Bila Perlu Gunakan Multi Cooker? (^_^)
Bila Perlu Gunakan Multi Cooker? | Hampir kesemua perkakasan elektrik terutamanya untuk kegunaan dapur YY perolehi dari cabutan bertuah. Tapi bukan YY yang bertuah, MyChintaHati. Tiap kali dia pergi dinner anjuran company dia, mesti dia ada bawa balik barang yang buat bini dia senyum sampai ke telinga. Memang tangan dia ada luck betul (^_^)Blender, rice cooker, toaster, hair dryer, multi cooker dan paling besar sekali microwave oven. Yang paling jarang YY gunakan adalah multi cooker dan microwave oven. Jujurnya YY tak tahu apa fungsi dua menatang tu. Microwave oven buat julung kalinya YY guna masa nak bakar ayam untuk Nasi Arab. YY pernah cerita di sini. Untuk multi cooker, YY clueless.
Korang rasa bila kita perlu gunakan multi cooker? Anyway bebaru ni YY dah berjaya figure it out! Gunakan multi cooker apabila gas dapur masak korang tiba-tiba habis! (^_^)
Pandai tak Mama Afif dengan Aisyah ni? Hehe!
Hanya apabila berlaku kejadian seperti di atas maka barulah multi cooker di keluarkan. Kalau dalam setahun hanya berlaku dua kali kejadian gas habis, maka dua kali ajelah multi cooker dikeluarkan. Sadis sungguh cerita ni kan? Hehe!
Masa kejadian gas habis ni, YY tengah kelam kabut menyediakan makan malam. MyChintaHati pula kena kerja shift malam time tu. Memang kelam kabut nak kejarkan masa untuk dia makan. Memang bikin hangin betul bila gas tetiba habis! Terus minta MyChintaHati beli gas secepat yang mungkin. Sebab rumah ni baru YY duduki, YY tak ada contact penghantar gas.
Dulu telefon aje, mesti ada orang datang hantar gas. Sekarang terpaksa suruh MyChintaHati beli. So sementara menunggu dia balik, YY masak sambal udang dengan multi cooker. Dia siap pasang gas aje, YY sambung masak menu lain pula.
Automatik YY terus boleh buat multi tasking. Siap sempat snap gambar lagi tu. Punyalah terlebih hebat Mama Afif dengan Aisyah ni (^_^)
Dalam masa setengah jam, semua menu dapat dihidangkan on time! Yeah!
Ada sambal udang, sayur campur, tempe goreng dan udang salut tepung! Memang sedap hidangan malam tu. Eh ni bukan puji diri sendiri tau. Memang sedap sungguh!
Apa? Nak bukti?
Ni yang malas kalau orang nak suruh tunjuk bukti. Nanti orang kata berlagak pula. Tak apa, sebagai tak nak menghampakan, YY tunjuk juga bukti. Ni buktinya! Tadaaaa.......
LICIN okay! Hehe! Nampak sangat memasing kelaparan (^_^)
So apa moral yang boleh diperolehi? Asyik dok tanya moral aje YY ni, tak kerja lain ke? Hehe! Bukan apa, setiap kisah yang dibaca pasti ada teladannya. Untuk kisah ni, moral dia, kita perlu sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Maksudnya perancangan yang teliti tu perlu. Tak adalah berlaku kejadian gas tetiba habis ketika memasak.
Yang kedua pula, masaklah seikhlas mungkin dan penuh kasih sayang. Walau tak pandai masak pun, masakan yang dihasilkan dengan keikhlasan dan kasih sayang, pasti melazatkan! Yang terakhir pula, sila simpan nombor penghantar gas untuk kemudahan korang! You will never know when you need them (^_^)
Okaylah korang, sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ni. Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)
hehe akak simpan 2 tong gas...walaupun kedai runcit tu depan rumah ja tp tetap berwaspada...
ReplyDeletemak dan MIL saya buat benda yang serupa
Deletesaya ni belum terfikir lagi =)
lagipun tak tahu nak simpan mana extra tong gas tu
Akak pun sekarang ni sentiasa ada spare. Dah banyak kali dah,..gas habis timing tak cantik...hihihi serik :)
Deleteyeke? ramai dah suggest kan benda serupa ni
Deletenampak gayanya kena usulkan juga pada big boss ni =)
Terbaek lah YY...
