Part 2: Aktiviti Di Kampung! (^_^)
Okay kalau hari tu dah cerita hari pertama kami di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang. Hari ni nak cerita pasal hari kedua kami di sini pula.Sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk baca cerita sebelum ni, sudi-sudikanlah untuk klik di sini.
Hari kedua kami di sini dimulakan dengan awal pagi. Ke mana? Memancing! Tapi bukan aku, Encik suami dengan adik aku, Syafie aje yang participate. Yang lain jadi pemerhati aje!
Aisy bukan main excited nak meronda buat kali pertamanya di kampung |
Kampung aku dikelilingi hutan! Ni bukan cerita karut tau! Fakta ni! Encik suami time mula-mula menjejaki kaki ke kampung aku ni pernah jadi macam clueless. Walhal aku dah cerita.
"Yang, kampung Ayang ni hutan tau. Tak sama macam kampung sayang!" kata aku mengingatkan.
"Alah, tak apa! Abang pun orang kampung juga!" kata dia selamba.
Sampai aje kampung, dia diam seribu bahasa! Muka kalau toreh tak berdarah! Dia cuak gamaknya!Mungkin time kita orang sampai tu dah tengah malam. Gelap gelita!
Dah macam buat "aktiviti burung hantu" sebab hanya bergerak ditemani lampu kereta sahaja. Tapi tu lah cerita kira-kira enam tahun dulu. Kalau teringat nak tergelak pun ada!
Jangan tak percaya dalam hutan pun ada jalan tar. Orang bandar apa tahu? Tahu cakap aje! |
Kolam yang Encik suami dan Syafie pancing tu sebenarnya adalah kolam buatan. Ia dimiliki oleh pakcik kami yang kami gelar Ayah De. Dia menternak ikan dekat situ.
Tapi tangan Encik suami tak ada "ong". Seekor ikan pun dia tak dapat! Tapi bila tiba time Syafie dibantu Pak Ucu, dua ekor ikan dia orang berjaya angkat!
Alasan dia, "Ikan tidur lagi ni!"
Cer tengok budak Afif tu, setia sungguh dia menunggu Papa dia |
Nampak sangat orang bandar, pokok semalu pun dia orang tak tahu. Kesian! |
Sempat lagi pose tu |
Disebabkan dan hampir ke tengahari dan tak nampak sebarang hasil, Mak ajak ke rumah Mak Itam yang terletak tak jauh dari kolam tadi.
Lagipun aku memang tak pernah ke rumah yang baru di bina ni. Tapi sebenarnya tak adalah baru sangat! Aku aje yang tak pernah ke sana! Hehe!
Mak Itam tinggal keseorangan dekat sini kalau suami dia bekerja. Anak angkat dia pula sekarang berada di sekolah berasrama penuh. Dia menghabiskan masa dengan menerima tempahan baju dari orang kampung.
Bila melihatkan dia tinggal berseorangan dikelilingi hutan belantara macam ni, kami sendiri berasa gerun. Maka soalan seperti berikut ditanya, "Mak Itam tak takut ke tinggal sorang-sorang?"
"Memula tu takut juga, tapi benda dah biasa! Lagipun nasib baik ada benda nak buat. Kalau tak mati akal juga. Kadang kalau bosan pergi kedai Atuk tu!" jawab dia yang kadang kala disusuli ketawa.
Cekal betul hati makcik aku yang seorang ni! Aku kagum!
Lepas tu Mak ajak mandi dekat sungai sambil cari kijing. Aku awal-awal dah surrender! Aku memang tak berapa nak gemar mandi manda di open space ni. Alasan!
Tapi time kecil-kecil dulu, hantu! Dah besar aje macam berlagak sikit! Hehe! Tapi sempat juga ikut Mak menyusuri jalan untuk ke sungai tu. Lagipun lebih kepada nak tinggal sikit memori pada Afif.
Disebabkan jalan tu dah tak ada orang lalu, semak sikit. Dulu jalan dekat sini terang aje! Tapi mungkin dulu tak ada sumber air lain kecuali air sungai ni, sekarang dah ada air paip!
Seronok aje Wan melayan cucu nak mandi sungai |
Tapi in the end aku seronok bila tengok anak aku seronok! That moment memang priceless. Kecerian dia bila berada di kampung ni memang buat aku teruja!
Wah, panjang pula aku membebel part ni. Okay, enough for now. Kita sambung lagi pada part akhir nanti. Part akhir nanti aku akan ceritakan hari terakhir kami di kampung!
Check it out ya! (^_^)
Mamat ni lah manusia paling seronok time dekat kampung |
wah.. syok tu memancing ramai2... anak sal pun suka sgt ikut ayah dia g mancing,...
ReplyDeletebudak-budak macam tu lah.lagilah budak lelaki =)
Deleteseronoknya di kampung sis...
ReplyDeletememang seronok sangat...tapi siapa tak biasa...takut kot =)
Delete