Cerita di Malam Raya
Sedar tak sedar kita semua sudah pun berada di minggu terakhir Syawal. Pantas masa berlalu kan? YY pun baru ni nak bercerita mengenai sambutan Syawal cara kami.Syawal kali tidak seperti yang dirancang, kami beraya di sebelah keluarga MyChintaHati. Walau wujud rasa ralat di hati kerana tak dapat balik ke Kuala Lipis, raya tetap raya.
Kalau petang sebelum raya kami sekeluarga bergotong-royong menyediakan ketupat, malamnya pula kami melakukan kelaziman yang dilakukan setiap kali malam raya.
Malam tu kami mengeluarkan stok bunga api yang telah dibeli. Afif terlalu seronok walau tiada seorang pun sepupu dia yang ada pada malam raya tu.
Main sorang pun dia tetap layan!
Aisyah pula takut. Nak pegang bunga api pun macam kita suruh dia pegang api. Dia punya jeritan tu boleh bergegar rumah satu rumah! Entah apa yang buat dia takut dengan bunga api.
Even bunyi mercun yang cukup galak berbunyi malam tu buat dia tak senang duduk. "Adik tatut" adalah ayat yang paling kerap dikeluarkan malam tu.
Tapi lama-lama dia main juga bunga api (^_^)
Tak tahan jiwa agaknya dok tengok Abang dia balun sorang. Tapi dak Aisyah ni nak main bunga api pun bersyarat. MyChintaHati or YY kena turut sama pegang bunga api tu.
Satu kotak bunga api terasa begitu banyak apabila ianya hanya di main oleh Afif dan Aisyah. Konon beli banyak untuk sepupu-sepupu Afif. Tapi diorang tak balik malam tu.
So atas dasar mengelakkan pembaziran, YY dan MyChintaHati turut sama main bunga api. Seronok juga kami suami isteri dok main bunga api malam tu (^_^)
Takbir raya yang sudah mula kedengaran menambahkan lagi rasa seronok pada malam tu.
Lepas dah habis sekotak bunga api, MyChintaHati mengajak kami keluar. Biasanya kalau malam raya ni memang kami ronda di kawasan sekitar untuk melihat lampu dan pintu gerbang.
Tapi sebelum keluar tu, kami perlu mengangkat ketupat yang telah siap dimasak. Afif macam biasa adalah orang yang paling excited dalam kebanyakkan hal. Unsur takut kurang wujud dalam diri dia.
Tengok ajelah gambar bawah ni, dah macam cerita ahli sihir yang keluar dari kepulan asap. Orang lain biasanya lari daripada asap. Asap kan boleh buat mata pedih, tapi dia lagi dekat.
Bila ditanya kenapa dia duduk dekat sangat dengan asap tu, dia jawab, "Ini kan raya"
Entah apa kena mengena raya dengan asap (^_^)
Lepas tu kami ronda di kawasan sekitar kampung MyChintaHati. MyChintaHati excited bercerita mengenai warna-warna pintu gerbang di kampung dia. Siap suruh masuk dalam blog.
Selalu YY dok dengar Afif aje yang dok suruh masukkan dalam blog. Ni Papa dia pula yang lately banyak bagi idea untuk diceritakan di dalam blog (^_^)
Berbalik ke cerita pintu gerbang tadi, setiap lorong di kampung MyChintaHati mempunyai pintu gerbang yang unik dan tersendiri. Seriously memang cantik!
Menariknya, pintu gerbang itu terhasil daripada kreativiti anak muda di setiap lorong tersebut. Malahan kos untuk membuat pintu gerbang adalah dari duit poket sendiri ataupun sumbangan.
Banyak juga gambar yang YY ambil malam tu, malangnya tak banyak gambar yang melepasi piawaian untuk diletakkan di dalam blog ni. Mungkin disebabkan kamera cap ayam yang digunakan.
Tapi MyChintaHati kata sebab YY tak cukup pro ambil gambar, bukan macam dia yang dah level pro. Eleh, baru berapa keping ambil gambar dah berlagak pro. Perasan!
