Cikgu, Terima Kasih! (^_^)

11:59:00 pm Yana Yani 2 Comments

Siapa tahu hari ni hari apa, angkat tangan!

Emm, hari Khamis tu dah betul tapi selain dari tu apa?

Ya tepat sekali, hari ni adalah HARI GURU! Setiap 16 Mei kita semua akan meraikan sambutan Hari Guru bagi menghargai insan-insan yang istimewa ni.

Tema Hari Guru pada tahun ini adalah Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda.

Sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemilihan tema hari guru pada tahun ni.

By the way bila sebut aje Hari Guru terus dok teringat kenangan zaman persekolahan dulu.

Teringat satu-satu wajah mereka-mereka yang tak pernah jemu dok mengajar aku yang boleh dikategorikan slow ni.

Daripada tak tahu langsung membaca sampai dah kategori expert (expert lah sangat! Hehe!).

Semalam bila Perdana Menteri umumkan senarai penuh Menteri Kabinet, aku teringat zaman belajar dulu. Cikgu mesti suruh simpan dan hafal senarai ni, senang dia nak buat kuiz.

Masa tu terasa susah betul! Macam satu bebanan nak kena pikul. Time tu terasa susah sangat nak hafal nama-nama mereka yang tersenarai sebagai Menteri Kabinet.

Tapi nampak yang susah aje time tu, tak nampak tujuan dan rasional cikgu dok suruh hafal semua nama-nama tu. Sekarang bila dok teringat balik, terasa rindu sangat semua moments tu.

If I could turn back times!

Anyway readers boleh klik sini kalau nak tahu senarai penuh Menteri Kabinet bagi penggal  2013.

Apapun terima kasih yang tak terhingga kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari zaman tadika sehinggalah ke zaman kolej. Tanpa kalian tak mungkin aku jadi seperti aku sekarang.

Terima kasih juga kepada Mak dan Abah yang merupakan guru semulajadi bagi diri aku. Tanpa segala didikan dan ajaran mereka, tak mungkin aku berjaya seperti sekarang!

Terima kasih kepada semua yang bergelar pendidik. We LOVE you!

Pada hari ni juga, dua tahun yang lalu lahirlah seorang budak yang diberi nama Rayyan Zulkarnain. Selamat Hari Jadi Rayyan! Acik sayang bangat sama Rayyan. Be a good boy okay!

Gambar ni dicilok dari Facebook Mama Rayyan. Hehe!
-----------------------------------------------

Okay, habis dah cerita pasal Hari Guru. Sekarang nak cerita pasal menu aku malam ni tadi.

Bila time lunch, aku selalu dok nampak orang-orang order ayam masak kunyit. Nampak macam sedap, tapi aku tak pernah beli. Rasa dia macam mana pun aku tak tahu.

So malam ni, buat pertama kali seumur hidup aku masak ayam masak kunyit! Tengok cara-cara nak buat sekali imbas aje, lepas tu aku tibai buat ikut cara aku! Malas nak follow exactly!

Tapi nampak macam jadi! Hehe!


Siap aje hidang aku suruh Afif buat ujian rasa, ala-ala Master Chef gitu!

"Sedaplah Mama, tapi pedas sikit aje!" kata dia.

"Nak lagi boleh Mama?" tanya dia.

"Tadi kata pedas!" jawab aku. Ayat konon-konon nak merajuk.

"Memanglah pedas, tapi sedapkan Afif kata!" jawab dia balik.

Ewah, pandai pula dia ni bercakap! Tapi mungkin betullah sedap sebab dia dok berulang makan. Ni yang buat Mama makin bersemangat nak masak lagi ni! Hehe!

2 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...