Kali Kedua! (^_^)

11:34:00 pm Yana Yani 2 Comments

Orang lain dah berzaman dok cerita pasal pengalaman masing-masing sebagai pengundi. Sama ada yang pertama kali atau yang dah banyak kali.

Aku aje yang baru berkesempatan nak cerita pengalaman kedua aku sebagai seorang voter pada PRU baru-baru ni. Cerita dah basi, tapi aku tetap nak cerita juga! Hehe!

Pengalaman jadi seorang voter untuk PRU kali adalah amat berbeza berbanding first time aku jadi voter lima tahun yang lalu. Time tu pergi sekejab aje dah boleh balik. Tak sampai setengah jam pun.

Tapi kali ni aku terpaksa menunggu selama dua jam hanya nak mengundi aje! Dua jam terpaksa berbaris dalam panas terik matahari. Kaki terasa bagai nak tercabut time berbaris tu.

Tapi aku gagahkan juga sebab nak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Manusia sikit punya ramai! Time tu macam dah dapat hint bila terlalu ramai yang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 84.84 peratus atau 11,257,147 pengundi daripada 13,268,002 pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.

Sementara jumlah yang keluar mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula ialah 9,742,254 pengundi atau 85.82 peratus pada PRU-13 pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Bagi keputusan kerusi di Dewan Rakyat untuk PRU kali ni, BN menang dengan majoriti mudah iaitu 133 kerusi, DAP (38), PKR (20) dan PAS (21). Manakala bagi kerusi DUN, BN memenangi 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).

Bagi Parlimen Kapar tempat di mana aku mengundi dimenangi oleh Manivannan Gowindasamy daripada PKR. Beliau menerima undi sebanyak 69,849 dengan majoriti 23,790.

Bagi DUN Sementa pula dimenangi oleh Dr. Daroyah Alwi juga daripada PKR dengan 21,520 undi. Beliau menang dengan majoriti 7,846.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor bagi penggal kedua berturut-turut setelah memenangi 44 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Anyway, dekat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku nak share dengan readers semua sepanjang PRU-13 di kawasan tempat aku mengundi.

Tempat di mana aku membuang undi
Dekat sini nak tentukan kita di saluran mana. Aku di saluran 4 membuktikan yang aku tak berapa nak muda. Hehe!Saluran 1 untuk warga emas dan yang paling akhir adalah 5 untuk pengundi baru 
Tengoklah queue, sikit punya panjang!
Sampai berbelet-belet queue dia! Punyalah ramai manausia yang excited nak mengundi
Dah nak masuk pun sempat lagi tu ambil gambar. Batak sungguh! Hehe
Ni lah dia kenangan untuk PRU kali ni. Panjang umur, boleh lagi vote untuk next PRU!

2 comments:

  1. entri review telah siap..jom baca dan komen sekali ye?
    http://resipidarihati.blogspot.com/2013/05/review-blog-hakim-dan-yana-yani.html

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...