Lepas tu kami keluar dari kawasan kampung MyChintaHati, melawat pula kampung lain di sekitar. Seronok aje melihat kemeriahan warna-warna lampu pelita.
Nampak meriah. Kalau di kampung kelahiran YY, memasang pelita ataupun lampu yang berwarna-warni bukanlah satu budaya. Malam raya nampak seperti malam biasa.
Yang membezakan adalah acara memasak segala lemang, dodol dan rendang pada malam tu. Satu kampung terasa meriah. Disusuli dengan perlawanan bunyi meriam siapa paling kuat.
Kegembiraan kerana kita berjaya membuktikan yang bunyi meriam kita paling kuat memang priceless. Seriously, miss that moment (^_^)
Anyway, malam tu sebelum kembali semula ke rumah Mak MyChintaHati, kami terjah rumah Mak YY yang telah menyediakan pelbagai juadah raya. Ada ketupat palas dan nasi.
In fact, sup tulang, sambal paru, rendang daging dan ayam turut meriah terhidang di atas meja. Semua juadah tu akan dibawa ke kampung untuk Atuk. Ralat tak dapat ikut sama.
Apapun YY pasti ALLAH ada perancangan yang baik buat kami sekeluarga. Insya ALLAH lain kali panjang umur dan rezeki kami akan beraya di kampung kelahiran YY pula (^_^)
So begitulah cerita di malam raya kami. Tak sangka panjang juga YY bercerita. Better stop. Kang pengsan pula korang nak baca semua cerita merapu YY.
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Bestnya kt kg ada aktiviti mcm tu..sure meriah sgt
ReplyDeletemeriah! terasa seronok nak raya =)
DeleteMeriahnya pintu2 gerbang tu...kreatif yer anak2 muda kat situ...seronok tgk org beraya di kampung...kampung saya kat penang, dah tak mcm kampung sgt pon...tapi apapun raya tetap meriah..;)
ReplyDeletemeriah! tulah...ada macam-macam bentuk
Deletemana-mana kampung pun sama
cuma kita sahaja yang nak jadikan ianya seronok atau tidak =)
wow seronoknyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletememang seronok!
DeleteAkhirnya...kluar jugak citer raya...hehehe...
ReplyDeleteCantik pintu gerbang tu. Banguslah anak muda kampung tu...kretif.
hehe...dah hujung baru kuar =)
Deleteada banyak lagi yang cantik...tapi gambar pula tak cantik
ralat betul rasanya...
tapi saya memang respect dengan kesungguhan mereka =)
inikan raya...memang meriah betul kmpung yy..
ReplyDeletehehe...tulah kan =)
Deletememang meriah
meriahnye malam raya bermain bunga api... wahh seronoknye setiap lorong ada pintu gerbang,baguslah anak2 muda kg tu, mesti semuanya sepakat kan
ReplyDeletebudak-budak kak. lagipun namanya raya kan =)
Deletepart pintu gerbang tu memang best.
diorang memang bergotong royong buat pintu tu =)
Ada-ada aje ayat Afif yang menggeletk hati aunty.... hehhe, kalau hari biasa, mana ada peluang nak main dalam asap tebal2 yer afif?
ReplyDeleteUntung YY ada hubby dan Afif yang tolong beri idea utk buat entry.. Memang cantik deco kat kampung hubby YY... lain dari yang lain :)
hehe...dak afif memang gitu. anak aje jawapan dia
Deleteseronok sangat dapat jadi antara orang yang buat ketupat
alhamdulillah diorang sangat supportive =)
dalam gambar tak cantik sangat...kalau tengok live lagi best
p/s-saya belum dapat alamat akak lagi ni
teringat arwah ayah bila baca entri. dulu kecik2 setiap tahun arway ayah saya akan sediakan stok bunga api. kiranya seminggu sebelum raya tu dah start main bunga api la kami 6 beradik. cantik pintu gerbang tu
ReplyDeletemaaf ye suria kalau entry saya buat suria teringat pada arwah ayah
Deletesaya ni biasa bagi anak-anak main, malam raya aje =)
baru sikit tayang tu =)
Meriah nampaknya beraya kat kg suami YY tu.. bagus ya inisiatif penduduk kat situ nk sediakan gerbang yang cantik berwarna warni mcm tu.. patutla suami YY bangga dengan kampung dia.
