Donut Versi Bulat (^_^)

7:23:00 am Yana Yani 26 Comments

Cerita ni terjadi tak lama lepas cuti hari raya baru ni. Disebabkan tekak dah naik muak makan rendang dan ketupat bagai, aku teringin nak makan lain dari tema raya.

So pagi tu, aku gigih dok menguli tepung berniat nak buat donat. Aku bancuh aje semua tu tanpa dok tengok cukup ke tak bahan dia.

Donat memang aku dah biasa buat. Tapi kalau dah kata orang tak pandai masak, memang ada aje yang tak kena dengan benda yang dibuat. Hehe!

Time dok menguli tu aku dok cari susu manis, baru perasan tak ada. Dah sudah! Tak jadilah donut aku pagi ni. Time dok pikir nak buat camne, terpandang susu Aisyah.

Aku tabur aje dalam doh aku tu. Lantaklah kan. Ni kalau makan donut aku ni tetiba orang dalam rumah ni otak bersambung, sahlah betul pengiklanan susu Aisyah tu.  (^_^)

Lepas sejam lebih aku dok biarkan dia nak bagi naik, aku pun semangat nak goreng donat! So pergilah keluarkan acuan. Time dok tekap, baru aku perasan adunan tu agak lembik.

Tak boleh dibentuk langsung!


Panik aku dibuatnya. In the end aku bulatkan aje dia.

Tapi nak bulatkan pun aku berdepan kepayahan sebab dia memang terlalu lembik. Aku tak berani nak tambah bahan lain. Takut langsung tak jadi.


Dah siap goreng tu aku salutkan dengan coklat. Sekali pandang memang nampak macam sedap aje breakfast yang aku buat pagi tu. Hehe!

Ni time tengah tulis entry ni pun buat aku rasa lapar dok tengok gambar donat bulat ni. Hehe!


Afif pula tak sabar nak makan donat tu walau aku dah kata ianya masih lagi panas. "Tak apalah Mama, Afif pegang dengan garfu" kata dia yang nak juga.

Lepas tu tiba-tiba dia jerit, "Fuyo, sedaplah Mama!"


"Yeke sedap?" tanya aku pula bila tengah Afif yang berulang kali makan donat tu.

"Betul sedap! Mama boleh berniaga ni" kata dia sambil menunjukkan donat yang dia telah gigit.


Aku pun rasa juga, memang sedaplah pada tekak aku. Hehe!

Ni nak menjawab pada Encik suami pula. Dia bukan boleh makan benda pelik-pelik. Ligat kepala otak nak dok pikir benda apa yang aku hidangkan pada dia pagi tu.

Masa dekat meja makan, Encik suami bertanya soalan yang memang aku dah agak dia akan tanya. "Ni apa benda ni?" tanya dia sambil menunjuk ke arah donat tu.

Belum sempat aku jawab, Afif dah tolong jawab kan. "Donatlah Papa! Mama buat bulat-bulat. Cuba Papa rasa, sedap!" kata Afif yang dah macam agensi pengiklanan.


Encik suami makan juga walau pada mulanya dia macam takut-takut nak makan. Tapi bila dah rasa, langsung tak berhenti! Habis donat yang bersalut gula tu dia makan sorang.

Punyalah sedap pada tekak dia. Hehe!

Bolehlah buat bini dia senyum sampai ke telinga walau pujian langsung tak keluar dari mulut dia. Dengan dia menghabiskan donat tu sudah cukup menggambarkan betapa sedapnya donat versi bulat aku.

Ke sebab susu Anmum Essential Aisyah yang aku campur dalam donat tu? Lantaklah kan, janji habis! (^_^)

26 comments:

  1. pandai afif puji....seronok kan yana dengar pujian anak2...budak2 bukan reti menipu kalo sedap mmg sedap laa kate mereka heheeheheh...

    lieya penah tgk kat youtube org buat donat...mmg doh die lembik2 mcm nie utk dptkan donat yg gebusssss....lieya kalo buat manjang keras...tak reti sungguh tangan ni nak mendonat...mauripan ade sepeket lagi kat umah tu...jgn nak expired sudahhh...kene buat something nieh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah lieya kalau anak puji ni, lemah badan dibuatnya
      mau hari-hari mama diorang buat donat...hehe

      saya alhamdulillah gebu juga lah, tak pernah keras
      orang kata letak susu dia jadi lembut dan gebu

      Delete
  2. nih namanya kreatif dlm masakan...

