Hanya Dalam Lagu (^_^)
Hanya Dalam Lagu | Kalau dalam entry sebelum ni aku ada ceritakan pasal lagu yang aku dengar dekat saluran radio Klasik Nasional telah mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak yang indah. Klik sini untuk bacaan lanjut.Hari ini aku nak cerita pasal satu lagi lagu yang paling aku suka dan paling kerap Abah nyanyikan untuk aku satu ketika dulu. Malangnya agak sukar untuk mencari lirik atau info tentang lagu tersebut. Disebabkan tiada maklumat lengkap tentang lagu tersebut, aku terpaksa study pasal lagu ni. Hopefully next time, senang bagi sesiapa nak cari info pasal lagu ni.
Lagu yang aku maksudkan adalah Intanku Liana nyanyian A Ramlie. Lagu ni dikeluarkan pada sekitar tahun 1975. Menurut cerita, lagu ni dicipta untuk anak tunggal A Ramlie iaitu Marliana. Klik sini kalau nak tahu maklumat lebih lanjut tentang A Ramlie.
Hasil dari study tu, aku juga dapat tahu bahawa lagu ini sebenarnya adalah lagu saduran dari filem Hindi yang bertajuk Aa Gale Lag Jaa yang dikeluarkan pada tahun 1973. Filem tu dibintangi oleh Shashi Kapoor dan Sharmila Tagore. Aku pernah tengok cerita ni, tapi ingat-ingat lupa jalan ceritanya. By the way, lagu yang dimaksudkan adalah Ai Mera Bete.
Boleh klik sini kalau nak ;layan lagu tu. Tapi believe me, aku menangis tiap kali aku dengar atau tengok MTV tu. Sedih betul! Muka aje ganas, tapi hati ada taman okay! Hehe! Disebabkan keterujaan dengan lagu Intanku Liana ni, aku sanggup dengar satu persatu ayat yang disebutkan dalam lagu tersebut untuk diabadikan dalam blog aku ni. Senang nak buat rujukan later.
Apapun lagu ni amat memberi makna kepada aku. Teringat Abah menyanyikan lagu ni time zaman aku kecil-kecil dulu. Beruntung sungguh aku dapat merasa kasih sayang dari seorang yang bernama Abah!
Lirik lagu Intanku Liana
Anakku sayang Intan Liana
Kaulah pelita hidup Ayah ini
Anakku sayang dengarlah pesan
Ayah nyanyikan lagu untuk Yana
Hanya satu saja harapan Ayah
Beri kasih sayang pada semua
Sayang Ibumu sayang semua
Hidupmu tentu nanti dipandang mulia
Ayah berasa bangga bila di hari tua
Anakku bergembira Sayang sayang
Dengar anakku pesan Ayahmu
Buatlah azimat bila kau dewasa
Bila kau dewasa kau kan berjaya
Semoga jadi pemimpin negara
Itu impian Ibu dan Ayah
Carilah ilmu dan berusaha jangan lupa
Ini nasihat Ayah dan Ibu
Buat azimat bila kau dewasa
Boleh klik sini kalau nak dengar lagunya.
------------------------------------------
Rumah dah siap, pahat masih lagi berbunyi. Macam tu lah perumpaan yang boleh diguna untuk PRU kali ni. Sana sini orang dok cerita, isu perkauman pun masuk juga. Entahlah, aku malas nak bahaskan sangat. Sensitif! Tapi JANGAN DIPERSOALKAN HAK MELAYU! Tu aje! Gunakanlah media sosial dengan berhemah!
Hati-hatilah bila nak like atau share something, someone may get hurt dengan apa yang kita post. Kita semua rakyat MALAYSIA walau berlainan warna kulit. In fact warna darah pun sama! Isu-isu macam ni boleh menjadi bertambah panas kalau tak kena gaya penceritaan dan salah pemahaman!
So beringatlah, tak payah simbah minyak pada api yang menbara kang sendiri yang TERBAKAR. Naya!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