ReplyDeleteRugila Aisyah takut main bunga api.. abang afif juga yang untung boleh main puas puas hati..
meriah juga cikgu AN...seronoklah dapat peluang tengok smua tu
Deletememang tiap tahun ada benda ni tau
macam-macam bentuk ada...tu yang jadi seronok aje
hehe...tulah pasalnya. main sekotak tu afif...puas sungguh!
best nyer program YY di mlm raya.
ReplyDeletemeriah! membangkitkan suasana aidilfitri betu la :)
mlm raya anak2 & anak2 buah aida main bunga api gaks.
bunga api x byk pun... sekadar suka2 suka ati...
boleh tahanlah bestnya aida
Deleteterasa excited nak raya dibuatnya
tak sahkan kalau tak main bunga api
janji bebudak seronok
Meriah jugalah malam raya di kampung suami YY ni. At least malam raya boleh jalan sekeliling kawasan tengok apa adanya. Kampung saya pun tak meriah dah raya-raya ni. Setakat bunyi mercun ajelah yang kuat. Mat rempit merempit pun kuat juga, yalah malam rayakan.... bukan calang-calang malam dapat merempit!
ReplyDeleteBab pelita ni dah lama takda dalam kampung saya, rumah saya apatahlagi. Takda siapa yang nak buat kerja pasang pelita. Tapi kali ni nasib baik, sepanjang perjalanan nak balik ke rumah ada satu kampung ni meriah susun atur pelitanya. Cantik pulak. Rezeki my mother in law kot nak tengok pelita cantik tersusun di setiap rumah di malam raya kat Malaysia ni.
Kalau tengok dari cerita, macam YY sekeluarga aje yang ada di rumah parents in law YY ni. Adik beradik suami YY tak ramai ke atau dia sefamili aje yang 'available' di malam raya?
bolehlah tahan meriahnya sebab ada banyak aktiviti
Deletetu yang buat kita rasa macam tak sabar nak raya
kalau kampung saya pun, pasang pelita bukan budaya
kat kampung suami aje ada peluang tengok semua tu. tu yang seronok
adik beradik dia ramai, tujuh orang termasuk dia
dua yang lain dah kawin, dok rumah mak mentua masing-masing
yang lain bujang lagi. so paham2 ajelah kalau anak bujang ni
malam raya ni lah diorang hilang...hehe
Meriahnya.
ReplyDeleteDone follow #355
terima kasih =)
DeleteCantiknya gerbang raya tu sis.. Suka tengok.. Mesti rasa meriah..
ReplyDeletecantik kan? kalau tengok live lagi cantik
Deleteni gambar tak berapa cantik =)
cantiknyer pintu gerbang tuhh...kreatif diorg tu kan...tp masa nk raya budak2 mmg excited kan..sonok tgk diorg bergumbira nk sambut raya hihihi
ReplyDeletetulah pasalnya...setiap lorong ada design tersendiri
Deletememang berbakat diorang tu =)
bukan bebudak aje deanna, mak budak pun =)
pandai si cinta hati gembirakan wifenya bawak pusing2 tgk suasana kemeriahan kat kgnya . Kat kg saya pun ada pintu gerbang yang dihiasi lampu juga pelita . setiap kampung ada sebenarnya ...
ReplyDeletemungkinlah kan sebab wife dia tengah rawan hatinya time tu =)
Deletetak juga vee, bukan semua tempat ada
hanya segelintir kampung aje yang ada pintu gerbang ni
siapa yang ada tu memang beruntunglah =)
ahahaha...Raya dan Asap!
ReplyDeletetulah pasalnya
Deleteentah apa kena mengena entah =)
mmg merihlah aktiviti mlm raya ni
ReplyDeletealhamdulillah lya...yang penting seronok
Delete