It's My Birthday! (^_^)

11:35:00 pm Yana Yani 2 Comments


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas limpahan kurnia yang diberikan! Syukur kerana masih lagi terus bernafas di atas muka bumi ini.

Macam tak percaya begitu pantas aje masa berlalu. Sedar tak sedar dah tiga dekad aku melalui kehidupan ni yang penuh dengan pelbagai warna dan warni.

Apapun aku tetap berbangga menjadi aku! Bangga dilahirkan dalam keluarga yang tak begitu "berduit". Walaupun kekurangan duit, tapi aku kaya dengan kasih dan sayang!

Bangga Mak dan Abah adalah parent aku! Tanpa mereka aku tak mungkin akan ada di dunia ni! Banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan. Terima kasih buat kalian berdua.

Aku juga teramat berbangga menjadi isteri kepada salah seorang insan yang paling aku kagumi dalam hidup ni. Sumber kekuatan dan inspirasi untuk aku maju ke depan.

Terima kasih untuk segalanya Sayang!

Dan yang paling aku banggakan adalah menjadi insan kepada dua permata hati! Meraka adalah penyeri disaat ceria dan gundah! Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mama.

Terima kasih juga kepada semua teman dan kenalan yang tak putus-putus memberikan ucapan. Sekurang-kurangnya aku boleh berbangga mengatakan bahawa aku ada TEMAN!

Apapun pada usia yang dah tak berapa nak muda ni, aku masih lagi mencari kekuatan untuk terus dekat kepada-Nya. Sukar betul untuk mencari "kemanisan" untuk taat kepada Dia yang satu.

Ya ALLAH, panjangkan umur aku untuk supaya aku dapat memperbaiki diri yang penuh dengan kekhilafan ini. Sekiranya KAU mahu matikan aku, matikanlah aku dalam agama ISLAM. Berilah aku kekuatan untuk merasai NIKMAT "tunduk" kepada-MU Ya ALLAH! Sesungguhnya hanya kepada-MU aku berserah!

----------------------------------------------

Menyambut hari lahir cara aku di Pantai Remis, Selangor.

Let's the photos describe the wonderful moments that I had today! Terima kasih sekali lagi buat semua! Love you all! Muahhh! (^_^)

2 comments:

  1. selamat ulang tahun y@N@^y@Ni , semoga murah rezki, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik..maaf ye lmbat wish..(^_^)
    pantai remis ni dah dekat dah ngn umah saya tau..tapi sebulan sekali pun payah nak gi..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab wish...tak kisahlah lambat ke cepat...janji wish...hehe! la ye ke dekat...saya kerap juga ke sini...anak-anak suka sangat...ni kalau terjumpa hai hai lah ye...hehe!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...