Syawal 1435H: Misi Mencari Rambutan (^_^)
Hari ni aku nak sambung cerita hari terakhir me and my family di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang. Hari tu kami melaksanakan misi yang telah dirancang sejak dari semalam.Misinya adalah memenuhkan bonet kereta kami dengan segala jenis rambutan dan buah-buahan yang lain ke Klang. Selagi boleh sumbat dalam kereta, sumbat! Hehe!
Pagi sebelum bertolak ke Klang, kami begitu excited melaksanakan misi yang telah dirancang. Encik suami adalah orang yang bertanggungjawab mengait.
Encik suami memang selagi belum penat dan puas, dia akan cari rambutan dan apa sahaja yang boleh dibawa balik. Lagipun bukan selalu pengalaman seperti ni dapat dirasai.
Afif dan Aisy pula dipertanggungjawabkan jadi tukang kutip. Tu memang kerja yang budak berdua ni suka sangat. Malahan misi dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Sepanjang misi dilaksanakan, budak berdua tu memang seronok aje sebab ni semua satu pengalaman baru bagi diorang. Kami memang berniat untuk memberikan memori ni pada Afif dan Aisy.
Manalah tahu semua ni tak akan mampu dilakukan lagi di masa depan. At least dah ada memori terpahat yang akan membuat mereka merasai nikmat pengalaman tu.
Akhirnya kami berjaya membawa balik berguni-guni rambutan. Selain tu kami juga bawa balik manggis dan buah salak. Memang penuh gila bonet kereta, tapi kami puas! Hehe!
Sebelum nak balik tu macam biasalah, kami posing dulu!
Gambar dekat bawah ni dari hand phone canggih Annor. Time ni kamera aku dah mula kehabisan bateri. Mujur juga dah hari terakhir buat perangai, idak nangis juga aku. Hehe!
Aku memang tak ada hand phone canggih cam gitu. Semua gambar yang ada dalam blog ni adalah hasil dari kamera cap ayam aku. Hehe!
Encik suami masa tengok gambar ni kata, "Lagi cantik gambar dekat kamera kita"
Sebelum bergerak balik tu, kami jumpa dulu Atuk dekat kedai dia. Atuk memang sejak pemergian Nenek dia memang tak pernah lagi balik ke rumah.
Kedai tu sahaja tempat dia berteduh.
-----------------------------------
Sebelum nak mengakhiri cerita hari ni, aku nak selitkan sikit cerita keligatan anak bujang aku semasa di kampung. Dapat pula berjumpa dengan pakcik dan makcik yang jarang berjumpa.
Memang menjadi aje kerja yang dia buat. Contohnya dekat bawah ni lah. Tak berupa orang jadinya. Tapi lantaklah, aku biarkan dia bebas untuk satu pengalaman yang berharga.
So begitulah cerita me and family sepanjang berada di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang. Lepas ni aku akan bercerita pasal raya lagi.
Raya dah nak habis, tapi cerita raya aku belum lagi nak habis. Lantak ler, aku akan tetap cerita juga. Korang tunggu ajelah ye. Hehe!
Till we meet again, Assalamulaikum (^_^)
wah budak2 ni selmba tidur..
ReplyDeletekalau kita ada..dah kene bebel budk2 ni..
hehe...saya tak boleh nak marah ler PB
Deletetak apalah sekali sekala, tutup mata jab =)
Amboi meriahnya anak2 hehhee. Anak saya fav tu rambutan. Makan banyak2 sampai ummi risau dia batuk adoiii
ReplyDeletehehe...memang meriah sangat!
