Jalan Lagi! (^_^)

11:12:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ni seperti kebiasaan hujung minggu kami adalah, jalan-jalan cari pasal! Tagline tu dah macam sebati dalam jiwa kami sekeluarga sehingga Afif pernah tanya, "Hari ni kita tak jalan-jalan cari pasal ke Mama?"

Hari ni kami sekeluarga meronda ke Pasar Tani di perkarangan tempat letak kereta di Stadium Shah Alam Seksyen 13. Kali terakhir kami ke sini ketika aku mengandungkan Aisy dulu.

Hampir dua tahun juga kami dah tak ke sini. Dulu tempat ni tak adalah meriah macam sekarang ni. Sekarang cakaplah nak apa pun, semua ada! Nak cari parking pun dah susah sekarang!

Aku boleh katakan, dekat sini lebih baik daripada Uptown Shah Alam. Daripada barang dapur sehingga ke bahagian alat ganti kereta pun ada dekat sini. Pendek kata, macam-macam ada!

Encik suami kata pasar ni dibuka seawal 7 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Memang tersangatlah besar tempat Pasar Tani yang dekat sini. Dah macam kota sesat!

Janji readers larat nak tawaf aje! Tapi aku berani jamin, memang worth it!

Manusia tak usah cakaplah, memang penuh. Kalau time bazar Ramadhan pun tak semeriah macam ni! Cubalah sekali sekala readers ke sini. Memang terbaik!

Lagipun ramai peniaga Bumiputera dekat sini, meh kita tunjukkan sokongan kepada peniaga Bumiputera dan yang paling penting seagama dengan kita!

Walau cuaca sikit punya panas, tapi tak menghalang orang untuk shopping!
Nak gerak pun susah sebab orang ramai sangat
Encik suami menambahkan koleksi kasut dia. Dekat rumah ni rak kasut penuh dengan kasut dia aje!
Mula-mula Aisy seorang aje dalam stroller
Tiba-tiba Afif pun ada juga, alasan dia penat!

Tengahari pula kami ke rumah Mak sebab Mak ada buat makan-makan. Biasalah bila dah semua berkumpul, semangat nak memasak tu ada aje!

Seperti biasa menu kami hari disediakan oleh dua orang Master Chef kami iaitu Mak dan Angah. Biasa dalam keluarga kami, mereka berdua aje yang "hebat" dalam acara memasak! Hehe!

Dan seperti biasanya aku hanya jadi pemerhati! Tapi air aku buat still yang terhebat! Tak ada siapa boleh lawan! Hehe! Perasan aje lebih!

Ikan kerapu masak tiga rasa versi Angah
Sotong masak kunyit versi Mak. Ni memang paling terbaik!  
Kek ni bukan Angah yang buat! Hehe! Kali ni beli aje sebab oven rosak!

Apa yang pasti hari ni adalah menyeronokkan seperti juga hari-hari lain yang aku lalui! Adanya perjumpaan keluarga seperti ini memang amat mengujakan!

Next week dengar cerita keluarga sebelah Encik suami pula nak buat perjumpaan! How exciting!

2 comments:

  1. sedapnyer ikan 3 rasa dan sotong tu..yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ayer tangan Mak dan Angah...saya makan aje..memang TERBAIK! hehe!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...