ReplyDeleteAda hikmah juga gas habis masa hubby keje..
Now you know to use multi cooker :)
Microwave tu saya selalu guna utk defrost dan panaskan lauk pauk....
Kat sini baru belajar guna microwave sbb lauk/nasi cepat sgt sejuk...
Nak jimat masa saya letak jer dlm microwave dlm seminit... siap utk dimakan!
hehe...tu nama semangat nak meneruskan kehidupan kak =)
Deletemasa baca manual untuk microwave oven tu kan
saya dapat tahu dia boleh bakar juga tau
cuma tak tahu camne nak guna aje
kek, daging, ayam
nak kena study bebetul baru tahu fungsi dia
sedih betul cite ni...hehe
wah, kalau sekali dgn oven lagi untung...
DeleteBoleh guna utk bakar kek..
Bakar ayam dalam tu pun sodap!
Cuma kena pandai control suhu jer...
tulah pasalnya
Deletekena study dulu camne nak guna
idak kang jadi kes lain...hehe
heheheh...akhirnya..berjaya digunakan...tahniah...
ReplyDeleteyes! berjaya...hehe
Deletebertuahnya asben YY selalu dapat hadiah lucky draw.. saya pernah dapat blender jek..
ReplyDeletetangan dia memang jenis mudahlah mar
Deletesetakat ni dia tak penah bawa balik tangan kosong
fuhh.. mmg supermom nih... hebat2... heeh... mmg bertuah betul tgn dia ek... jimat tak yah beli brg letrik... hehe...
ReplyDeleteidaklah kategori supermom cikgu
Deleteni namanya semangat nak teruskan kehidupan...hehe
tu lah, memang semua benda tu tak pernah beli
dia bawa balik aje, saya yang syok...hehe
memang berguna multi cooker tu.. terbaikk..!!!
ReplyDeleteuntuk kes habis gas, ye
Deletememang berguna =)
Oh yeahhh...hebat hebat...
ReplyDeletehehe...hebat kan =)
DeleteYelah kalau dah jadi mama tak kreatif dan pantas mahu kebulur anak-anak YY:)
ReplyDeleteKakak pulak banyak masak guna multi cooker sebab cepat. Tumis siap masuk mangkuk, Goreng siap masuk piring, lagi satu cepat mendidih dan panas..
tulah kan kak
Deletejadi mama ni kenalah kreatif dan pantas =)
saya tak berapa retilah kak, lain kali nak buat jugalah
tapi tak dinafikan memang sekejab aje masak guna dia =)
Semua menu tu dimasak menggunakan multi cooker la ye? Jadi kena basuh la kan setiap kali nak guna utk masak benda lain? Eh, tp tu nampak mcm api dapur gas je sebelah multi cooker tu.
ReplyDeletetaklah lyd, sambal udang tu aje
Deletelelain tu pakai gas bila mychintahati dah beli
memang time tu gas tak ada, saya masak udang aje dulu
gas dah ada, saya masak semua serentak =)
Memang tangan bertuah suami awak tu :)
ReplyDeleteCuba suruh dia masuk peraduan peraduan yg ada..:)
Moral lainnya ialah: sediakan tong gas spare kat rumah ..hihihih
hehe...tulah doktor
Deletememang ada niat nak beli doktor
tapi tak tempat nak menyimpannya =)
Salam... pesan kat husband tu kalau dapat multi cooker lagi sedekah kat saya... boleh? (hehehehe)
ReplyDeletedia memang penah dapat lebih
Deletetapi kami dah berikan kepada orang lain
bukan rezki NA lah jawabnya
Wah..untungnya sis..memang tangan bertuah tu..sedap menu tu sis.. I like..
ReplyDeleteyang lucky tu mychintahati
Deletetapi sayalah yang untung lebih...hehe
eh belum rasa dah tahu sedap...hehe
Nampak pun dah menyelerakan..itulah orang kata presentation tu penting. Kalerful..
