Afif Pun Nak Urut! (^_^)

11:49:00 pm Yana Yani 2 Comments

Semenjak Encik suami beli kerusi urut yang sebenarnya didekasikan kepada aku kerana masalah pinggang yang kerap aku alami, agak kerap juga kerusi tu digunakan.

Sekarang memang dah agak jarang aku alami masalah pinggang. Tapi nak dijadikan cerita, anak bujang aku pun dah pandai menuntut hak dia.

Bila dia nampak aku atau Papa dia duduk aje dekat kerusi tu mulalah dia kata, "Afif pun nak urut juga! Pinggang Afif pun sakit!"

Bila Abang dah naik, Adik dia pun nak join juga! Apa aje Afif buat, Aisy mesti nak buat juga. Tak padan langsung dengan perempuan. Kadang nampak dia lebih ekstreme dari Abang dia.


Tapi paling best bila letak dia berdua sekali atas kerusi ni, nampak "kesepakatan" dia orang. Dengarlah bunyi dia orang gelak sama-sama bila kerusi tu dok urut bahagian yang dia orang terasa geli.

Ada sekali tu Afif sampai tertidur sebab best kena urut!


Hari ni Afif sebenarnya menduduki exam pertengahan tahun.  Hari tu Cikgu dia ada bagi jadual exam. Punyalah padat! Dah macam time aku nak sit paper final time dekat kolej dulu.

Tapi tahu ajelah perangai Afif, mesti meraung punya time nak pergi sekolah. Macam kena bantai! Tapi lepas tu okay! Pelik sungguh!


Dua hari dia dekat rumah ni agak rajin juga dia study. Tapi aku punya style, tak ada unsur paksaan. Tak ada gunanya memaksa kalau dia tak mahu.

Sebab ianya langsung tak akan tersimpan dalam kepala otak dia. Aku pun malas juga nak harapkan apa-apa. Takut budak stress! By the way, dia baru aje 4 tahun 6 bulan!
Kakak ipar aku, Kak Mala yang merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah di Banting pun pernah pesan dekat aku, "Jangan paksa kalau dia tak mahu!"

Lagipun aku pernah dengar cerita seorang kawan yang anak jiran dia jadi "tak berapa betul" sebab stress belajar. Sekarang ni dia still lagi dalam pemantauan psikiatris. Kesian! Baru 12 tahun kalau tak silap!

So moral of the story, don't push too hard! Karang menyesal tak sudah!

Tapi aku akui juga siapa yang tak bangga kalau anak sendiri pandai, ye dak? Tapi kalau Mama dan Papa dia pun bukan kategori pandai, agak-agak anak dia pun boleh jadi pandai tak? Hehe!

Tak kisahlah, Mama tak harapkan apa-apa pun! Apapun untuk Afif, all the best sayang!

2 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...