Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita
Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita| Sama ada kita percaya atau kita, kita tidak mampu hidup tanpa orang lain di sekeliling kita. Percayalah yang kita perlukan orang lain hampir di setiap sudut kehidupan kita. Bermula daripada kelahiran kita di dunia ini sehinggalah ke hari kematian kita. Orang lain dalam kehidupan kita melibatkan banyak kumpulan masyarakat. Salah satunya adalah mereka yang kita gelar jiran.Baru-baru ini YY dan keluarga mendapat tiga jemputan kenduri di kawasan kejiranan kami yang diadakan pada hari yang sama. Mujur perbezaan masa menyebabkan ketiga-tiga undangan dapat dipenuhi.
Bukan main seronok dapat bermain dengan jiran setaman |
Kebiasaannya sekiranya tiada halangan, YY dan MyChintaHati memang sentiasa membawa Afif dan Aisy ke mana-mana majlis yang menjemput kami. Ini adalah salah satu cara kami melatih anak-anak kami bermasyarakat.
Bagi YY, memenuhi jemputan kenduri adalah salah satu cara mudah mengajar anak-anak kami bermasyarakat. Secara tidak langsung kami melatih mereka bercampur dengan masyarakat yang berbeza segala segi. Ini mampu mengurangkan rasa kekok mereka untuk bercampur. Kami harap dengan cara ini mampu membentuk rasa kecintaan mereka untuk bermasyarakat.
Semua tak akan jadi kalau kami sebagai parent tidak memulakan dulu.
Perasan tak muka Afif yang macam tak sabar? Huhu |
Untuk jadi role model terbaik pada anak-anak kita, kita harus mulakan langkah pertama dahulu. Kalau terasa susah, kita boleh mulakan dengan menegur atau paling koman pun senyum pada orang sebelah. Lama-kelamaan akan terbit rasa kecintaan untuk bermasyarakat. Anak-anak pun secara tak langsung akan mengikut.
Ada yang YY pernah nampak, dia melarang anak-anak dia bercampur dengan anak orang lain. Sedangkan bercampur atau bermasyarakat adalah keperluan yang sememangnya dicipta oleh ALLAH dalam diri setiap di antara kita. Sebab tu kita larang macamana pun, budak tu buat juga. Sebab naluri tu ada dalam diri mereka.
Ada juga yang YY nampak, anak pula yang disuruh campur. Dia pula langsung tak pernah nampak. Tak bolehlah macam tu. Macamana nak jadi role model yang baik. Kalau kita nak suruh anak kita buat, kita pun harus buat. Tak boleh tidak.
Handsome ler pula si kaca mata hitam tu. Huhu |
YY bukan nak kata YY bagus dalam hal ni. Tak! YY cuma perasaan perkara ini sedang menjadi barah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kita duduk berjiran, tapi kita tidak kenal dengan jiran. Lepas tu kita salahkan orang sebab tidak mengenali kita. Tapi sebenarnya kesalahan tu harus diletakkan pada diri sendiri yang memilih untuk tidak bercampur atau bermasyarakat.
Percayalah, perlakuan kita ini akan menyebabkan anak-anak kita juga menjadi orang yang sama seperti kita satu hari nanti. Jangan macam tu. Even agama kita sendiri cukup menjelaskan pentingnya kita bermasyarakat
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) - Surah Al-Hujuraat Ayat 13
Macam kumpulan nasyid ler pula |
Ni Ramadhan sudah mula menampakkan diri. Kita boleh mulakan bermasyarakat ketika bulan yang mulia ni. Boleh mulakan dengan bertukar juadah berbuka puasa ke. Tak pun masa terawih dekat surau atau masjid, kita boleh guna peluang tu untuk beramah mesra. Manalah tahu ia boleh menjadi pembuka ruang untuk kita meneruskan kehidupan bermasyarakat.
Kredit http://bit.ly/1ZbOPBr |
Di kesempatan ini, YY nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Marilah kita melipat gandakan amalan yang menjerus ke arah kebaikan. Semoga segala amalan kita tu diterima dan memberi kita tempat di sisi-Nya. Till we meet again, Assalamualaikum.
salam saya setuju ,
ReplyDeletemaka selalu cakap kalau tak nak pergi majlis orang , nanti majlis kalau xde orang nak datang..
dulu saya pon malas nak pi , bila dah besaq ni, dah sedor haha
salam yana
Deletebiasanya kalau kita masih bujang, kesedaran tu memang lambat timbul
tapi bila kita dah berumahtangga, kita nampak keperluan tu
takpe, buat slow-slow
kalau orang dah mula kenal kita,
maknanya niat untuk bermasyarakat tu berjaya =)
selamat berpuasa kak
ReplyDeleteselamat berpuasa yunk =)
Deletesaya setuju dengan kaedah puan mengajar anak berkenaan hidup bermasyarakat.
