Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq (^_^)
Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq | Sebahagian besar pembaca blog ni mungkin tidak mengenali siapakah empunya nama Muhammad Izzsyraq Azraq. YY sendiri tidak mengenali beliau secara dekat.Pengenalan ini hanya secara kebetulan setelah membaca entry +Mar Mansor mengenai sebuah blog milik seorang Papa yang menceritakan mengenai masalah yang dihidapi oleh anak dia.
Apa yang dilalui oleh si anak a.k.a si pejuang kecil ni membuatkan YY nekad menulis mengenainya. Ini sahaja yang termampu YY lakukan sekiranya ia boleh dianggap sebagai satu sumbangan.
Kelahiran anak ketiga daripada tiga beradik ni sentiasa dinanti oleh Mama, Papa dan juga Abang-abang beliau. Adik Izz dilahirkan pada 31 Mac 2013 secara normal dan sihat sepertimana kebanyakkan bayi-bayi lain.
Tapi tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.
Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit atau membelit lebih daripada empat kali dan usus berkenanan telah pun bertukar kehitaman.
Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.
Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini.
Bayangkan saiz usus kecil manusia normal adalah antara enam sehingga lapan meter, tapi Adik Izz hanya mempunyai lapan sentimeter dan disahkan sebagai yang terpendek! Yang selebihnya terpaksa dibuang.
Setiap rawatan yang dilakukan untuk si pejuang kecil ni adalah atas dasar try and error disebabkan belum ada rujukan untuk penyakit ini di Malaysia.
Hospital Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur adalah rumah terbaru Adik Izz. Malahan dia sudah setahun menduduki rumah baharu itu
untuk menjalani rawatan.
Ahli keluarga Adik Izz, Mama Izz, Papa Izz, Opah Izz, Atuk Izz, Along Izz dan Angah Izz sama-sama berkorban dalam cara mereka sendiri demi kesihatan dan kelangsungan hidup si pejuang kecil ini.
Adik Izz berusia setahun lapan bulan ketika entry ni ditulis. Melihat senyuman dia, mungkin tiada siapa tahu penderitaan yang terpaksa diharungi oleh si pejuang kecil ini.
Menurut +ekjoz buluh iaitu Papa Izz, "Doktor masih lagi buntu untuk mencari penyelesaian agar Adik Izz sembuh. Buat masa sekarang dengan teknologi sekarang, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja penyelesaian terbaik. Hanya keajaiban ALLAH sahaja yang dapat membantu Adik Izz"
Papa Izz juga berkata, "Kami tahu mereka (para doktor) telah berusaha berhabis-habisan untuk Adik Izz dan mereka juga amat menyedihi keadaan Adik Izz, namun....."
"Semoga ALLAH berikan petunjuk dan Hidayah-NYA agar para doktor semua menemui jalan penyelesaian. Akan datang tiada siapa yang mengetahui apa akan terjadi, yang pastinya kami yakin ALLAH dengar rintihan dan doa kami ini serta rakan-rakan semua"
Hati YY sebagai seorang Mamani entah berapa kali tumpah ketika menulis entry ni walhal YY tidak pernah bersua dengan keluarga tersebut. Tak dapat bayangkan bagaimana Mama Izz melalui ujian ini.
YY yakin bahawa keluarga ini sangat kuat. ALLAH menyayangi mereka dan kerana sayang ALLAH memberikan ujian dalam pelbagai bentuk termasuk kesakitan anak sepertimana yang YY pernah dengar dalam salah satu ceramah Dr. Zakir Naik.
Malahan di dalam Al-Quran juga ada menjelaskan mengenai hal ini iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286. Tejemahannya adalah seperti berikut:
ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
YY doakan ahli keluarga ini terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga Adik Izz, si pejuang kecil ini sihat dan boleh kembali ke pangkuan Along Izz dan Angah Izz yang setia menanti. Amin.
Rakan-rakan yang membaca entry ini, bantulah keluarga ini dengan apa sahaja cara yang korang semua mampu lakukan. Keluarga ini memerlukan doa, bantuan kewangan, kata-kata semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan bersama-sama dengan Adik Izz.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit yang dihidapi oleh Adik Izz dan perkembangan pejuangan yang diharungi oleh si pejuang kecil ini, korang boleh dapatkannya di blog Papa Izz.
