Jangan Dipersoalkan! (^_^)

7:00:00 pm Yana Yani 0 Comments

Tinggal beberapa jam saja lagi tempoh bagi calon-calon berkempen dan lebih kurang 13 jam saja lagi sebelum seluruh rakyat Malaysia memilih peneraju negara.

Pun begitu disebalik semua ni aku masih rasa terkilan dan ralat. Hati terasa begitu sakit apabila hak MELAYU dipersoalkan.

Tapi apa yang lebih menyakitkan hati apabila mereka yang mempersoalkannya adalah MELAYU tu sendiri. Aku racist? Bilang apapun, aku TETAP dengan pendirian aku!

JANGAN PERSOALKAN HAK MELAYU!

Bagi aku mereka yang mempersoalkan semua ini adalah mereka yang BUTA sejarah! Kalaulah nenek moyang kita masih hidup, mungkin mereka akan menangis melihat MELAYU sekarang.

Pecah belah yang cukup ketara dikalangan orang MELAYU hari ini hanya kerana perbezaan fahaman politik. Paling tepat sekali terlalu TAKSUB dengan parti politik yang mereka sokong!

Memetik kata-kata seorang blogger melalui komen yang beliau tinggalkan di salah satu entry aku, Khalid Al-walid "Ketaksuban boleh membawa padah pada diri sendiri dan masyarakat!"

Kenapa terlalu taksub sehingga gagal membezakan antara buruk dan baik, antara benar dan salah, antara kawan dan lawan? Jangan begitu saudara-saudaraku.

Kita menyembah TUHAN yang sama, kita menyayangi RASUL yang sama dan kita juga sujud ke arah KIBLAT yang sama. Kenapa kita masih gagal BERSATU?

Perpecahan inilah yang amat disukai oleh musuh-musuh Islam sebab mereka tak perlu bersusah payah berperang secara fizikal. Hanya sedikit "racun" ditabur, kita jadi seperti sekarang.

Cuba renungkan seketika, kenapa tiada satu pun negara ISLAM hari ni yang gagal menyerlah di pentas dunia? Jawapannya senang sahaja, perbezaan fahaman POLITIK.

Tamadun Islam pernah satu ketika dulu digeruni kerana ILMU dan KEMUAFAKATAN. Tapi negara Islam hari ni lebih sibuk dengan politik dalam negara masing-masing. Jaguh kampung sahaja!

Kalaulah kita semua bersatu padu, negara Islam seperti PALESTIN, SYRIA, dan masyarakat Islam di ROHINGYA pasti tidak berani diperlakukan sebegitu rupa oleh musuh-musuh ISLAM.

Dikesempatan ini aku menyeru semua bangsa MELAYU yang beragama ISLAM, BERSATULAH! Demi agama, bangsa dan negara MALAYSIA yang tercinta.

ISLAM hanya akan KUAT kalau kita semua BERSATU!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...