Tak Payah Taksub Sangat! (^_^)

11:15:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari Rabu hari tu, idola aku Tun Dr Mahathir Mohamad ada datang ke taman perumahan aku ni buat ceramah pasal PRU-13. Aku sebenarnya tak tahu langsung tentang kehadiran dia ke sini.

Balik kerja baru Encik suami beritahu. Tapi aku tak bercadang nak pergi walau aku tahu peluang untuk berjumpa pemimpin yang dihormati ni secara up close and personal adalah peluang sekali seumur hidup.

Memikirkan aku ada anak kecil dan keberangkalian macam-macam hal boleh berlaku bila pergi ke ceramah politik macam ni, aku lupakan aje hasrat aku.

Sampai aje depan pintu rumah, Mak dan Abah mentua aku dah ada depan laman rumah setia menanti kepulangan kita orang. Excited sungguh parent in law aku ni nak jumpa Mahathir!

Mengetahui kedatangan parent in law aku, Mak dan Abah pun datang ke rumah aku sebab nak jumpa. Last dia orang jumpa hari raya hari tu.

Bila dah berjumpa tu ditambah pula fahaman politik yang sama, maka riuh rendahlah rumah sewa aku ni dengan cerita yang tengah hot sekarang ni. Apa lagi politik!

Siapa sangka mereka lebih hebat berbicara bab politik especially bila melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan bangsa Melayu yang tidak ambil endah oleh muda-mudi sekarang.

"Dulu aku kan Mah tak kisah pasal undi-undi ni, sekarang tak boleh jadi! Mesti kena undi! Dia orang pijak kita Mah!" kata Mak mentua aku kepada Mak aku.

"Ye kak, memang melampau sangat! Saya pun benci sungguh dengan dia orang!" tambah Mak. 

Aisy dengan Wan dan Nenek
Perbualan di atas berterusan untuk beberapa ketika sehingga mereka keluar serentak untuk menghadiri ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad.

---------------------------------------------------------

Sekembali dari ceramah tersebut, aku diberitahu ada beberapa orang buat kacau dengan memijak-mijak poster gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga membaling mercun.

Apa yang mengejutkan salah seorang daripada mereka adalah guru di tadika di mana Afif belajar. Betul itu hak dia untuk menyokong parti politik mana yang dia suka.

Tapi tindakan dia tu tidak menunjukkan nilai atau akhlak yang mulia seorang guru untuk dijadikan contoh pada anak murid dia. Adakah dia mengajar benda yang sama di tadika?

Kadang-kadang tindakan segelintir antara kita yang terlalu taksub dengan parti politik masing-masing adalah menjengkelkan. Tindakan yang dilakukan juga adalah diluar kewarasan seorang yang normal.

Bak kata Encik suami, "Akal letak dekat punggung!"

Nasihatkan aku kepada mereka yang taksub ni especially kepada Cikgu $*&^, tak payah nak emosi sangatlah cikgu oi! Bukan awak boleh mengundi pun!

Apapun pilihanraya tak lama aje lagi, aku dah confirm siapa yang aku nak undi! Aku tekad dengan keputusan tu setelah apa yang aku lihat dan lalui.

Jom kita MENGUNDI!

2 comments:

  1. keTAKSUBan boleh membawa padah pada diri sendiri dan masyarakat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya teramatlah bersetuju...terima kasih kerana singgah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...