ReplyDeletemasa sekarang ini, IQ dan EQ adalah sangat penting. Hidup bermasyarakat ni akan meningkatkan lagi EQ kita dan anak-anak kita.
bagi saya pula, saya suka mendengar nasihat dari orang lama yang sudah cukup makan garam lebih dulu dari kita. kata-kata mereka sungguh dalam maksudnya dan penuh maklumat berguna.
juga, marilah kita sama-sama hidupkan kembali amalan bertukar-tukar juadah sesama kita di bulan puasa nanti.
(amalan ni dah mula pudar di kampung saya, sayangnyer...)
semoga ramadhan ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik berbanding tahun lepas, insya-Allah.
- blogspot : rawatankanser2013
saya buat benda yang saya percaya saudara
Deletelagipun dulu beda yang sama orang tua saya buat pada saya dan adik2
so sekarang saya perturunkan pula pada anak-anak
betul saya tak nafikan, mereka yang berpengalaman
kadang memberikan ilmu yang bermakna pada kita
yes...amalan tu pun semakin berkurangan di kawasan saya
tanda-tanda akhir zaman ni. sedih
tapi takpe. belum terlambat untuk kita yang mulakan dulu
aamiin. mudah-mudahan
terima kasih singgah ye =)
Selamat menyambut bulan ramadhan, yana..
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan kak! =)
DeleteBagus penerangan YY, menyedarkan diri saya juga..sejak saya join mengaji saya hanya pegi mengaji baru baru ni ja cuba pegi majlis yasin, kenduri tu inshaAlkah pegi tapi kadang segan juga hehe.. kebaikkan yang dilakukan inshaAllah diikuti oleh anak-anak kan
ReplyDeletebenda ni sebenarnya semulajadi tau
Deletekita tak boleh nak deny perasaan tu sebab ia wujud
takpe, buat slow-slow. saya ni pun bukan jenis peramah sebenarnya
saya kurang bercakap. tapi senyum tu sentiasa
sebab tu orang lebih mengenali saya sebagai minah sengih..hehe
insya allah, lama-lama jadi kebiasaannya
hilang segala rasa malu n segan tu
secara tak langsung, anak-anak pun ngikut =)
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi
waaalaikumussalam
Deleteselamat pagi anum
betul, apa2 pun ibubapa perlu mulakan dulu... Mama abah auni memang dari kami adik beradik kecik, depa rajin pergi majlis2 jemputan...
ReplyDeleteemm... memang pernah tengok, mak2 jenis tak bagi anak2 dia bergaul... kejadian pada auni sendiri, dengan budak kecik... tapi takpela, rasanya tak rugi apapun :)
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kak yana... :)
semalah dengan mak bapak akak juga auni
Deleteso secara tak langsung kita pun baut benda yang sama
pada anak-anak kita pula
akak tak paham orang yang camtu tau auni
entah apa masalah diorang
anyway, selamat menyambut ramadahan al-mubarak tuk auni juga =)
take care ye yunk
Ada kebenarannya YY sebab kita ibubapa adalah cermin terdekat pada anak-anak kita. Apa jua perlakuan kita itulah yg sedikit-sebanyak menjadi ikutan.
ReplyDeletekan kak
Deletekita kena buat dulu
baru anak-anak pun ngikut
Bak kata orang jiran tetangga tu lah juga sedara kita...kalu pehal kecemasan, jiran tetangga yang dekat dulu datang membantu...
ReplyDeleteSalam ramadhan yang akan menjelma....
betullah tu bunda
Deleteagama kita juga meletakkan islam pada aras tertinggi
time reply ni bunda, nak nak raya bunda...hehe
selamat berpuasa ye bunda =)
Mummy ngan jiran2 ok je.. tp takdelah asyik nyembang selalu just hai2 bye2.. Cuma bila ada kenduri kendara baru bole borak sakan.. hehehe
ReplyDeletebukanlah maksud saya kena menyembang sepanjang masa
Deletekalau nampak tu, bertegur sapalah
ada jemputan, datang kalau berkelapangan
jangan buat tak tahu aje dak
wohoo bila nak keluar album pertama ni? kihkih
ReplyDeleteMemang tak rugi hidup bermasyarakat.. kenal jiran kita.. sapa menyapa.. jangan pulak dengan jiran sebelah pon muka tarik macam sudu...
album pertama? album kebendanya padin oi!
