Aku Bangga Jadi Mama! (^_^)
Umum mengetahui bahawa hari ini adalah hari Ibu. Hari Ibu merupakan hari pengiktirafan bagi semua kaum Ibu yang biasanya disambut pada setiap Ahad kedua pada bulan Mei.Syukur Alhamdullilah aku dapat merasa menjadi seorang Mama dan tahun ni merupakan tahun ke lima sambutan ni aku raikan bersama anak-anak tercinta.
Bila dah jadi seorang Mama ni barulah aku lebih mengerti dan memahami jerih payah menjadi seorang Mama.
Kini aku dah cukup faham ertinya menjadi seorang Mama.
Bila dah lalui barulah aku mengerti kasih seorang Mak kepada anak-anak. Marah dia bukan kerana dia benci. Membebel bukan kerana tak sayang. Kerana kasih dan sayanglah semua tu dia lakukan.
Tak ada siapa pun di dunia ni yang mampu membalas segala jerih payah Ibu yang telah bersusah payah membawa kita ke dunia dan kemudian membesarkan dengan segala klasih dan sayang.
Pengorbanan yang mereka lakukan terlalu besar nilainya. Beruntung bagi mereka yang dapat merasai segala kasih sayang dari seorang insan bernama Ibu. Doa mereka yang telah membahagiakan kita. Jadi hargailah mereka ketika mereka masih ada.
Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ni terutama Mak aku dan Mak mentua aku kerana mereka adalah insan paling hebat dalam dunia ni!
Tak lupa kepada kedua orang kakak ipar aku, Kak Mala dan Eni. Kekuatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita, menjadikan kita mampu memikul setiap bebanan yang diberikan.
Selamat Hari Ibu buat kalian berdua!
Juga buat adik aku, Dayah yang bakal menjadi Ummi penghujung tahun ni. Nikmatilah setiap saat dia di dalam kandungan sekarang ni sebab suatu hari nanti kau mesti rindu saat tu. Selamat Hari Ibu!
Buat Aisy yang Insya Allah suatu hari nanti bakal menjadi Ibu.
Suatu hari nanti kalau Mama dah tak ada, ingatlah bahawa tiada insan di dalam dunia ni yang lebih menyayangi Aisy lebih daripada nyawa dia sendiri selain Mama.
Apapun aku bersyukur dengan segala limpah kurnia yang diberikan oleh Allah SWT kepada aku. Segala bentuk ujian yang diberikan membuat aku lebih memahami bahawa hanya keluarga sumber kekuatan aku.
Pun begitu aku teramat bangga menjadi seorang Isteri dan Mama kepada dua permata hati! Selamat Hari Ibu buat diri aku sendiri (^_^)
Semoga aku terus mempunyai kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
selamat hari ibu sis...
ReplyDelete