Deletesampai tak ingat dunia dapat collect rambutan
Eh, betullah, gambar yang lain lagi cantik daripada dua gambar dari kamera canggih tu. Beli mana telefon cap ayam tu? Nak juga :)
ReplyDeleteBestkan budak-budak bila dapat balik kampung. Macam-macam benda dapat buat daripada dok terperuk dalam rumah kat bandar. Wah, segala buah-buahan bawa balik rumah tu untuk santapan seisi keluarga je? Banyak tu penuh bonet. Tapi takpa, yang penting keluar peluh je tak kena keluar duit. Kalau kat KL nak penuhkan bonet dengan rambutan, manggis bagai mahu gigil-gigil keluar duit :)
hehe...sendirian berhad
Deletetak jual pada orang lain, tu pasal cap ayam...hehe
memang best diorang, semua benda tak merasa buat kat bandar
habis diorang balun buat kat sana
santapan seisi keluargalah sangat, tak terhabis
sedekah pada jiran-jiran dn saudara aje
hehe...tu memang betul ler
nak guna duit pisang pun kena beli kan
Sedapnya rmbutan gading..
ReplyDeletesaya memang suka makan rambutan
Deletesedap, lagilah kalau isi bukan lekat tu
memang banyak makan =)
Seronok balik kampung kan sis? InshaAllah tahun depan nak juga balik beraya kat kampung sendiri.
ReplyDeleteseronok kak!
Deleteinsya ALLAH kak, semoga ALLAH permudahkan urusan akak
Amin,amin!!!
DeleteDikampung lah tempat yang dapat mereka merasai kebebasan. Bertuahnya bila dikenangkan dulu aku adalah budak kampung.
ReplyDeleteBerguni2 bawa balik...tak ingat pun nak pos sikit ye...hehe (gurau je) Kat kampung orangnya dah tak makan buah2 tu, elok sgt diperabihkan.
saya pun dibesarkan di kampung
Deletekebebasan yang dimilik dulu memang tak sama dengan hari ni
cam afif dengan aisy ni
dekat kampung aje dapat bebas, kalau kat rumah dalam rumah aje =)
alahai BM, camne nak pos
lagipun dah selamat dalam perut =)
betullah BM, habis busuk kena makan tupai dengan monyet
kitorang aje yang cam tak penah makan rambutan
sporting sungguhlah awak YY .....boleh lepas anak tidur atas rumput hehe....
ReplyDeleteRambutan kunung tu lekang ke tidak isi dia YY...Rambutan ni kalau lekang isi bestkan kita mengungkis hehe...
Gambo yg pakai kamera canggih tu mmg nampak tak ori kan....lebih cantik gambo cap ayam kita hehe
kasi can okje, mama dia dulu pun camtu juga perangai
Deletebagi dia merasa sikit rasa seronok yang mama dia pernah rasa
lekang okje! tu yang buat saya suka
hehe...tu la pasalnya kan, kamera cap ayam juga yang baguih =)
Pengalaman mcm ni mmg menyeronokkan... best. Klu baring atas rumput mcm tu, lu miang pun berbaloi.. best.. :) :)
ReplyDeletetulah yang saya bagi can dekat dia
Deletebukan selalu kan
pengalaman macam tu yang buat dia belajar =)
miang tu lantak kemudian lah kan...hehe
rambutan memg xjemu.makan kan...buang biji siap siap msuk dlm.fridge mkn time sejuk hoiiii nikmat...kang sndri batuk tgg sndri..hahaha
ReplyDeletetapi kalau saya tak suka pula makan yang dah siap kopek
Deleterasa dia cam lain lah
suka kopek sendiri, baru nikmat =)
pengalaman yg berharga buat afif,biarkan je dia main macam tu..kalau akak pun suka main mcm tu masa kecik2 dulu hihi...
ReplyDeletenti akak sambung baca lg,byk tertinggal cerita ni, bizi sikit skrg nih
kan kak, saya teringat keseronokkan time kecik dulu
Deletetu yang nak bagi afif rasa sama
besok besa dia ingat =)
tudiaa hepi tengok budak2.. meriah..=D
ReplyDeletebebudak tu memang happy sangat
Deletemama dia pun happy tengok diorang happy =)
budak-budak kalau dapat balik kampung camtu hepy sgt lah kan..di tidurnya atas rumput tu...heee
ReplyDeletebestnya ada dursun..ya Ampunn..geram je tgk bua buahan tu eee...akak ni mmg feveret buah2 tempatan nih
memang kan JM
Deletelagilah kalau dapat jumpa rakan sebaya
lupa dah mak bapak diorang =)