Panggilan Abang Tanda Hormat? (^_^)
Persoalan yang aku nak timbulkan ni, mungkin biasa aje. Tapi aku musykil.
Walaupun ramai adik-beradik perempuan, pergaulan aku sejak dari kecil sehingga meningkat remaja lebih banyak dengan lelaki. Entah kena lebih selesa bersama mereka.
Selalu berkongsi melakukan aktiviti bersama dari main bola sehinggalah bergosip. Walaupun bukan semua lelaki yang aku kenal suka bergosip, tapi memang ada!
Kalau nak tahu lelaki juga cukup hebat dalam bab gosip ni. Aku rasa perempuan pun tak gosip sampai camtu. Aku pernah cerita pasal lelaki dan gosip dekat sini.
Walaupun selalu bergaul dengan mereka (dululah kan), aku masih lagi kurang arif mengenai attitude sebenar mereka yang bernama lelaki ni.
Salah satunya adalah apabila semua lelaki yang mereka jumpa mereka akan panggil Abang.
Kalau dah semua diorang panggil Abang, siapa yang Abang sebenarnya?
Kalau dah semua diorang panggil Abang, siapa yang Abang sebenarnya?
Kalau tak percaya, cuba korang perhatikan lelaki yang korang rapat.
Bila mereka memulakan perbicaraan dengan seorang lelaki lain yang mereka tak kenal, mereka mesti cakap Abang.
Bila mereka memulakan perbicaraan dengan seorang lelaki lain yang mereka tak kenal, mereka mesti cakap Abang.
Menambahkan peliknya, lelaki yang diorang panggil Abang tadi akan juga memanggil Abang pada diorang. Tak ke pelik.
Contohnya macam situasi dekat bawah ni :
Si lelaki A tanya pada si lelaki B, "Bang, berapa harga stokin ni Bang?"
Si lelaki B jawab pada si lelaki A, "10 ringgit tiga helai Bang. Boleh campur kalau Abang nak"
Si lelaki A dengan berminat kata pada si lelaki B, "Bolehlah Bang bungkus yang ni"
Si lelaki B pun membungkus barang sambil cakap, "T-shirt tak nak tengok Bang? Murah aje Bang"
Si lelaki A jawab dengan senyuman sambil menghulurkan duit, "Tak apalah Bang, lain kali aje"
Si lelaki B menyambut duit yang dihulurkan sambil berkata, "Okay, terima kasih ye Bang"
Nampak tak? Semua tak nak mengaku diorang Abang. In fact yang lebih muda dari diorang pun diorang akan panggil Abang. Bukan pelik ke?
In fact bukan dalam kalangan sama bangsa aje, lain bangsa pun diorang buat gitu. Kalau lelaki India diorang akan panggil Anne dan lelaki Cina diorang akan panggil Taiko.
Semua tu membawa maksud yang hampir sama iaitu Abang,
In fact bukan dalam kalangan sama bangsa aje, lain bangsa pun diorang buat gitu. Kalau lelaki India diorang akan panggil Anne dan lelaki Cina diorang akan panggil Taiko.
Semua tu membawa maksud yang hampir sama iaitu Abang,
Kalau perempuan lain! Kalau orang lain dah panggil dia Kakak, automatik dia akan terus membahasakan diri dia Kakak dan orang yang memanggil dia tadi dipanggil Adik.
Aku bagi contoh macam situasi dekat bawah ni :
Si wanita A tanya pada si wanita B, "Kak, berapa harga brooch ni Kak?"
Si wanita B jawab pada si wanita B, "Yang ni lima biji, 10 ringgit. Adik boleh campur"
Si wanita A dengan berminat kata pada si wanita B, "Bolehlah Kak, bungkus yang ni"
Si wanita B pun membungkus barang yang si wanita A nak sambil kata, "Lain tak nak Dik?"
