Aku Macai? (^_^)

11:31:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau kita hanya bercakap atau mendengar tanpa menimbang baik dan buruk sesuatu cerita atau perkara yang dibawa, ianya boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Itulah yang terjadi kepada aku. Dan seharusnya aku kata, PADAN MUKA pada diri aku sendiri kerana terlalu mengikut amarah tanpa memikirkan kesan atau akibatnya.

Sejak mula mengenali erti hidup sehingga sekarang aku agak emosional apabila melibatkan kepentingan bangsa Melayu.

Aku jadi emosional apabila ada orang secara sengaja atau tidak mempersoalkan HAK MELAYU. Setengah orang kata aku racist sebab perangai aku ni. Let it be!

Readers tentu tahu tentang isu selepas PRU-13 di mana pengundi Cina dikata PENGKHIANAT kerana menyokong 100% pembangkang terutamanya DAP.

Disebabkan itu hampir kesemua pengguna rangkaian media sosial membahaskan isu ni. Masing-masing cuba menunjukkan "kebijaksaan" masing-masing.


Dalam banyak-banyak post entah kenapa aku tertarik nak komen satu post yang pada aku tidak wajar mengiakan sahaja bangsa itu yang secara terang-terangan menentang Melayu dan Islam.

Yang mengejutkan tanpa sebarang perbicaraan, aku dituduh MACAI!

Jujurnya aku terasa amat terguris dengan dengan tuduhan yang dilemparkan. Hanya kerana mempertahankan nilai dan maruah bangsa Melayu, aku dituduh MACAI.

Aku kurang arif maksud perkataan tu yang sering digunakan kebelakangan ni. Ia mungkin dialek yang membawa maksud kepada orang suruhan.

Menyedihkan sebab ada orang lebih rela bermusuh dengan orang sebangsa dan seagama. Hatta yang mempunyai talian darah sekalipun semata-mata mengiakan segala tindakan yang dilakukan oleh bangsa yang satu lagi.

Aku malas nak mengulas panjang tentang isu ini sebab kalau salah pemahaman orang yang membaca, aku mungkin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Kadang-kadang rasa terkilan sebab bangsa yang satu lagi cukup bebas mengeluarkan segala bentuk tentangan yang jelas menunjukkan sikap rasisme mereka tanpa sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka. Tapi hairan, mereka tak pernah mengaku sifat rasisme mereka.

Tapi yang paling kesian adalah bangsa MELAYU itu sendiri. Berpecah hanya kerana perbezaan dan ketaksuban kepada parti politik pilihan masing-masing.

Will we unite? Jawapan ada dalam diri kita sendiri. Bak kata Abah, "Tepuk dada, tanya
iman!"

Apapun ianya menjadi pengajaran yang amat berguna kepada aku untuk tidak lagi memberi komen atau post sesuatu apabila amarah menguasai diri. I don't want to feel regret anymore!

Sebabnya tak pasal-pasal aku buat dosa sebab dok mengumpat orang tu. Dan tak pasal-pasal juga aku sakit hati tak bersebab! Kan ke PADAN MUKA!

Betullah orang tua kata, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!"

Apapun nasihat aku kepada readers, gunakanlah rangkaian media sosial dengan berhemah. Jangan emosional tak bersebab. Selidik dulu sebelum mempercayai sebarang cerita. Use it wisely!

P/S-Pendapat aku hanya sekadar pendapat

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...