Part 3: Aktiviti Di Kampung! (^_^)

8:56:00 pm Yana Yani 4 Comments

Sebelum ni aku dah bercerita tentang hari kedua kami di kampung kelahiran aku yang terletak di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang.

Hari ni aku nak cerita hari terakhir pula kami di sini. Time to say goodbye. Tapi bagi siapa yang belum berkesempatan untuk baca part sebelum ni, sila klik sini untuk baca.

Honestly rasa berat hati nak meninggalkan kampung yang tercinta ni. Di sinilah aku dilahirkan dan aku banyak menghabiskan zaman kanak-kanak aku di sini.

Walaupun suasana di kampung banyak berubah terutama dari segi pembangunan tapi ianya tak jauh berbeza dengan apa yang pernah aku lalui atau ingati lebih kurang 20 tahun yang dulu. 

Kalau nak ke rumah Atuk dulu, kami kena menyeberangi sungai. Bukannya tak ada jambatan. Tapi jarak nak melalui jambatan tu agak jauh! Nak shortcut, kena lalu sungai! Baru ada CABARAN!

Tapi time tu tak pernah fikir apa bila lalu sungai! Seronok aje! Air sungai pun masih agak jernih time tu sebab boleh nampak ikan berenang! Tapi sekarang sayang, air sungai dah kotor!

Elektrik pun hanya ada pada waktu malam. Air pula kena angkut air sungai untuk memasak atau mandi. Atuk pernah pakai mesin untuk sedut air sungai terus sampai ke rumah untuk kesenangan.

Paling tak boleh lupa bila nak "melepas" arwah nenek suruh pergi dekat dengan pokok koko atau kopi yang banyak ditanam masa tu. Dia kata tu sumber baja asli. Bila teringat rasa kelakar pun ada!

Apa yang pasti dekat sini tak ada istilah tak makan sebab ada banyak sumber makanan dekat sini. Aku ingat lagi arwah Nenek kata, "Kalau nak makan ayam, pergi tangkap ayam dekat luar tu"

Aktiviti menangkap ayam memang paling seronok! Dah macam main bola sepak! Cuma bezanya kita tak menyepak, kita tangkap! Habis bercalar balar badan bila tangkap ayam! Tapi moment tu, priceless!

Apapun aku rasa bangga juga sebab anak-anak aku masih dapat melalui serba sedikit suasana kampung. Harap tu boleh jadi moment berharga pada dia orang satu masa nanti.

Insya Allah, panjang umur kami sekeluarga akan kembali lagi ke sini pada Hari Raya nanti. Tahun ni turn aku pula! Hehe! Tunggu kepulangan aku wahai kampung yang tercinta!

Anyway aku nak share beberapa keping gambar untuk tatapan readers. Check it out! (^_^)

Sebelum berangkat pulang, kita makan dulu!
Mama jom! Kami dah ready nak balik!
Sempat lagi budak berdua ni main lastik. Benda yang tak boleh langsung dibuat dekat bandar! Hehe!
Aisy dengan Nenek saudara, Mak Itam
Sebelah kiri tu Pak Ucu. Pakcik yang sama baya dengan aku. Beza umur kita orang tiga bulan aje. Apapun terima kasih kepada mereka suami isteri atas segala layanan sepanjang kami di sana
Sempat lagi bergambar dengan Atuk sebelum berangkat pulang.
Atuk ucap selamat tinggal kepada kami sekeluarga. Nampak aje happy, hati siapa tahu? Tunggu kepulangan kami raya nanti ye. Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi

4 comments:

  1. sian plk tgk kt atuk tuh.. mesti lps korg blah dia nangis kan... rindu plk kt mak kt kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya tiap kali kitorg nak blk dia menangis, tapi kali tu idak.

      Delete
  2. memang seronok kat kampung..apa lagi time raya...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...