Selain itu boleh juga diperolehi melalui fanpage PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome ataupun Facebook peribadi milik Papa Izz sendiri.
P/S - Maklumat serta gambar di dalam entry ini diperolehi setelah mendapat kebenaran Papa Izz a.k.a +ekjoz buluh.
:) selamat pagi
ReplyDeletemasa reply komen ni, dah malam anum =)
Deleteso selamat malam ye
Terpempan... terharu dan luruh airmata kakak membaca N3 ini YY
ReplyDeleteMoga ada cahaya indah yg dinantikan juga akhirnya
Besar betul ujian buat keluarga ini
Aaminn Inshaa Allah
Deletetak sangka YY akan buat entri ini secara detail..terbaik YY..terima kasih atas perkongsian ni,,
ReplyDeleteterpanggil untuk keluarkan cerita ni
Deletenak bagi satu malaysia tahu, tu aje
Assalammualaikum. Terima kasih YY atas entri khas adik Izz ini. Wife @ mama Izz kirim salam dengan ucapan terima kasih banyak-banyak.
ReplyDeletewalaikumsalam wbt
Deletesaya tak buat apapun papa izz
terima kasih kerana benarkan kisah ini disiarkan =)
Puan Yana Yani,
ReplyDeleteAllah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat anak kecil ini. Semuga Allah swt juga memberi kemudahan kepada ibu dan ayah si kecil ini....
Terima kasih PakMail.. Inshaa Allah!
DeleteOh, ada baca di blog Mar cuma belum berkesempatan nak menjengah. Saya ni tak sampai hatilah kalau membaca, melihat penderitaan anak-anak kecil ni. Mahu merah padam hidung menahan sedih. Comelnya alahai Adik Izz ni, jika ditengok fizikalnya memang tak nampak yang dia sedang menanggung derita di usia sekecil itu. Moga kedua ibubapanya tabah menghadapi segala dugaan. Senang nak bercakap, bila sendiri yang merasa, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan dalam diri!
ReplyDeleteInshaa Allah kami cuma memberikan yang terbaik buat adik Izz selain mendoakannya agar dia sembuh. Walaupun para doktor belum ada cara menyembuhkannya, kami percaya setiap penyakit ada ubatnya. Thanx for caring! Moga Allah membalas dengan sebaik2nya
DeleteSaya rakan kerja mama Izz...mmg beliau seorang yg cukup kuat...sya sndiri kagum dgn ketabahan dia...katanya snyuman..gelak tawa adik Izz yg buatkn dia terus KUAT....
ReplyDeleteyeke? saya tak kenal langsung mama izz
Deletesaya pastinya beliau seorang yang kuat
kalau saya ditempat beliau, belum tentu mampu harungi semua tu
sedih tak terkata..
ReplyDeletesemoga pejuang kecil ini terus cekal & tabah melaluinya..
pasti adik ini insan yang amat kuat & tabah, sebab itu Allah SWT memilihnya untuk diuji..
kan lya, saya mula tahu pun menangis
Deletetak tahulah nak kata apa, sedih
moga dia terus kuat
tak dapat nak teruskan bacaan sedih sangat akak tengok...moga anak ini akan diberi kesembuhan, bersama2 lah kita mendoakan untuk adik izz
ReplyDeletemudahh-mudahan kan kak
Deleteitulah harapan kita semua
aduhai tersentuh bila membacanya... semoga adik izz cepat sembuh dan ada keajaiban untuknya..
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html
Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.
- Mia Liana -
kan kak mia, insya ALLAH. begitulah harapannya
Deleteterima kasih tuk maklumat tu ye
Bantulah anak ini Ya Allah .. Berikan kesembuhan si kecil ini dari sakit yang di deritainya.. Moga Allah melindungi adik Izz.
ReplyDeleteaminnn
Deleteitulah harapan kita semua kak
keciannyaa adik izz..
ReplyDeletetulah kan, ujian untuk ibubapa dia
Deletesebak tengok gambar bertiub semua tu... aduhai.... mendidih airmata :(
ReplyDeletenormal untuk kita berasa sedih begitu
Deleteanak kecil ini terpilih untuk melaui ujian Nya . Allah lebih tahu apa yg DIA rancangkan . semoga ada jalan penyelesaian dan dipermudahkan bagi keluarganya untuk melalui ujian ini ... aaamin .
