Akhirnya Berjalan! (^_^)
Hari ni pada usia 17 bulan 22 hari, Aisy dengan rasminya BERJALAN! Puas sungguh nak menunggu dia mengorak langkah. Akhirnya berjalan juga! Alhamdulillah! Syukur tak terkata!Aku sebenarnya teramatlah risau dengan perkembangan Aisy walau doktor pakar telah mengesahkan bahawa ianya adalah sesuatu yang normal. Tapi agak sukar untuk mengabaikan mulut manusia sekeliling!
Terlalu banyak sangat mulut PUAKA yang menyendir perkembangan Aisy. Entah kenapa sejak dari Afif hingga sekarang sampai ke Aisy, ada sahaja yang tak kena. Ada sahaja yang tak betul.
Mungkin kerana aku ni mempunyai masalah kesihatan sejak dari lahir hingga kini, maka mudah untuk mereka menjatuhkan hukuman bahawa akulah penyebabnya!
Afif pernah dikata LEMBAB kerana lambat bertutur dan lebih dengan dunia dia sendiri. Malahan aku pernah mensyaki dia menghidap autisme. Aku pernah menangis sepanjang malam disebabkan ini.
Tapi sekarang Alhamdulilah! Dia normal seperti kanak-kanak lain! Doktor kata tidak adil membandingkan anak kita dengan anak orang lain kerana perkembangan setiap individu berbeza.
Mujur aku mempunyai keluarga yang menyokong! Sama ada keluarga sebelah Encik suami atau keluarga sebelah aku, mereka adalah kekuatan aku! Terima kasih!
Apapun ia merupakan satu pengajaran yang bermakna dalam hidup aku untuk tidak mengendahkan mulut-mulut JAHAT yang hanya nampak keburukan sedangkan mereka tak sedar keburukan diri sendiri.
Pada ibubapa lain yang mungkin mengalami masalah sama, jangan membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Setiap individu itu berbeza kerana ALLAH ciptakan untuk melengkapi satu sama lain.
Terimalah segala kelemahan atau kekurangan anak sendiri seadanya! Mereka memerlukan sokongan kita untuk terus maju bagi meniti hari-hari mendatang!
Okay cukup! Aku ni kan kalau bab anak memang terlebih emosional! Hehe! Aku rasa semua orang pun sama. Anaklah segalanya ye dak? Harta anugerah ALLAH yang paling priceless!
Anyway hari ni Aisy berjalan non stop sampai langsung tak tidur petang! Dah malam baru sedar diri nak cari bantal dengan Pinky! Pinky adalah mainan baru kesayangan Aisy.
Nak tidur aje dia cari menatang ni! Hehe!
Muka letih lepas seharian practise! |
Wah, so tired! Time for some rewards for an excellent performance today! |
-----------------------------------------
Anyway hari aku masak lauk kegemaran Encik suami dan anak-anak. Pada aku tiada yang lebih bermakna bila anak dan suami makan makanan hasil dari air tangan kita walau ianya tak sesedap mana.
Bangga sangat! (^_^)
pas ni penat la mama kena kejar 2 orang anak...heheh
ReplyDeletekalau tu blh buat lagi kurus...tak ade hal lah...hehe =)
Deletebiasa la mulut orang isi..mana boleh nak tutup..apap pun tahniah buat aisy kerana telah pandai berjalan..anak kathy pun umo 18 bu8lan baru pandai berjalan,baru pandai bercakap..sekarang dia dah 9 tahun,alhamdulillah,cergas dan aktif je,samapai kathy yang naik risau..hehehe..
ReplyDeletetu lah...bila orang dah bercakap..automatik kerisauan tu timbul...sekarang ni tengah belajar untuk persetankan aje mulut-mulut jahat...hehe...kejam tak? =)
Delete