Dinosour Punya Pasal! (^_^)

11:32:00 pm Yana Yani 6 Comments

Semalam dah agak lewat petang baru Encik suami ajak keluar. Aku anak-beranak pantang Encik suami ajak keluar, memang suka sangat!

"Kita nak ke mana?" tanya aku kepada Encik suami bila dah berada dalam kereta.

"Tak tahulah" jawap Encik suami. Tu memang jawapan favourite dia! Jawapan tu juga yang kadang-kadang buat aku tension. Dia yang ajak, dia boleh kata tak tahu! Tension sungguh!

Tengah dok tension tu, tiba-tiba telefon aku berbunyi! Terpampang gambar adik lelaki aku, Syafie.

Dalam hati dok fikir, "Awatlah pula budak ni telefon?"

"Long, kau kat mana? Dekat Bukit Tinggi ada dinosour lah!" kata dia.

Tak pasal-pasal jadi reporter tak bertauliah Syafie hari ni! Hehe! Semuanya disebabkan anak saudara kesayangan dia, Afif.

Daripada pandai bercakap sampai sekarang, dinosour merupakan antara benda yang paling digilai Afif! So bila dengar aje perkataan dinosour, excited terus dia!

Anak punya pasal, kami pun menghala ke Aeon Bukit Tinggi. Lagipun kami memang tiada hala tuju yang tetap. So alang-alang tu, pergi ajelah! Let's see apa yang interesting dekat sana.

Encik suami kata, "Harga benda ni satu lagi mahal dari tayar kereta Abang!" Hehe!
Manusia yang paling seronok dan excited hari tu bila dapat tengok dinosour!
Bergambar sebelah T-Rex! Say cheese!
Sempat lagi dia "ketuk" Aunty dia hari tu! Bertuah sungguh!
Selain dari Afif, lagi seorang manusia yang paling seronok hari tu adalah Aisy! Mentang-mentang dia dah dapat "kaki", bukan main lagi dia!

Tak mahu langsung orang pegang dia! Aku jadi tak tenteram dibuatnya sebab dia jalan ikut suka hati dia aje! Bila pegang atau dukung dia, terjerit-jerit! Budak bertuah! Sabar ajelah!

Aku bukannya apa, manusia sikit punya ramai hari tu! Risau! Lagipun Aisy pula ligat aje! Tak takut langsung dengan keadaan sekeliling!

Tu lah Mama, time tak boleh jalan suruh jalan! Sekarang dah boleh jalan, pening pula! Adeh, sape nak jawab tu? Hehe!

Berlari aje kerja dia hari tu. Ni memang confirm Mama kuruslah sebab dok kejar dia aje!
Afif tengah dok happy bergambar dengan maskot dinosour sambil show off mainan baru
Aisy pula dok pelik dengan maskot dinosour tu! Siap pegang perut maskot tu lagi nak memastikannya. Hehe
Apa yang pasti, semalam adalah antara hari paling bermakna dalam dairi hidup aku. Terutama bila dapat bersama dengan orang-orang yang tersayang!

Ditambah pula dengan kecerian anak-anak! It was a great time!

6 comments:

  1. seronoknya anak2 ...

    ReplyDelete
  2. bagi surirumah macam saya.. bila asben cakap cepat siap, hati dah berbunga bunga cinta gitu.. rutin mingguan harus keluar jugak. kalau tak tak luas permandangan gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang keja ni pun pantang encik suami ajak kuar. penat mengadap keja dekat opis tu, so bila kuar release sikit rasa =)

      Delete
  3. banyaknye denasor dia belik...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...