Part 1: Jalan Aje! (^_^)

1:52:00 pm Yana Yani 6 Comments

Wah, tiga hari tak update blog rasa macam tak complete hidup! Hehe! Aktiviti aku and family hujung minggu ni full! Tu pasal yang tak sempat nak update blog.

Hari ni aje baru dok lepak dekat rumah. Tapi sebenarnya kereta Encik suami buat hal, kalau tidak confirm berjalan juga hari ni! Hehe!

Aku ni kalau nak bercerita memang tak boleh nak buat sikit-sikit. Mesti kena panjang berjela. Tak reti nak membebel sikit. Mesti kena banyak! Sebab tu kena buat banyak part! Hehe!

So kita mulakan dengan apa yang aku lakukan pada hari Jumaat baru ni.

--------------------------------------

Hari ni Mak aku balik ke kampung sebab nak menghadiri kenduri kahwin sepupu dia, kira pangkat makcik dengan aku, pangkat nenek pada Afif dan Aisy. Besar keluarga sebelah Mak ni sebenarnya!

Nantilah aku ceritakan serba sikit latar belakang keluarga belah Mak ni. Anyway disebabkan Mak tak ada, so aku pun kenalah ambil cuti nak jaga dua permata hati ni.

Perancangan asal aku pun ikut sama Mak balik kampung. Tapi setelah dipertimbangkan, terpaksa cancel. Tak apalah! Insya Allah panjang umur aku akan ke balik kampung raya nanti!

Anyway hari ni dekat rumah tak sempat nak rasa boring! Ada aje benda yang nak dibuat bila dah ada dengan budak berdua ni.

Pagi tadi tengah sedap tidur tiba-tiba Afif berbunyi, "Mama bangunlah, jom kita pergi beli sarapan."

"Nantilah!" jawab aku malas.

"Alah, Afif lapar ni. Kita beli nasi lemak dengan telur ye" kata dia lagi.

Nak tak nak terpaksa juga bangun! Dalam keadaan mamai tu, aku tengok Afif tengah ligat mengemas tempat tidur. Bukan main bersemangat dia nak makan nasi lemak!

Tapi hari ni dia makan nasi lemak, licin satu bungkus! Selalu dia jarang habiskan nasi lemak. Patutlah dia beria-ria mengejutkan Mama pagi tadi, memang lapar betul! Hehe!

Lepas aje makan dia sibuk ajak Adik dia main. Rumah dahlah "tersangat besar" so bila dia orang adik beradik dok main memang nampak lagi "besar"

Terpaksa dok alihkan meja kopi sebab nak bagi mudahkan aktiviti dia orang.

Bawa Adik dok ronda satu rumah yang "besar" ni dengan motor kesayangan

Afif dengan "koleksi" dinosour dan Ultraman dia

Aisy tengah mengatuk ni sebenarnya, main pun tak mahu sangat

Aku biarkan aje dia orang adik beradik main. Senang sikit nak buat kerja rumah bila dia orang tengah leka main. Sekali sekala aku jenguk juga dia orang main.

Petang tu adik aku si Annur yang tak ikut Mak balik kampung, ajak kita orang keluar. Bagai orang mengantuk disorong bantal, laju aje kita orang kata JOM!

Disebabkan hujan agak lebat dekat Shah Alam time tu, kita orang pun singgah ke Plaza Alam Sentral dok tengok apa-apa yang patut ditengok.

Si Annur mentang-mentang dah gaji, bukan main dia seronok dok shopping. Afif pula dah cukup pandai nak mintak macam-macam sebab dia tahu Aunty dia mesti belikan.

Aunty dia pula layankan aje, memang seronoklah dia!

Bukan main seronok Afif dapat jam Ultraman, Aunty belikan

Si Aisy pula semenjak dah dapat "kaki" ni, berlari aje kerja dia! Aku sampai dah tak larat nak mengejar dia! Ni confirm kurus Mama dia dok kejar dia aje

Cepatlah kejar Mama!

Lepas si Annur dah penat shopping, dia ajak kita orang makan. "Don't worry, Annur belanja!" kata dia sambil terus menuju ketempat yang dia nak belanja tu.

Kali terakhir aku makan dekat tempat yang Annur belanja ni adalah time mengadungkan Afif dulu. Lepas tu tak pernah pergi lagi dah sebab Encik suami tak berapa gemar makanan dekat sini.

Alasan dia biasa bagi, tekak orang kampung! Memang tak usah mimpilah nak ajak dia makan tempat macam ni. Anyway, thanks tu Annur dapat juga makan dekat sini lagi!

Nak tahu dekat mana? Tunggu next entry ye! Chow! (^_^)  

6 comments:

  1. Replies
    1. tu kena tanya afif. tapi confirm dia tak bagi. hehe =)

      Delete
  2. si abang dh besar pandai la pow mama dia belikan barang2 otomen

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...