Syawal 1435H: Ni Baru Raya! (^_^)
Semalam aku dok cerita pasal raya cara kami walau hanya di rumah, tapi tetap rasa meriah. Boleh klik sini pada sesiapa yang belum baca.Hari ni aku nak cerita pasal raya kedua kami. Kali ni sehari suntuk kami beraya. Habis semua rumah pakcik makcik Encik suami kami terjah. Itu pun ada juga yang tak sempat pergi.
Macam biasalah, entry aku panjang berjela (^_^)
---------------------------------------
Hari kedua ni memang kami dah planned dengan adik beradik Encik suami nak pergi terjah mana yang sempat. Malangnya Kak Mala dan Amir tak turut serta.
Tapi walau mereka tak ada, ianya tetap happening!
Hari tu aku pakaikan Aisy dress labuh yang memang aku tempah. Malangnya tailor buat singkat, atas buku lali. So aku pakaikan legging, dah nampak macam baju punjabi!
Tapi tak apalah, comel aje! Hehe!
Aisy ni pun tak berhenti makan sepanjang hari tu. Semua dia nak cuba. Tak macam Afif yang agak selective bab makan.
Kalau raya ni, part paling best jadi budak adalah apabila tuan rumah bagi duit raya. Aku suka dok tengok telatah diorang. Kadang dah keluar rumah pun sanggup masuk balik sebab duit raya.
Teringat time jadi budak kecil dulu (^_^)
Time ni adalah time terakhir Aisy elok aje pakai dress siap dengan tudung. Time dekat rumah yang ketiga ni, dia ligat betul. Jatuh tangga sampai benjol baru dia senyap.
Tapi itu pun sementara aje. Hilang rasa sakit, dia kembali aktif!
Walau Kak Mala dan suami dia tak turut serta, tapi anak dia si Khalis dan Baihaqi join kami. Afif orang paling seronok kalau semua sepupu dia ada.
Ada aje pakatan yang diorang buat.
Ni pula Rayyan, sepupu Afif juga. Anak Abang Encik suami, Gorel. Memang tiap minggu selalu jumpa Rayyan ni. Afif kalau tak jumpa Rayyan, dia bising.
Tak best tak ada kawan kata dia.
Time ni aku suruh Rayyan posing. Puas dok pujuk sebab mula-mula dia kata, "Ayie tak nak!" In the end dia turutkan aje, tapi buat muka gitu pula. Sabar ajelah! (^_^)
Dekat bawah ni gambar sepupu dan makcik Encik suami yang aku sempat snap.
Ni pula gambar aku dengan kesemua hero kecil dalam keluarga Encik suami. Selit sikitlah gambar aku, asyik cerita pasal orang lain aje kan. Hehe!
Budak zaman sekarang beraya pun sibuk dok belek gajet. Bukan diorang peduli keadaan sekeliling. Makan minum pun dah tak kisah kalau dapat gajet.
Tak macam raya zaman aku dulu. Paling koman pun panjat pokok rambutan. Lepas tu menangis atas pokok sebab tak reti turun. Hehe!
Ni pula adalah sebahagian daripada pakcik, makcik dan sepupu Encik suami yang turut serta dalam acara terjah menerjah. Sampai tak muat nak duduk! Hehe!
Punyalah ramai bala tentera yang turut serta tapi seronok juga beraya beramai-ramai gini tau. Barulah namanya RAYA!
Ni pula adalah rumah terakhir yang kami terjah hari tu. Cadang nak ke rumah makcik Encik suami di Subang, tapi lepas tu dah tak larat.
Ada lebih kurang tujuh atau lapan biji rumah yang kami terjah hari tu. Memang rasanya penat betul! Tapi berbaloi. Maklumlah bukan selalu aktiviti gini dilakukan. Boleh jumpa saudara mara.
Sebab tu aku cukup tak faham bila ada orang Melayu dan beragama Islam gunakan cuti hari raya untuk pergi travel bukan pergi ziarah menziarahi.
Dah terikut budaya masyarakat bangsa lain. Seriously tak faham!
Hari raya kedua ni adalah hari terakhir kami beraya di Klang, Selangor. Raya ketiga pula kami berangkat ke Kuala Lipis, Pahang. Nanti aku ceritakan ye.