Deleteakak ni kelakarlah
Deletesaya tak hias pun kak, main letak aje
tapi mungkin sebab ada colourful cam akak cakap tu =)
apapun terima kasihlah! bikin saya kembang semacam aje ni =)
wah..dapur cantik le.
ReplyDeletehehe..cantik ke?
Deletealhamdulillah rezeki kami
mmg luck la
ReplyDeletedpt yg mmg diperlukan
kan berguna tu.hihi
skali skala x nk guna gas pon ok jga ni.
tulah pasalnya kan
Deletealhamdulillah, rezeki
tulah kan, saya rasa lain kali saya nak buat jugalah =)
senang jugak gune multicooker nih...penyelamat di kala gas abis
ReplyDeletehehe...memang betul tu =)
DeleteMujurlah kedai dengan rumah dekat...xsampai 100 meter, kalau gas habis boleh jer ke kedai beli. Taklah sampai kena masak dalam rice cooker macam YY...hehe.
ReplyDeleteTapi jika terdesak...memang rice cooker lah jadi mangsa, macam zaman belajar dulu! hehe...
hehe...saya idaklah masak dalam rice cooker tu BM
Deletetu nasi aje, yang lelain pakai gas dengan multicooker tu
tapi yelah, zaman saya belajar dulu memang masak pakai rice cooker! hehe
Yoh tu dia... heheh menarik. tapi tak tau lak leh goreng goreng selalu masak lauk jer. tu pun masa emergency. hehe memang nampak sedap pun udang tu nanti share ler resepi
ReplyDeleteSalam perkenalan Saya Aula blogger di aulawrites.blogspot.com, Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada Yana :)
multicooker boleh buat macam-macam aula
Deletesaya penah goreng nuget dalam tu, okay aje =)
terima kasih singgah ye, saya dah pun membalas kunjungan =)
YY, multi cooker dan microwave oven tu bukan spesies 'menatang'. Dua-dua tu perkakas elektrik. Huahaha.... Jom kita pi ke moral of the story dulu - 1) catat pada kalendar tarikh beli gas barulah tau bila gas habis. Macam saya every 3 bulan (lebih hebat tengah bulan) gas mesti habis :) Kalau tidak, sediakan tong gas spare satu takdalah jadi macam 'orang tu' (aka sayalah tu) tak boleh masak sebab gas habis! 2) Gunakan segala perkakas elektrik tu sebaik mungkin. Jangan disimpan dalam stor. Bila terdesak, baru nak guna (chewah, ngajar orang bukan main lagi Kak Ton nih....) 3) Mulakan memasak dengan Bismillah sambil niat nak gembirakan hati anak-anak dan suami. Confirm masakan yang terlebih garam pun suami dan anak-anak kata sedap :)
ReplyDeleteEh, tak acilah bukti tu. Jangan-jangan dia yang habiskan semua makanan lepas tu snap photo! Tapi takpa, saya percayakan aje apa yang YY tulis demi menjaga hati rakan sebaya *_*
hehe...tu dia cikgu dah datang!
Deleteala...memainlah kak ton. saya memang suka sebut menatang
untuk benda yang saya tak tahu camne nak guna...hehe
eh cepat juga gas kak ton habis ye, saya 6 bulan tau
ke saya ni kategori jarang masak juga ni...hehe
masalahnya tak tahu camne nak guna kak ton, tu simpan dalam stor...hehe
eh...mana kita sebaya! saya muda lagi dari awak ye kak ton
tengok IC ni, maintain 12 aje tau! =)
saya pula kalau tak beli, dapat ni
ReplyDeletebagus jugalah benda ni
Seronoknya, YY! Lengkap peralatan dapur. Memang bertuah tu! Bagus juga ada multicooker ni ye...
ReplyDeletealhamdulillah kak
Deletethe best part is, tak beli pun, tup tab ada aje...hehe
setakat ni kak, saya hanya gunakan time tak ada gas aje...hehe
hehehe.tangan hubby akak tu bawa tuah,mmg rezeki anak2 akak kan..
