Kad Raya Dari Blogger (^_^)

7:02:00 am Yana Yani 23 Comments

Syawal dah nak sampai ke penghujung, aku masih lagi bercerita pasal sambutan raya. Nak buat camne, baru sekarang berkesempatan bercerita. Hehe!

Anyway hari ni nak cerita pasal kad raya yang aku terima dari rakan blogger.

Jujurnya aku dah lama tak dapat kad raya. Kali terakhir aku dapat kad raya adalah masa zaman sekolah menengah dulu yang dah hampir 14 tahun aku tinggalkan.

Sebab tu bila kad raya yang pertama sampai dari blogger Kathy Rbain, aku excited sangat! Tak sangka dapat kad raya ni. Terima kasih Kak Kathy (^_^)

Terharu sangat!


Ingatkan berhenti takat tu aje. Tapi dapat lagi!

Tak lama lepas tu aku dapat kad raya dari Farah pula, empunya Blog Mrs Secretary. Dalam tu siap ada hadiah untuk top komentator.

Farah memang ada bagi tahu sebelum ni nak bagi benda tu. Terima kasih Farah ye, suka sangat hadiah yang disertakan sekali tu. Dah beberapa kali pakai. Hehe!


Beberapa hari menjelang raya, aku dapat pula kad raya dari Jari Manis. Tapi ni lebih dari muka tak malu aku. Time dia tanya sape nak kad raya, dengan tak malu aku cakap aku nak! Hehe!

Sungguh tak malu. Apapun terima kasih JM juga untuk duit raya yang diberikan kepada Afif dan Aisy. Diorang suka sangat sebab belum raya dah dapat duit raya.


Yang terakhir aku dapat adalah dari Vee Sandi. Vee pun memang ada bagitau yang dia nak beri kad raya ni. Memang terharu bila dapat kad ni. Terima kasih Vee ye.


Insya ALLAH panjang umur, tahun depan aku reply kad raya mereka semua ni. Terima kasih kerana bersusah payah memberi aku kad ni. Truly appreciated it (^_^)

Semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan.

23 comments:

  1. Memang best dpt kad raya.. Lebih di hargai.. Alhamdulullilah setiap tahun dpt kad raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah acik, lama dah tak dapat kad raya
      ni tahun pertama dapat dari teman blogger

      p/s - acik belum bagi alamat ni

      Delete
  2. Bestnya.....bukan kad raya je..duit raya pun dapat...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. salam syawal MKL
      err..bukan dah nak abis ke =)

      Delete
  4. Wah byk juga yana dpt kad raya... bestnya...

    ReplyDelete
  5. Wah...terbaiklah.. InshaAllah tahun depan ada lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ye sebab sudi bagi
      terharu sebenarnya =)

      Delete
  6. Syawal bertambah meriah bila dpt kad2 raya dari rakan2 blogger kan... tahniah Yana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, terasa dihargailah pula =)

      Delete
  7. Amboi...... glemer nampak tahun ni dapat banyak kad Raya hehe....

    ReplyDelete
  8. bestnyer dapat banyak kad raya..sejak teknologi makin canggih ni dah takde dapat kad raya pun.. semua ucap melalui fb atau wasap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang sebabkan dah lama tak dapat
      tapi kali banyak pula dapat

      Delete
  9. best kan dpt kad raya drp kwn blogger

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. sikit aje kot kalau bandingkan dengan maria =)

      Delete
  11. akak baur nk tinggalkan komen kat sini...yeay..dah sampai ek

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...