Deletebetullah tu kan
sebab kena latih diri pastu ahli keluarga untuk bermasyarakat
tak rugi sebenarnya sebab kita memang saling memerlukan
Namanya pun hidup berjirankan YY....kenalah bergaul, jemput kena datang, kang tak datang bersedialah untuk di pulaukan dgn jiran tetangga. Tapi kalau bab kena rewang, mmg kena pikir 2-3 kali weyh hihi....Mmg tak guna punya jiran ni hihi....
ReplyDeleteNama pun bapak borek, anak rintik....kalau mak bapak biasa bermasyarakat, anak insyaallah mengikut...
diorang mungkin bukan pulaukan, mungkin sebab tak kenal
Deleteyelah, kalau dah dijemput tak penah datang
so siapa nak kenal dak?
saya ni bab rewang, kalau dijemput, insya allah sampai
tapi tengok pada keadaan juga kadang tu
insya allah kalau dah berikan contoh yang baik
diorang akan mengikut
setuju..mcm adk beradik sy jnis yg xsuka keluar rumah..so mmg duk dalam umah je klu xde keje o hal..tp alhamdulillaj jiran2 rajin dtg umah skdr singgah n berbual..tu pun dgn atuk...ngee..
ReplyDeletebtw, slmt berpuasa esok.. =)
sebenarnya tak molek gitu
Deleteelok kita bertegur sapa
islam galakkan kita mengekalkan silaturrahim dengan jiran
time reply ni, dah nak hujung puasa dah..hehe
anyway, selamat berpuasa ye
assalam yy.
ReplyDeletesama lah dgn sayaa juga jrg ke sini. bah kan aktiviti bw skrg ni sgt jrg. huhu. kalau ade pon di tgh mlm mmlbs jejak kngkawan..
betul tu yy say setju
sama lah dgn kami juga. walaupon rania msh kecil, pelan pelan kami terapkan amalan begini padanya
seronok anak anaak yy berjunpa kengkawan sebaya..
salam ramadan buat yy sekeluarga.. selamat berpuasa dan selamat beribadah..
walaikumussalam ciksu
Deleteyelah. saya faham. saya juga begitu kebelakangan ni
kalau takde aral, mesti sampai blog ciksu =)
kan ciksu, insya allah perkara yang baik
akan jadi ikutana anak-anak kita
time reply n dah nak hujung ramadhan ciksu..hehe
apapun selamat berpuasa ye
Betul tu YY... setuju... kita sebagai ibu bapa nilah yg menjadi contoh melalui tauladan. Kalau kita sendiri tak ada inisiatif hendak bermasyarakat terutama dengan jiran tetangga, apatah lagi anak2 nanti... meriahnya.... :) :)
ReplyDeletekan KK
Deleteitu yang saya cuba terapkan dalam diri anak-anak
kalau kita dah mulakan, insya allah mereka akan mengikut =)
Memang betul bagai dikata. Kalau tidak kita yang memulakan langkah, macamana anak-anak nak ikut jejak? Nama pun hidup berjiran, kalau asyik nak sendirian aje susahlah. Saya ni pun nasib tak berapa baik sangat dapat jiran berlainan bangsa. Itu pun kalau nampak tegur-tegur jugalah. Kalau ada majlis perayaan, bertukar-tukar hidangan juga walaupun nak borak panjang tu takdalah masa nak mengizinkan selalu.
ReplyDeletekan MD, kita jadi role model terbaik buat anak-amak
Deletekita yang perlu mulakan dulu barulah anak-anak ngikut
saya ni alhamdulillah dapat sebangsa dan seagama
tapi itulah, susah betul nak dapat peluang bertegur
betul la macam tu, kita kena bergaul dengan jiran2 barulah anak pun ikut serta.
ReplyDeleteyup! exactly!
Deletekita perlu tunjukkan contoh yang baik tu anak-anak
betul tue. kita kena selalu menghadirkan diri ke kenduri dan majlis yang ada supaya boleh bergaul dengan orang. dalam masa yang sama, pasti mengajar anak juga. bagus dimulakan awal2 begini..
ReplyDeletekalau ada jemputan, berkelapangan, datanglah
Deletecara ni paling mudah nak mengenali orang keliling