Seksanya Menanti! (^_^)
Perancangan asalnya aku cadang nak post entry pasal second time aku menjadi seorang pengundi berdaftar. Tapi time dok kelam kabut mengemas nak balik ke kampung Encik suami, kamera tertinggal!Hampeh sungguh! Baru sekarang aku perasan. Tapi nak buat macam mana kan, lain kali aje lah cerita pasal pengalaman second time jadi voter. Hehe!
Sekarang ni semua ahli keluarga Encik suami sedang bertapa di depan TV menanti keputusan PRU-13 dengan penuh debaran. Aku juga agak berdebar, tapi alihkan sekejab perasaan dengan post entry ni!
Keputusan penuh PRU-13 dijangka akan diperolehi menjelang tengah malam nanti. Aku malas nak beritahu dekat sini siapa yang menang dan sebaliknya setakat ni.
Readers boleh dapat tahu keputusan rasmi di laman web rasmi SPR. Boleh klik sini kalau nak tahu keputusan rasmi dari SPR.
Apapun penantian itu satu penyeksaan! Aku rasa senak perut nak tunggu keputusan PRU-13 ni. Perasaan yang sama aku rasa time nak nikah dulu!
Kita tunggu dan lihat. Siapa pun yang menang diharap dapat melunaskan segala janji yang telah ditabur. Siapa sahaja yang kalah, terimalah dengan seadanya!
Kepada penyokong, tak payah emosional sangat! Negara akan jadi kacau bilau kalau terlalu mengikut emosi. Jangan letakkan mereka yang anda sayang dalam BAHAYA!
Berfikirlah sebelum bertindak sebab aku pilih KEAMANAN!
sapapun menang harap boleh jaga rakyat & negara dengan baik.. :D
ReplyDeleteItulah yang rakyat MALAYSIA mahukan =)
Delete