ReplyDeleteMicro.oven mmg selalu nya terlantar kesepian ja kan..saya pun jarang guna menatang itu..hahaha.. adda google org kata tak baik pakai m.oven..entahlah..
dia bertuah mungkin sebab rezeki anak-anak
Deletetapi yang untung dalam cerita ni adalah akak lah kan
diorang confirm tak guna pun bebenda tu...hehe
akak tak tahu camne nak guna aje, ada banyak cara dia
yeke tak bagus? emm...
Banyaknya barangan yang pernah dapat dalam cabutan bertuah, wah ini memang orang bertuah ni. Kalau gini, memang menjadi kejelesan ramai ni..
ReplyDeleteKalau dapat percuma dan tak guna tu ok lagi kan? Tapi eloknya kita belajarla macam mana guna. Masa cuti hari tu, saya minta oven baru sb yg lama rosak.. bila dh dapat xsentuh pun lg.. ai, mujur setakat ni tuan yg beli tu tak tanya apa3 lagi..
rezeki dia murah gamaknya
Deletememang setakat kahwin dengan dia ni kan, dia tak pernah balik tangan kosong
hehe..tulah kan cikgu AN
memang perlu belajar bila nak digunakan peralatan tu, sayang juga terbiar rosak gitu
saya cadang nak minta oven juga, tapi nantilah
takut dapat ceramah free..hehe
Nasib baik juga ada multi cooker kan.. bolehlah mengadjuskan masakan apa yg patut. Apa pun udang tu mmg hidangan hebat.. menyelerakan. Sedap buat makan malam.. mmg tersandar kat sofa laa lepas makan... kekenyangan hehee.. :D
ReplyDeletetulah, kalau tak, memang tak makanlah mychintahati KK wei
Deletesaya yang masak, of courselah kata sedap
tapi tak akan boleh lawan isteri KK =)
Untungnya takyah keluarkan duit beli perkakas dapur.
ReplyDeleteRumah saya siap ada 2 tong gas. Persediaan rapi.., macam la rajin sangat memasak..heheheh
rezeki anak-anak kot farhana
Deletememang takat ni tak beli semua tu, alhamdulillah
saya bercadang juga, tapi tak de tempat nak simpan =)
Kihkih
ReplyDeleteKat rumah ada 3 tong gas. Sekali tiga2 dah habis. Macam mana nak masak.haha. sama macam umi sy. Bila gas habis baru la gigih nak guna dapur elektrik. Tak puas kalau guna dapur elektrik katanya. Stand by 3 tong gas kononnya. Sekali semua habis.haha. haru jap
hehe...sampai 3 tong gas lepas tu tiga2 habis
Deletememang kes naya tu farhana..hehe
akak ada satu tu aje, ada bercadang beli tambahan
tapi takde tempat nak simpan =)
ada jgk kegunaan time mcm ni kan
ReplyDeletermh lya mmg ada 2 tong gas sokmo.. satu guna..1 spare..bila hbs trus tukar aje dgn y spare tu.. & tabung y kosong tu terus call org gas pickup tukor baru//
rata-rata semua ada lebih dari satu ye
Deleteemm...kena juga buat camtu kot
cuma masalah saya sekarang tak ada stor aje nak menyimpan
kat umah ni mmg selalu kehabisan gas wpun ada 2 tong gas . dan peralatan elektrik mmg penyelamatlah . tempe goreng x tinggal tu ...
ReplyDeletehehe..tulah kan
Deletedalam kes darurat, peralatan letrik perlu
mesti vee...favorite katanya =)
bertuah betul en suami yana nih..banyak dapat hadiah tu..,dalam keadaan darurat kita boleh guna apa je yg ada depan mata kan.
ReplyDeletetulah kak, kata orang langkah kanan
Deletememang tiap kali p dinner dia tak penah balik tangan kosing
setuju dengan akak, benda tak tau pun jadi tau =)
salam..
ReplyDeleteermm......ada jugak kegunaan multi cooker ni masa kecemasan erk..?
salam...haha
Deletetu nasib ada, kalau takde
lagi naya =)