Si wanita A jawab dengan senyuman sambil menghulurkan duit, "Tak apalah Kak, lain kali aje"
Si wanita B menyambut duit yang dihulurkan sambil kata, "Okay, terima kasih Dik"
Aku pernah tanya pada Encik suami pasal hal ni. Mulanya dia juga seakan baru perasan situasi tu wujud bila aku membangkitkan persoalan tu sebab dia seolah berfikir ketika nak menjawab.
Tak lama lepas tu dia jawab acuh tak acuh, "Tu tanda hormat"
"Habis tu yang muda pun Sayang panggil Abang, hormat juga ke?" tanya aku yang masih lagi confuse.
"Yelah" jawab dia ringkas.
Emm, mungkin betul juga apa Encik suami cakap. Kita orang perempuan pun memang akan panggil Kakak atau Abang kepada yang lebih tua sebagai tanda hormat.
Bezanya kita bukan panggil semua Kakak atau Abang. Tapi kalau kita tak buat gitu, tu tanda tak hormat ke? Argggh, confuse lagi aku ni!
Tak lama lepas tu dia jawab acuh tak acuh, "Tu tanda hormat"
"Habis tu yang muda pun Sayang panggil Abang, hormat juga ke?" tanya aku yang masih lagi confuse.
"Yelah" jawab dia ringkas.
Emm, mungkin betul juga apa Encik suami cakap. Kita orang perempuan pun memang akan panggil Kakak atau Abang kepada yang lebih tua sebagai tanda hormat.
Bezanya kita bukan panggil semua Kakak atau Abang. Tapi kalau kita tak buat gitu, tu tanda tak hormat ke? Argggh, confuse lagi aku ni!
P/S - Weekend panjang kali ni kan, best sungguh rasanya! (^_^)
ye, pada mama gelaran itu sesuai untuk kita tanda menghormati orang yang lebih tua sikit dari kita..
ReplyDeletehehe...betullah kot
Deletetaoi kadang ada juga yang sengaja gunakan panggilan tu
sebab diorang rasa diorang lebih muda..hehe
Saya setuju panggilan abang atau kakak sebagai tanda hormat kepada sesama jenis...
DeleteTetapi kalau seorang perempuan bukan mahram baik yg masih single atau yg dah kahwin panggil Abang kepada lelaki yg dah bergelar suami orang tu...tanda hormat juga ke?
Bagaimana kalau sang isteri tidak gemar dan tidak selesa bila wanita lain atau isteri orang memanggil suami nya Abang?
mungkin kita boleh bersangka baik kot saudari
Deletetiada niat lain, mereka hanya menunjukkan hormat
tapi kalau rasa tak selesa, boleh beritahu sendiri
itu lebih molek rasanya dari memendam rasa
anyway ini hanya pendapat saya =)
nak panggil akak kat semua orang kang ada kecik hati... hahahahaha. tapi kita suka jadi akak2 dah sekarang even kadang2 kita rasa org tu nampak macam lagi tua dari kita.. tp kalau dia rasa dia adik2.. kita auto akan jadi kakak2.. maybe la kot abang tu tanda hormat tp x pggil abg kalau dalam sopan lagi bercakap pun still masih ada rasa hormat kan...
ReplyDeletehehe...betul juga kan cik lekit
Deletekita samalah, saya pun tak kisah orang nak panggil saya akak ke apa
memang sedar diri tak berapa nak muda walau orang yang dok beria panggil tu
lagi tua dari kita, lantaklah kan =)
Mmg betul tu.. klu saya mmg slalu org panggil abg.. saya pun panggil abg juga kat org tu kecualilah klu org tu perempuanlah hahaa.. :D
ReplyDeletehehe...dah agak jawapan tu =)
DeleteHehe..panggil ikut kesesyauanlah. Kat johor ni main sebut abang kakak je xkira org tu tua or muda janji bkn knk².. Hehe..
