Syawal 1435H: Perjumpaan Raya Lagi! (^_^)
Sebelum aku membebel panjang, ni adalah entry raya aku yang terakhir. Yeah! Tahun depan kalau panjang umur aku cerita pula pasal tahun depan punya cerita (^_^)Anyway Sabtu baru ni aku dan keluarga sebelah Encik suami menghadiri perjumpaan keluarga sebelah Abah Encik suami. Perjumpaan tu diadakan pada sebelah malam.
Disebabkan aku menggunakan kamera cap ayam aje, maka kemeriahan tu tak berapa dapat dilihat sangat sebab kamera cap ayam tak support night version. Hehe!
-----------------------------------
Perjumpaan diadakan di rumah lama arwah Atuk yang sekarang dihuni oleh adik Abah dan keluarga dia. So memang kiranya mengimbas kenanganlah.
Paling best bila ada yang bercerita kenangan yang mereka perolehi dari rumah pusaka tu. Seronok!
Aku juga rasakan perjumpaan tu memang cukup happening. Semua ahli keluarga sebelah Abah Encik suami menghadiri majlis yang julang kali diadakan.
Menu pula memang terbaik! Ada macam-macam menu yang dibakar, amat sesuai untuk mereka yang tengah berdiet ala-ala kononlah macam aku. Hehe!
Afif pula langsung tak nampak batang hidung sepanjang malam tu. Main aje kerja dia! Memang malam tu dia lupa langsung pada Mama dan Papa dia.
Cuma dia baru cari kitorang bila dia jatuh. Luka tak teruk pun, tapi menangis dah macam orang tercabut kulit! "Tolonglah Afif ni, daging Afif dah terkeluar dah!"
Bila dia dah hilang rasa sakit, dia back to action!
Aisy pula malam tu jadi perempuan melayu terakhir. Berkempit aje kerjanya. Tak dengan aku, dengan Papa dia. Tak mahu orang lain, kecuali Nenek or Atuk dia
Asyik nak berdukung aje. Naik lenguh pinggang dok melayan karenah dia.
Malam tu pun semua adik beradik Encik suami ada. Tu yang rasa bertambah lagi meriah. Lagipun bukan selalu dapat berpeluang jumpa walau hakikatnya tinggal dalam negeri yang sama.
Lepas tu kami semua ambil gambar beramai-ramai menandakan acara telah berakhir. Tapi seriously memang seronok bila kita lahir dalam sebuah keluarga yang besar (^_^)
Acara bergambar ni dibuat secara berperingkat sebab terlalu ramai! Hehe! Itupun bukan semua yang turut serta dalam acara gambaran ni.
Begitulah berakhirnya cerita raya aku untuk tahun ni. Insya ALLAH panjang umur kita akan bercerita lagi pasal raya ni tahun hadapan pula.
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
salam kak...selamat hari raya maaf zahir batin...sangat tak bagus last post cerita raya akak baru nak ucap selamat...heheheh...walaupun setiap cerita raya akak fiza baca...syok nya depa beraya...orang utara cakap "sakan"...hahahah...tahun depan cerita lagi yea...syok baca pengalaman orag yang tak semestinya sama dengan kita kannnn...jumpa lagi nantiiiii...bye...:)
ReplyDeletefizaaaaa! wah tak sangka dia komen kat sini
Deleterindu bangat sama kamu, ingatkan dah lupa dekat kakak kau yang cun ni...hehe!
hehe...tak apa, selamat hari raya juga pada kamu sekeluarga. besok baru last raya =)
bukan orang utara aje kata gitu
orang kat sini pun kata sakan juga...hehe
insya ALLAH, panjang umur tahun depan confirm cerita lagi =)
jaga diri bebaik ye cayang =)
mama yang tengok gambar dan baca cerita ni pun dapat rasa betapa seronoknya lahir dalam keluarga yang besar tapi,.. ada sesetengah tu, keluarga besar namun berpecah belah.. sedih sangat..
ReplyDeletehehe...tu bila gambar berbicara kan mama
Deletedalam keluarga mana pun kita tak mahu pecah belah kan
pada saya dalam keluarga ni kita perlu banyak tolak ansur
sebab bukan orang lain, keluarga kita juga
ye ke entry raya terakhir? entah2 esok ada jemputan open house lagi... :D
ReplyDeleteSeronok nyer raya yana...
hehe...cam perli je tu
Deleteconfirm ni yang terakhir, dah tak p open house
kalau ada pun tak cite dah...hehe
besarnya keluarga..
ReplyDeletekita adik beradik tiri pun ramai.. tp kecil2 lg.. kalau besr2 nanti..mesti lg ramai tau..hahah..
ni keluarga sebelah encik suami
Deleteagak besar jugalah sebenarnya
tapi memang best kalau bekumpu ramai-ramai ni
meriahnya yana... seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni...
ReplyDeletekalau tanya saya memang meriah kak =)
Deletetapo seriously memang seronok kumpul reramai
Seronoknyer.. Memang meriah sangat² ni..
ReplyDeletehehe...memang meriah kak
Deletelagipun setahun sekali kan =)
Meriah.. boleh jatuh lah pulak dia eh hehee... Apa pun, jajung dibakar mcm tu mmg best.. saya pun suka.. :)
ReplyDeletetulah, lasak sangat =)
Deletesaya tak berapa suka jagung bakar
saya lebih suka direbus =)
Wahhh bestnya.. yana ada keluarga yg besar.. bila semua berkumpul mmg meriah la..=D
ReplyDeletememang seronok farah
Deletekebetulan sebelah saya dan suami memang keluarga besar
ni saya pun cam nak planning ada keluarga besar juga
baru ler best bila kumpul reramai =)
Nampak pun dah tau seronok YY.... Best kalau tak bercampur sedara jadi senang nak melayan dan tak konfius hehe tapi tulah yang tak bestnya kerja nak memasak tu yg maleh hehe...budak budak biasalah...tak igt dah kat kita kalau dah jumpa kengkawan...
ReplyDeletesaya tak masak pun, datang makan aje time tu
Deletesemua dah siap hidang...hehe
wah...memang meriah lah macam ni kan...seronok ada keluarga y besar,dpt berkumpul ramai2 memang best,lagi satu dpt mengeratkan silaturrahim,anak2 pun dapat kenal dgn sepupu2,pakcik dan makcik dorg kan
ReplyDeletetu kelebihan ada perjumpaan camni kan kak
Deletemengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
lebih-lebih lagi bila jarang dapat berjumpa
meriahhh
ReplyDeletesemestinya!
DeleteMeriahnya..
ReplyDeleteteramat meriah! =)
Delete