Alahai Afif & Aisy! (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 0 Comments


Kami dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian berjalan hujung minggu lepas. Aisy memang tak pernah duduk diam bila berada dalam di dalam kereta.

Ada sahaja benda disekitar yang dia nak sentuh. Aku menarik tangan dia apabila dia mula menganggu pemanduan Papa dia. Tiba-tiba dia tepuk muka aku sekuat hati dia. Marah mungkin.

Aku agak biul sekejab disebabkan tepukan kuat tu sehinggakan cermin mata yang aku pakai pun terjatuh. Belum sempat aku bagi respon, tiba-tiba si Afif menampar pula muka Adik dia.

"Amboi, biasa dia buat Mama macam tu! Berdosa tahu?" kata Afif.

Aku terdiam dengan respon Afif. Tak sangka Afif akan ambil tindakan macam tu. Aisy masih tak puas hati dan dia cuba memukul aku buat kali yang seterusnya. Sepantas kilat Afif menyambut tangan Aisy.

"Aisy ni! Berdosalah!" jerit Afif.

Drama antara dua beradik ni aku perhatikan tanpa langsung masuk campur. Sekali-sekala terdengar suara Papa yang meninggi bila Aisy memukul aku berulang kali.

"Aisy nak masuk syurga ke nak masuk neraka?" tanya Afif kepada Aisy.

Aisy hanya membisu sambil ibu jari disumbat ke dalam mulut. Badan direbahkan ke dada aku menunjukkan dia mengantuk. Tapi mata masih memandang ke arah Afif seolah-olah minat nak untuk mendengar.

"Dekat syurga best tahu! Ada banyak mainan, ada ultraman, ada dinosour! Abang nak pergi syurga! Aisy nak tak? Best!" kata Afif panjang lebar.

Melihatkan Aisy yang tidak memberi sebarang respon, soalan berikut aku tanyakan kepada Afif, "Dekat neraka ada apa?"

"Dekat neraka ada syaitanlah! Ada hantu! Takut!" kata dia bersungguh-sungguh.

Perbualan tu terhenti apabila kami sampai ke rumah dengan selamatnya.

------------------------------------------

Entah kenapa cerita yang berlaku dua tiga hari lepas masih berlegar di kepala otak aku. Lebih-lebih lagi bila terbaca post Oh! Media di Facebook hari ni.


Aku rasa semua tahu siapa yang dirujuk di sini. Tak payah kita nak cerita panjang lebar. Lagipun ianya cukup sensasi dan menjadi buah mulut orang disekeliling.

Cuma sebagai seorang Mama aku amat terkilan dengan sikap "orang tu". Mesti hancur luluh hati Umi dia bila dia buat macam tu, lebih-lebih lagi membiarkan orang lain menghentam!  

Entah kenapa aku amat memahami perasaan Umi "orang tu". Tentu satu ketika dulu Umi "orang tu" mempunyai harapan yang sama seperti aku bila melihat anak membesar di depan mata.

Segala tindak tanduk anak-anak sejak dari dalam kandungan dapat diingat dengan jelas. Ia seolah-olah menonton movie tanpa bunyi! Tapi apa yang dilakukan oleh "orang tu", bagai menyentap jantung!

Wahai anak! Betapa besarnya dosa yang kamu telah lakukan apabila menyakiti hati seorang Umi!

Sedarkah kamu bahawa kamu tak akan mampu membayar segala pengorbanan yang pernah dia curahkan walau dengan segala harta dan kekayaan di dunia ni!  

Kamu sepatutnya beruntung kerana masih mempunyai Umi. Doa dan restu daripada Umi lah yang menjadikan kamu sepertimana diri kamu sekarang.

Bertaubatlah wahai anak sebelum terlambat! Pintu taubat masih terbuka!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...