Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar

7:49:00 am Yana Yani 34 Comments

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar | Hari ni aku nak bercerita pula pasal kehebatan Soto di Kampung Sungai Serdang, Kapar. In case korang tak tahu, Kampung Sungai Serdang merupakan kampung kelahiran Encik suami. Soto hasil tangan Wak Limon ni memang lain dari yang lain!

Aku sebenarnya hanya mengetahui kehebatan soto ni selepas berkahwin dengan Encik suami. Memang tak ada soto lain boleh menandingi kehebatan soto yang memang amat terkenal ni. Pendek kata korang ni belum pernah sampai ke Klang kalau tak pekena dulu soto Kampung Sungai Serdang yang the bomb niCehwah! Ayat promote tu! (^_^)

Restoran dia kecil aje, tapi hasil yang dihidangkan memang akan buat korang teringat aje! Sekali dah makan, confirm korang nak makan lagi, lagi dan lagi! Betul! Tak tipu!

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar

Biasanya kalau cuti hujung minggu kedai tu penuh dengan orang yang datang dari hampir seluruh pelusuk Klang. Kadang-kadang orang dari luar Selangor pun ada datang. Jangan tak tahu orang Jepun pun pernah datang cari soto ni tau! Ada juga beberapa artis yang pernah kelihatan menjamu selera di Restoran Soto Sg Serdang ni. Itu semuanya cukup untuk menggambarkan keenakkan rasa soto tu sehingga menjadi sebutan.

Walaupun restoran ni terletak berhampiran dengan rumah parent Encik suami dan kami juga tiap kali cuti hujung minggu pasti balik, tapi kami jarang makan di sana. Sebab utamanya dah terlalu kerap makan. Sebab tu kami hanya pilih untuk sekali sekala aje makan soto yang memang cukup popular ni.

Macam Sabtu baru ni, setelah sekian lama tak makan memang terasa cukup nikmat! Time makan tu tak toleh kiri kanan dah sampai berpeluh badan dibuatnya. Nikmat betul rasa soto tu. Faktor utama yang buat dia terlebih nikmat pun adalah sebab ada orang belanja! Hehe! Thankayu ler pada sepupu Encik suami yang belanja kami aritu (^_^)

Anyway Aisyah lah yang cukup gemar dengan soto ni. Afif buat tak layan aje.

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar
Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar

Mangkuk kecil tu dia mampu habiskan sorang. Oh ya dekat sini kalau nak order dia akan tanya korang nak mangkuk kecil ke besar. Mangkuk besar macam yang Encik suami makan tu. Nasihat aku tak payah ambil mangkuk kecil, terus order mangkuk besar. Memang korang mampu habiskan punya sebab terlalu sedap! (^_^)

Rasanya baju lebih pun korang kena bawa sebab lepas makan tu, memang peluh mencurah-curah keluar! HeheAnyway, Kampung Sungai Serdang terletak tak berapa jauh dari pekan Kapar, aku rasa tak sampai 10 minit perjalanan.



Aku rasa itu ajelah bebelan aku pasal soto ni, kang cerita banyak orang kata aku bodek pula. Hehe! Till we meet again, Assalamualaikum!

34 comments:

  1. Assalamualaikum, Yana...
    Wah wah wah... sampai tak toleh kiri kanan dok pekena soto tu... mcm sedap spt tu... k nurul pun suka jugak makan soto...
    Sorry Yana... lambat k nurul bg alamat... japgi kat opis k nurul bg... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak nurul
      sedap sangat kak, tu pasal tak toleh kiri kanan...hehe
      okay, nanti bagi tau kak

      Delete
  2. oh Sotooooooo...... ni faveret Okje ni YY.....Ya allah kalau ada bergedil lagilah menggiurkan hehe...
    Tempat tu kat mana? Nampaknya mmg idak mungkin sampai le. Pak Jilap tu bukan suka sangat Soto so dan dia bukan rajin nak pergi jauh jauh semata nak jalan jalan cari makan...makanya buat sendiri ajoslah walau tak sedap...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak letak begedil, tapi rasa dia memang asli
      kalau dah sekali cuba confirm nak lagi
      berhampiran dekat kapar, tapi kalau dari rumah okje
      memang agak jauh
      lain kali kalau nak ke sini, roger-roger saya
      saya boleh tolong bawakan =)

      Delete
    2. Entah bilalah nak sampai Klang agaknya YY

      Delete
    3. hehe...insya ALLAH sampai nanti

      Delete
  3. sedapnye soto.. tetiba pulak HOD ni nyampuk.."sedapnye soto"..wakakaka

    ReplyDelete
  4. Wah... Nanti datang klang sis bawa kathy ke sana ye? Sedapnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH, just bagitau aje nak datang
      saya akan cuba ikhtiarkan untuk akak ke sana

      Delete
  5. ishh kat mana ni..terliur lak akak menengoknye..

    ReplyDelete
  6. belum rasa lagi... tengok jer pun dah tau sedap... idah memang penggemar soto... huhuhu...
    adoyai... takkan nak merengek kat en.suami suh bawak nie... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? cuba merengek juga kat dia
      sebab memang confirm sedap!

      Delete
  7. tak tau nak pergi... yana bawakkan boleh... :D

    ReplyDelete
  8. Wah! Terbaik nih! Kalau lalu Kapar memang kena singgah ni. Cer letak google map, senang nak cikit menujunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib BM, sedap tau
      dah letak dah, terima kasih =)

      Delete
  9. sedapnye..kuah melimpah ruah

    ReplyDelete
  10. sedapnya yana...terliur tengok...=D

    ReplyDelete
  11. Pehh.. sblum ni tengok donut, skrng soto pulak.. lagi mengancam ni.. sungguh menyelerakan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa dia sangat mengancam.
      Highly recommend! =)

      Delete
  12. Soto ni memang saya suka sangat. Dah lama tak pekena soto best. Nak suruh buat sendiri, maaf jelah. Kalau suruh masuk dapur hujung minggu tu rasa cam nak pitam je. Nanti-nantilah kalau saya ronda area ni tanpa hala tuju, akan kugagahi diri untuk singgah makan di sini. Tak pun leh terus je gi rumah MIL Yana,kan. Eh, cam kenal lama je terus nak terjah rumah makpak mentua orang! Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama MD, pandai makan aje soto ni
      kalau suh buat memang tak pandai langsung
      boleh aje MD wei, apa salahnya
      MIL saya suka sangat kalau orang ke rumah dia
      lagilah kalau orang yang rajin nak layan dia bercakap

      Delete
  13. masa baca entry ni , hidung pun terbau - bau jer soto sbb my kakak sedang panaskan sup tulang ... mudah 2an saya blh sampai situ someday .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sup tulang! saya suka sangat makan sup tulang
      kalau berksempatan singgah sini, seriusly memang sedap

      Delete
  14. Dia bukak pukul berapa ni kak?

    ReplyDelete
  15. Kak kedai ni bukak pukul berapa? Lambat tak dia tutup? Dari haritu nak makan sini tapi tu lah balik kerja lewat saje. Takut tutup pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry la yunk
      lambat reply komen kamu ni
      kurang pasti dia buka pukul berapa
      tapi kalau petang, dia tutup pukul 3 petang, pastu buka pukul 5 petang
      sampai pukul berapa, kurang pasti pula

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...