Kalau Dah Namanya Perempuan! (^_^)
Semenjak dah dapat "kaki" ni, Aisy memang bertambah ligat! Most of the times akan dengar bunyi Abang dia membebel sebab dok nampak barang bersepah hasil "seni" Aisy.Despite dari semua tu, sifat keperempuanan tetap dapat dilihat pada Aisy. Mungkin betul wanita memang dilahirkan dengan naluri semulajadi untuk mengemas, memasak dan yang sewaktu dengannya.
Kalau dulu, Afif suka bawa lari periuk dengan senduk aku. Sekarang giliran Aisy pula! Kadang-kadang aku tak perasan pun periuk belanga aku hilang.
Bila dengar bunyi kelentang kelentung, baru perasan! Dia dah mula dah!
Aisy tengah masak! |
Kadang aku dah siap lipat pun, dia tak puas hati, dia lipat balik! Sabar ajelah! Sebab tu kalau nak lipat kain baju kena tunggu dia tidur dulu, kalau tidak menangislah aku jawabnya!
Siap ada gaya nak melipat tu! |
Habislah kain baju yang dah dok tersusun tu dia selongkar balik. Bukan setakat tangan aje yang bergerak, mulut dia pun berbunyi juga!
Ada aje yang dia tak puas hati! Nak marah, bukannya dia faham pun. Buat penat aje marah, habis tenaga! Nak marah kena guna tenaga juga kan? Hehe!
So nak tak nak kenalah SABAR!
Hilang dah kain baju dekat rak tu sebab Aisy tak puas hati dengan susun atur dia! |
Last weekend baru perasan perangai baru dia.
Sampai aje dekat satu booth yang dok jual banyak baju dan gaun untuk little girl macam dia, bukan main dia dok belek sana belek sini. Macam dah expert!
Ni bila besar sikit, mau botak Papa dia! Hehe!
Apapun Mama tersangatlah bangga dengan anak-anak Mama! Tak kisahlah apa orang nak kata pun! Baik ke buruk tetap anak Mama!
Mama yang menanggung penantian selama 9 bulan, Mama yang rasa sakit time bersalin, Mama yang rasa seksa time pantang, Mama yang menangis time anak sakit dan pendek kata semua Mama rasa!
So siapa mereka yang PERASAN BAGUS tu nak kata yang bukan-bukan? Dalam dunia ni, hanya Mama sahaja yang kenal anak-anak Mama! No one does!
Sayang kamu berdua sangat-sangat! I mean Afif and Aisy (^_^)
The lover of my life! Termasuk yang dekat belakang tu! Hehe! |
semoga rajin smp ke besar la yerk blh tlg wt kje umah utk mama...
ReplyDeleteamin =)
Deletemmg rajin anak perempuan mu ini... ;)
ReplyDeletetersangatlah rajin sal oi! =)
Delete