ReplyDeletebukan semua yang panggil ikut kesuaian kak
Deleteada tu bajet diri sentiasa muda aje
habis semua orang dia panggil kakak abang =)
Yer la betul tue yana.. hehehe..baru perasan selama nie husband pun macam tue.. ada pernah jugak farah tanya sapa yg lagi tua nie..husband ja tak kisah la..janji hormat..hehehe
ReplyDeletekan, tu yang saya confuse
Deletejawapan sama dengan suami saya, hormat
ingakan tak nak mengaku tua...hehe
Betul la tu jawapan dr en.somi... Abang tanda hormat... Kang panggil pak cik terasa pula org tu..
ReplyDeletehehe...tapi saya rasa tengok situasilah kan
Deletekalau nampak tua sikit wajarlah
tapi kalau dah lagi muda pun kita panggil gitu, pelik saya rasa
Sebelum kenal nama dan usia serta kelihatan wajah tidak terlalu tua atau terlalu muda, biasanya panggil abang ...nampak beradap dan sopan serta mudah utk mesra. Takkan nak panggil pak cik...nanti marah pula kecualilah memang orang tua. Kalau panggil adik...utk mereka yg kita memang boleh cam usianya muda, OK lah.
ReplyDeletePanggilan akan berubah apabila dah tahu usia dan pangkat. So...jangan confius ye. Panggilan abang tu sebagai tanda hormat dan mudah mesra...jer. Lebih elok dari panggil brader atau bro!
wah, panjang penerangan ni
Deletefaham sikit kot...hehe
Panggilan 'abang' tu nampak macam more friendly, tak kira muda ataupun lebih tua daripada kita. Lelaki-lelaki ni memang sesama mereka hormati meninggi betul. Kita pulak kalau tetiba orang panggil 'kakak' mulalah dalam hati berkata - tua ke aku ni budak ni panggil aku kakak? Padahal sahaja berbahasa tanda hormat. Saya pun kalau jumpa perempuan lain kalau takleh sahkah dia lebih tua, memang tak akan panggil kakak. Main sebut ayat contohnya - ni berapa harganya ya? Kalau dia start bahasakan dirinya kakak, barulah kita pun start mesra panggil kakak juga. Kang ada juga yang terasa bila dia rasa dia muda dan kita panggil kakak, mahu terguris hati. Orang perempuanlah, orang lelaki tak kisah. Janji panggil 'abang' itu dah cukup hormat. Suami saya pun pandai tau sekarang panggil segala lelaki yang dia bertegur sapa first time dengan panggilan abang. Mana belajar, I don't knowlah. Saya memang takda masa mengajar bab-bab tu :)
ReplyDeletehehe...mungkin betul jugakan MD
Deletekalau perempuan dia mudah terasa bab gini
berbanding dengan lelaki
suami MD tu dia tengok sekeliling tu, tu yang pandai
YY ....mereka tu sebenarnya nak berlagak jadi abang hihi tak mau jadi adik ....yelah abangkan nampak macho gitu...apa kelas panggil adik! hehe
ReplyDeleteKalau kita ni pompuan...lagi panggil adik lagi suka hehe....tak panggil akak pun tak pe ye dak...
hehe...kelakar jawapan ni
Deletetapi macam logik pula jawapan tu
klu lelaki dgn lelaki , rasanya tu panggilan yg plg senang bila tak tahu nama selain dr bro . tapi klu bila lelaki bahasakan diri abg pada perempuan kekadang tu sbb nak menggatal je ... heh heh
ReplyDeletehehe...gelak guling-guling saya baca komen ni
Deletememang mereka sedang menggatal bila mereka membahasakan
diri abang pada kamu...hehe
ada tak bila di panggil abg..org yg di panggil rasa lain macam pulak..walhal kita panggil sbb hormat :-) ada x yg perasan kita 'syok' kat dia
ReplyDeletehehe...ni lagi buat saya gelak guling-guling
Deletetu species yang jarang dijumpai
memang ada sangat akak JM wei =)
Nak tnya, kenapa lelaki terasa bila kita panggil 'dik' ?
ReplyDelete