Hobi Baru Afif! (^_^)

8:17:00 pm Yana Yani 2 Comments

Betullah kata orang tua bahawa minat dan kebolehan anak tu berubah seiring dengan peningkatan usia dia. Sebelum ni Afif lebih berminat dengan benda yang berkaitan dengan reka bentuk.

Dia boleh menghasilkan pelbagai bentuk seni bina dengan semuan benda yang dia jumpa. Asalkan benda tu static, macam-macam boleh jadi!

Boleh klik sini kalau nak baca.

Tapi sekarang dia minat melukis pula! Kebanyakan masa dia sekarang dihabiskan pada drawing magnet board ataupun pada helaian kertas-kertas.

Dia tak akan peduli keadaan keliling bila dia pegang pen dan kertas. Punyalah khusyuk!


Ni cucu Aki ni! Kalau nak tahu, Abah aku pun cukup minat melukis. Sehingga sekarang Abah akan menghabiskan masa leisure dia dengan melukis! Tapi Abah lebih minat melukis potret.

So bakat tu sekarang diperturunkan pada cucu dia pula. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi betul tak? Aku pun adalah juga sikit-sikit bakat tu, tak asah aje! Hehe! Tumpul sudah!

Next time aku akan share lukisan potret yang Abah lukis dan masih kemas dalam simpanan dia pada readers semua. Hari ni aku nak share lukisan Afif dulu!

Afif kata ni lukisan gambar Ultraman Max
Ni pula dia kata raksasa yang nak lawan Ultraman
Yang ni dia kata gambar Acu.
Yang ni katanya gambar jam dinding rumah kita orang ni! Adalah rupa jam! Hehe!
Apapun Mama bangga sanggat dengan Afif! Mama doakan Afif berjaya di dunia dan akhirat! Amin!

2 comments:

  1. hehehehe...berjambul lagi orang tu afif lukis..pandai afif..syabas sayang.kathy pun aminkan doa sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...kelakar biler tengok tapi rasa kagum bila tengok kesungguhan dia...thx sis kathy =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...