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
P/S - Demi Gaza, terpulanglah sama ada kita mahu mengikuti seluruh dunia memboikot produk Zionis atau tidak. Sekurang-kurangnya kita ada initiative walau hanya lakukannya bermusim.
Together, we can make a difference. #FREEPALESTINE
hari rayalah masa kita berkumpul sanak saudara kan...bila lagi..
ReplyDeletebetul tu kan
Deletemanalah tau ni raya terakhir berjumpa
seronok dan meriah sekali...
ReplyDeleteseronok memang seronok =)
DeleteWahh seronoknya beraya... meriah.. Salam Syawal buat Yana sekeluarga.. :)
ReplyDeletehehe..nama pun raya
Deletemestilah meriah walau ala kadar aje sambutan
salam salam buat en khir sekeluarga juga =)
kire meriah lah raya yana. .ramai bala tentera dtg..huhuhu..
ReplyDeletememang meriah bangat mimi
Deletetengok lah tu sampai tak cukup tempat duduk =)
meriahnya raya.. selamat hari raya dari mama.. :)
ReplyDeletehehe...nama pun raya mama
Deletememanglah kena meriah kan =)
Bila dpt berkumpul ramai2 mcmni memang meriah.. =D
ReplyDeletetu memang setuju, lagipun bukan selalu jumpa
Deletetu yang menambahkan kemeriahan =)
Betullah ni, ini baru namanya raya :)
ReplyDeleteKalau gi terjah rumah saudara mara beramai-ramai ni memang best. Biarlah sampai tak muat tempat nak duduk, janji meriah suasana. Bukan selalu pun, setahun sekali kan. Raya saya tak berapa best pun. Macam sama je raya dengan tak raya...
hehe...kan! ni lah baru namanya raya
Deletekalau dok rumah aje, bukan kategori raya namanya tu...hehe
Memang meriah bila jumpa sedara mara...
ReplyDeletePS : KAlau tengok senarai barang keluaran zionis ni, banyak juga yang dok ada kat rumah... huhu
Pelan2 untuk tidak gunakan barangan mereka...
mestilah meriah kak nurul, bukan selalu dapat jumpa =)
Deletep/s - tulah kan. ada yang dah berkurun kita ambik. tak apa, cuba yang mampu
at least kita cuba ye dak? =)
woww happening la aidilfitri yana... comel anak2 awak... :)
ReplyDeletememang ler happening. kata raya kan =)
Deletehehe..comel cam mama diorang kan
meriahnya beraya..seronok raya ramai2 ni kan... zaman akak dulu kalau beraya harus jalan keliling kg sebab nak kutip duit raya,maklumla dulu2 org bg duit raya seposen dua je,x mcm skrg plg kurang pun seringgit..seronoknya zaman raya dulu2 hehehe
ReplyDeletetulah kan kak, baru namanya raya
Deletehehe...samalah kita kak wei. rumah tak kenal pun pergi juga
tapi seronok sebab orang dulu sporting...hehe
Bukan selalu Hari Raya...setahun sekali, Ini baru Raya! Meriah dan menceriakan!
ReplyDeletehehe...tulah pasalnya bab
Deletekeceriaan cam ni bukan selalu dapat dirasai
boleh tinggalkan sedikit memori buat afif dan aisy =)
Meriahnya.. Alhamdulillah...
ReplyDeletealhamdulillah dapat merayakan raya kali ni =)
DeleteYana..bestnya kalau dah bekeluara kan..boleh beraya umah di rumah sebelah suami dan adik beradik beliau..kalau mcm akak yg single mingle ni time raya duduk dapur je dan pergi umah jiran dekat-dekat.kalau nk pegi umah saudara mak dan ayah..asyik tanya 'bila nak kahwin' then sejak tu cam malas lak nk pegi huhhu
ReplyDeleteala kesiannya dengan JM
Deletesaya pun ada adik yang mengalami nasib yang sama
dia lebih suka menjauhkan diri dari orang
sebab soalan jahat camtu ler, jujurnya saya simpati
tapi saya percaya ALLAH ada perancangan yang baik buat JM dan adik saya