Ultraman: Kegilaan Afif! (^_^)

1:39:00 pm Yana Yani 4 Comments

Aku rasa semua orang kenal dengan watak superhero Ultraman sebab aku sendiri membesar dengan siri televisyen ni. Ulltraman adalah antara superhero yang paling popular dari Jepun.

Siapa sangka siri ni masih lagi popular dan relevan sehingga ke hari ini. Anak aku adalah antara peminat watak superhero ni. Setiap hari Isnin sehingga Khamis, pukul 7:30 malam dia dah bertapa depan TV.


Mula aje cerita, dia akan keluarkan koleksi Ultraman yang ada dalam simpanan dia. Afif begitu obses dengan setiap barangan Ultraman yang dia ada.

Aku boleh rumuskan yang Afif amat cermat dalam penjagaan koleksi barangan mainan dia. Malahan dia boleh ingat setiap bentuk mainan yang dia ada. Jangan tak percaya!

Dia macam ada six senses sebab dia boleh detect yang mana ada dan yang mana tak ada. Kalau hilang  satu aje mainan dia, kecoh satu kampung!


Disebabkan terlalu sayangkan hak dia, Afif become proctective! Biasanya Aisy tak boleh sentuh langsung barangan Ultraman kepunyaan Afif.


Tapi Aisy ni pun boleh tahan juga orangnya. Apa yang Abang dia pegang, itulah yang dia nak juga walaupun ada mainan lain diberikan kepada dia sebagai ganti.

Walaupun Abang dia bersifat proctective terhadap mainan kesayangan dia. Kadang-kadang tu Aisy "bernasib baik" juga sebab dapat pegang mainan yang Abang dia teramatlah sayang!


The moment Adik dia pegang aje, "mengaum" terus dia! Tak caya cuba tengok gambar ni.


Naik pening juga aku dan Encik suami melayan karenah budak dua-beradik ni. Kadang-kadang ada juga terbit rasa marah. Maklumlah manusia biasa!

Tapi perasan amarah tu boleh jadi hilang tiba-tiba. Tu lah penangan dua beradik ni. Mereka berdua ni lah penghibur kami. Hilang segala penat lelah seharian di tempat kerja disebabkan mereka.

Telatah mereka berdua ni adalah penghibur segala lara. Rasa tak sempurna hidup kalau tak lihat telatah dan karenah dia orang!

Mama dan Papa sayang sangat pada Afif dan Aisy! (^_^)

4 comments:

  1. Anak2 zura pun sama la... Apa yang si adik pegang, yg tu la abangnye nak jugak.. Si abang plk suka menggunakan kuasa sorg abang, rampas segala benda yg adik tengah pegang.. hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...kadang dah beli benda yang sama pun tak boleh juga...berebut! kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga sebab teringat zaman bebudak dulu...hehe =)

      Delete
  2. anak2 penghibur hati lara kan sis?oh ye,selamat hari ibu ye sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teramatlah setuju! selamat hari ibu utk sis juga ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...