ReplyDeletebetul tu vee, dah sebenarnya yang diduga adalah keluarganya
Deleteanak kecil ni masih belum mengerti apa-apa
moga mereka terus tabah
Hati ibu mana yang x sedih tatkala baca entri ni. Walaupun bukan anak sendiri tapi terkesan juga kat hati ni.
ReplyDeleteRupanya usus adik Izz dah gangrene(hitam kerana usus mati). Mashaallah kenapalah begitu sekali ujian pada si kecil ni.
Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.
Semoga mereka tabah.
tulah kan doktor, kita ni seorang ibu,
Deleteperasan sedih tu akan wujud walau bukan anak sendiri
betullah tu, ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA
Ya Allah, kesiannya dengan anak comel ni. Tak dapat bayangkan bagaimana anak kecil macam ni menghadapi sakitnya. Tk faham nak jelaskan lagi tu. Alhamdulillah, tergerak hati YY nk buat entry ni, dapat kami yang tak mengenali bapa anak ni tahu kisahnya. Tahmiah YY, prihatin dengan kawan dan kesusahan kawan..moga murah rezeki YY juga.
ReplyDeleteSaya doakan moga sakit anak comel ni cepat sembuh. Ramai yang tampil membantu harapnya. Moga entry ni memberikan pendedahan kepada lebih ramai yang kat luar sana, dapat tahu tentang penyakit yang jarang ni, dapat tambah ilmu sambil ada pengetahuan jika terkena saudara mara atau sesiapa yang dikenali.
menarik sekali komen AN ni, saya tersentuh pula membacanya
Deleteitulah tujuan utama kenapa entry ni ditulis
saya mahukan lebih ramai orang mengetahui mengenai penyakit ni
dan juga kesusahan atau penderitaan adik izz dan keluarganya
Allahuakbar... perjuangan Adik Izz ini amat terkesan buat KK. Sebagai seorang bapa KK terharu... Marilah bersama kita mendoakan yg terbaik.. aamiin.
ReplyDeletekan KK, saya ni seorang ibu apatah lagi
Deletemudah sangat touching bab gini
aminnn
Tiada kata2 yg mampu diucapkan...hanya doa ku kirimkan.
ReplyDeleteSemoga Adik Izz akan sembuh, membesar sihat dan seterusnya menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain. InsyaAllah...Amiin.
aminnn
Deleteitulah harapan kita semua BM
Ya! allah...sedihnya baca. Teringat kat anak sendiri yang lebih kurang sebaya. Smoga adik izz di beri kekuatan dan semangan yg tinggi dalam melawan penyakit dan kesakitan. Buat parents adik izz, bertabahlah dengan ujian dariNYA ini. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. Semoga terus kuat.
ReplyDeletekan fiza...saya juga teringat anak sendiri bila mula-mula mengetahui
Deletebegitulah harapan kita semua fiza
aminnn
Allah...anak sulong saya penah warded disbbkan bronkiolitis..2 hari bermalam di hospital SDMC....itupun saya meraung tak sudah...makan minum mandi tidur saya ntah ke mana...ini kan pula penyakit adik Izz..moga Allah kurniakan ketabahan buat ibubapa adik Izz...
ReplyDeleteanak saya juga pernag masuk wad disebabkan pneumonia dan scarlet fever
Deletetuhan aje yang tahu betapa sengsaranya hati seorang ibu saya ni
padahal paling lama pun seminggu saya di wad, tapi adik izz setahun!
moga mereka terus diberikan kekuatan =)
Moga adik izz akan sembuh....
ReplyDeleteKita yg melihat pun sedih apa tah lagi yg menanggung.
tulah OKje
Deleteberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
semoga anak kecil ini sntiasa dibawah lindunganNya aamiin
ReplyDeleteaminnnn
Deleteaaminnn... terima kasih semua kerna mendoakan anak saya adik Izz..
ReplyDeletesemoga papa izz dan keluarga terus tabah ye
Deletekami sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik izz
kita ni seorang ibu, tak banyak pasti sikit tersentuh
ReplyDeleteaminnn...begitulah harapan kita semua