Aisy Jatuh Katil Lagi! (^_^)

7:05:00 am Yana Yani 32 Comments

Macam yang aku pernah janjikan, hari ni aku nak cerita mengenai anak dara aku yang jatuh katil untuk kesekian kalinya.

Hari tu aku tengah sibuk dekat dapur. Biasanya bila Encik suami kerja petang memang aku agak kelam kabut sikit sebab tak ada orang yang boleh tolong monitor Afif dan Aisy.

Terutama sekali Aisy yang memang paling ligat jika nak dibandingkan dengan Abang dia.

Tengah dok sibuk tu aku dengar bunyi Aisy yang menjerit kuat semacam. Berlari aku dok cari dia. Time tu Mak, Abah, Angah dan Anis pun ada dekat rumah.

Time dok cari tu aku dengar Anis kata, "Darah! Darah!"

Aku angkat Aisy yang masih dalam pembaringan. Aku pangku Aisy ke dapur, time tu memang darah banyak sungguh! Aku cuba untuk tak jadi panik.

Aisy masa tu menangis sampai muka dan kaki dah bertukar biru. Dia terlalu sakit!

Aku tak tahu macamana nak gambarkan betapa hancur hati aku ni dok tengok anak menangis dalam kesakitan macam tu.

Aku sangkakan hanya darah yang keluar dari bibir yang pecah, rupanya dekat luar pun ada luka yang menyebabkan darah keluar banyak.

Masa aku jumpa luka tu memang aku panik. Aku takut luka dalam, aku bawa dia ke klinik untuk rawatan lanjut. Mujur doktor kata luka tak serius, tapi gigi Aisy longgar.

Dia kata kemungkinan besar kena pakai braces besar nanti.


Kali pertama Aisy jatuh katil ketika dia berusia setahun lebih. Time tu aku menyalahkan diri sendiri untuk kecedaraan yang agak teruk dialami Aisy.

Aku pernah ceritakan kejadian ni dalam entry bertajuk, "Mangsa Seterusnya" Korang boleh klik sini kalau nak baca cerita yang agak tragis bagi aku.

Sehingga ke hari ni luka akibat kejadian tu meninggalkan parut yang masih jelas kelihatan.


Kecedaran kali ni pula mengakibatkan gigi dia bergoyang teruk. Tapi yang pasti dia seorang yang amat kuat. Dalam apa jua situasi yang mengakibatkan dia sakit, Aisy tak lama menangis.

Kalau Afif pula, mau terjerit terlolong mengalahkan orang yang nak bersalin. Aisy memang seorang yang tahan sakit. Satu kelebihan dia yang Afif tak boleh challenge.


Tapi yelah kan, setiap anak tu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu yang menyebabkan setiap anak kita unik (^_^)

Anyway secara jujurnya aku tak tahu macamana nak menangani kelincahan Aisy yang seakan tak kenal erti serik dan bahaya. Aku sebenarnya percaya salah satu faktor adalah nama dia.

Sebab tu sekarang aku lebih selesa memanggil dia dengan nama Aisyah dengan harapan dia memperoleh kelembutan dan budi perkerti yang molek seperti Saidatina Aisyah R.A.

Itu sememangnya harapan aku.

32 comments:

  1. ya allah sayang.... awat sampai gitu,.. kena tidur bawah lah gamaknya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kali ni jatuh bukan sebab dia tidur
      dia main lompat-lompat atas katil tu
      tau2 aje jatuh

      Delete
  2. Kesian dia...tak pe...budak nak membesar biasanya camtulah...kalau tak jstuh...tak bengkak bengkih dn berdarah...tak normal lah tu...ada jer ...samada sengaja atau tidak...

    Proses membesar...cuma kita lebih berhati2 supaya tak mudarat...tu mesti pedih nak mengunyah makanan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya fikirkan bunda
      naik rungsing saya dengan kelincahan dia tu
      tapi jujurnya dialah paling senang didampingi

      dia tak boleh gigit makanan dengan gigi depan
      sakit kata dia
      makan dia tak ada masalah

      Delete
  3. sedihnya bila tengok anak macam ni..tp tula kan..tak nakal bukan budak namanya,,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat sedih aje mar, hancur hati ni
      tapi yelah kan, dia tengah nak belajar semua benda pada usia ni

      Delete
  4. berderau darah lieya tgk yana oiiiiii....mmg boleh imagine darah yg keluar tu..... mujur bawak cepat2 ke klinik....mujur juga tak kene jahit ke ape...kang tak memasal dah berparut...biase la tu yana, budak baru nak belajar mcm2, budak panjang akal mmg lincah sikit....lepas ni mmg takleh tinggal aisy sorang2 laaaa...kene pantau sikit2 kan.....