    ReplyDelete
  3. manis betul mulut afif nih...susu tepung anmum pon boleh la..tapi rugi la sebab susu budak ni kan mahal...hehehe..
    abis makan bermakna sedap le tuwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang buat mama dia rasa cam melambung-lambung
      hehe, tak adalah rugi sangat
      saya ambik sikit aje, tak sampai satu hidangan

      Delete
  4. betl2..
    kena kreatif..
    aku dah biasa sgt..buat benda lain jd benda lain..
    tp ko punya donut memang celas dah..
    kalau aku jd kuih tepung dah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan kratif PB, tu desperate! hehe
      aku punya tangan pula fail bab masakan ni
      masak asam pedas jadi masak merah...hehe

      kelas amendanyer, biasa aje tu
      aku dah ngeri takut jadi lempeng, tibai aje tu...hehe

      Delete
  5. heheheh... kreatif sis ni...family dah puji sedap,memang air tangan sis sedap la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif celah mana kak, tibai aje tu...hehe
      encik suami dah tujuh tahun makan air tangan saya
      bebudak lebih kurang enam dengan tiga tahun
      memang terbiasa sangat makan, tak sedap pun kena juga kata sedap...hehe

      Delete
    2. Kathy pasti bkn sbb dah terbiasa tp mmg sedap pun..

      Delete
    3. hehe, buat lawak akak ni tau =)

      Delete
  6. Okay juga Yana... donut bulat2 camtu... kreatif walaupun mulanya dah panik takut tak jadi... yang penting family puji... tu yang buat senyum sampai ke telinga... hehe ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, saya tak tahu nak buat camne dah tu sebenarnya
      mati akal dah time tu, masak dok kepal tu terpikir bulat aje
      jadilah bulat walau sebenarnya tak bulat sangat pun...hehe

      Delete
  7. eh okey la tue.. bentuk tak penting pun..yang penting rasa tue.. Afif pun kata sedap mesti sedap la tue..budak2 bukan tahu cakap tipu yana..heee =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul juga ye dak
      janji sedap =)

      Delete
  8. Wahh.. tengok pagi2 ni jadi lapar pulak.. soal bentuk tu lain kiralah, janji sedap. Hmm klu dpt yg panas2 skrng sedap jugak ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sesuai sangat untuk breakfast ni
      kalau panas tu lagi sedap makan =)

      Delete
  9. Sy pun biasa buat cmtu... Mlas nk uli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni bukan sebab malas nak uli
      ni sebab desperate! hehe

      Delete
  10. So, lepas tu sel-sel otak dia orang bersambung tak? Sahlah ni iklan TV tu betul. Bolehlah try buat donut versi tepung susu gak. Kat rumah ni pun tiga superheroes tak boleh tengok benda baru. Mereka jakun sikit (oopppss termengumpat anak dan suami pulak...) Kalau silap gaya, memang tukang masak aka bibik dalam rumah yang kena habiskan segala menu baru yang diperkenalkan.

    Dah namanya anak, apa pun mak masak memang sedap je. Tapi ni memang sah sedap kan...ish, awat hang pulak yang ragu lebih ni! Keh3x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha, terlebih bersambung MD wei
      rasa tak boleh buat lagi guna susu tepung
      kena guna susu manis juga..hehe
      tapi yang paling penting, habis!

      Delete
  11. Lama jugak OKje tak mendonat ni....Bila tengok donat bulat ni mcm teringin pulak nak mendonat...
    Sama je ngan Pak Jilap dia pun mesti tanya kalau buat benda pelik sikit ....yelah dah namanya tukang masak kurang pro ada kalanya terpesong jugak dpd bentuk asalnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu juga buat donat ni,
      pada saya donat ni paling senang buat
      samalah laki kita OKje, kalau benda pelik susah nak makan
      dah bini dia ni tak pandai masak...hehe

      Delete
  12. klu saya buat celup coklat gaya tuh , sekali pandang jer licin anak buah melantak . klu suami x komen tu maknanya sel2 otak dia berhubung ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kan, memang laju aje bab coklat ni
      ari tu pun habis licin diorang melantak
      rasa memang sel otak dia bersambung lah vee...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...