk sekarang ni di sekolah.
    Hadiah apa tu ya? Saya ada menang apa-apa ke? Rasanya saya tak masuk segmen pun.

    P/S: Mohd Helmi Bin Ahmad
    Sekolah Kebangsaan Batang Kali
    44300 Batang Kali Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasan cikgu ada tinggal alamat di sini
      bukan sebab apa-apa segmen cikgu
      hadiah sebagai tanda penghargaan aje
      dah dua tahun blog yang tak seberapa ni

      apapun semoga urusan cikgu dipermudahkan

      Delete
  6. Memang benar dan kata Rasulullah saw dan kita sebenarnya memang berada diakhir zaman... Masa kini, Berpakaian dan bertudung bukan lagi bertujuan menutup aurat tapi hanya sekadar fesyen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahuakbar takut sebenarnya
      moga mereka tu menyedari kesilapan

      Delete
  7. Fuyyo...seksa giler..nanti di akhirat tersiksa..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      harap-harap diorang sedar diorang buat salah

      Delete
  8. Memang yang akak JM jumpa berpakaian begini nak di tegur risau di katanya jaga tepi kain org so terus pandang ke lain..kalau x nanti mulut mula nk mengaa yg x elok huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, tulah serendah-rendah iman
      saya pun tak mampu nak menegur seraca terus

      Delete
  9. Nilah org yg mmpersendakan agama..

    ReplyDelete
  10. Gambar yg ketiga paling tak boleh diterima.yg free hair pn malu nk buat mcm tue..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mungkin orang yang kurang fahaman
      konsep sebenar berpakaian dalam islam

      Delete
  11. mcm.mcm skang nih fesyen tudung..memg skang nih ramai yg pikir aslkan pakai tuding tak kosahlah pakai ape pun jnji tutup aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,mereka ni mungkin kurang faham konsep aurat ni
      tu yang pakai aje jamji kepala tutup

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...