    tapi kan mmg tak sah kalo tak jatuh katil dlm kehidupan kite mase kecik2 kan...bezanye teruk ke tak jek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya ni panik kalau tengok darah
      kebetulan encik suami tak ada masa tu, mujur adik ada
      pergi klinik doktor kata luka tak dalam sebab dia mungkin tergigit masa dia jatuh tu
      cuma gigi aje yang agak serius

      anak baru dua saya dah pening lieya
      especially aisy, susah kalau encik suami tak ada

      Delete
  5. anak saya pun lasak... sebab tu saya nak mandi pun saya tak berani biar dia main sorang2. dia tak pernah lagi cedera serius sebab saya memang jenis protective kot.. sampai skrg dh 3 tahun pun saya tak confident nak biar dia main sorang2. tapi nak tanya jugak kenapa doktor cakap Aisy kena pakai braces. effect dari cedera dia ke? Apapun tu la proses mereka membesar kan. kadang2 kita dah try jaga sebaik mungkin.. tp seminit je kita toleh dah macam2 boleh jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisy mandi pun saya mandikan, dia tak boleh tinggal sesorang
      saya ni careless agaknyer cik lekit
      rasa dah berhati-hati dah, tapi tulah nak kata apa
      saya ada diri saya aje untuk disalahkan

      sebab dia punya gigi tu longgar
      so akan effect pada gigi baru yang akan tumbuh
      rahang dia pun cam lari sikit tu
      sebab tu dia kata kemungkinan besar kena pakai braces

      Delete
  6. Kesiannya.. kena jaga2lah lepas ni.. Letak tilam lain tepi katil. Mudah2an tak berlakulah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak buat camne en khir
      dia lasak sangat
      tulah harapannya

      Delete
  7. assalamualaikum yana...kesian nyer die..lain kali kena berhati2 yer sayang...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama
      tulah mama, saya pun rasa hancur hati
      hopefully tak berlaku lah lagi

      Delete
  8. Kesiannya adik Aisyah...memang kena panggil nama penuh dia...sebagai doa jugak. Ada pengalaman dgn nama panggilan ni... sedara pcl pernah cakap nama panggilan tak serasi dgn budak...sejauhmana kebenarannya tak perlu dirungkai..anggaplah apa yg kita selalu sebut yg baik itu adlah doa kepadaNya...semoga luka Aisyah cepat sembuh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama penuh dia dayana hanna aisy
      encik suami yang bagi nama tu, cuma nama dia orang biasa panggil aisy
      so sekarang ni memang suruh semua orang panggil dia aisyah
      alhamdulillah dia dah beransur pulih, cuma gig tu masih belum lagi

      Delete
  9. Ya Allah.. kesiannya.. semoga cepat sembuh yer sayang... mesti sakit tue.. tak sanggup nk tgk.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah okay dah sekarang farah

      Delete
  10. Memang le panik kalau anak jatuh lagi kalau kuar darah banyak gitu....Kalau Okje dah seram dah tu.....
    Nasib masih gigi susukan YY....kalau gigi kekal menangis jugak mak dia tu.
    Anak Okje yg bongsu pun tahan sakit...nampaklah ketahanannya banding yg dua orang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi doktor kata kan okje
      walaupun dia punay tu gigi susu, tetap akan effect pertumbuhan gigi
      sebab tu dia kata mungkin kena pakai braces
      orang perempuan memang tahan sakit ler kan okje =)

      Delete
  11. Ya Allah sis..siannye aisy..kalau kathy memang panik sangat² la jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, anak jatuh
      semua mak panik, ditambahkan dengan darah
      memang bertambah panik =)

      Delete
  12. alahai kesiannya aisyah..akak pun kena tukar jugak panggil aisyah la...
    moga kamu sihat2 je ye aisyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, saya memang sejak dia pandai berjalan
      dah panggil aisyah
      sekarang semua orang saya suruh panggil dia aisyah

      Delete
  13. subhanallah... kesiannya diaa... sampai berdarah... moga cepat sembuh ye sayang... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah idah, alhamdulillah dah ok sikit sekarang

      Delete
  14. Alahai kesiannya simanis Aisy ni... Selalunya bila kecil nakal dan lasak...bila dah besar akan berlawanan. Ayu dan sopan jer, yakinlah... tapi nak tunggu besau tu yg kena sabor sikit ye. InsyaAllah...jangan salahkan diri sendiri, perkara berlaku ada hikmahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sikit hati dengar BM cakap ni
      bukan apa, kita ni mak, mudah risau dan sensitif
      saya memang percaya dia akan berubah
      tapi tulah, tak tahu sampai bila mama dia boleh bertahan
      takut-takut jadi the hulk pula =)

      Delete
  15. Ya Allah.. Kesiannya... Kat rumah mmg xde katil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak lasak, nak kata apa
      saya kalau tak ada katil pun
      dia jatuh dekat tempat lain puka

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...