Hari Ihtifal Pasti Al-Hikmah 2014

7:00:00 am Yana Yani 31 Comments

Baru hari ni berpeluang bercerita mengenai Hari Ihtifal sekolah Afif yang sebenarnya berlangsung pada 23 November 2014 yang lalu. Sibuk sikit (^_^)

Hari Ihtifal Pasti Al-Hikmah pada tahun ni mempunya tema yang julung kalinya diperkenalkan. Mujur juga Afif lelaki, so tak susah sangat bagi memenuhi tema Arabic tu.

Pagi tu Afif excited bangun pagi sebab dia nak pakai jubah yang baru dibeli oleh Papa dia pada semalamnya. YY pun tak berapa pandai nak menggayakan pakaian Arab.

Main letak aje tudung bawal YY sebagai aksesori tambahan, nampak macam Pak Lebai dah anak bujang sorang ni. Awalnya nak buatkan serban, tapi macam tak kena dengan jubah dia (^_^)


Kami sampai di Balai Masyarakat Taman Cempaka Sari 3 dalam pukul sembilan pagi, ingatkan dah lambat sebab Afif disuruh berkumpul pada pukul lapan pagi.

YY tak teringat yang Afif perlu berkumpul awal, entah apa yang buat dalam kepala otak asyik dok ingat pukul sembilan pagi aje. Mujur tergerak hati nak tengok balik surat jemputan.

Barulah lepas tu kelam kabut bersiap. Bila kami sampai, rupanya masih ramai juga yang belum memunculkan diri. We are not the only! Selamat! Hehe!

Sempat jugalah snap gambar dengan beberapa kawan Afif yang ada.


Aisyah pula masa ni masih lagi kemaruk dengan patung Pojen dia. Ke hulu ke hilir dok seret anak patung tu. Time ni Elsa still alive. Petang tu yang baru riwayat dia tamat dengan penuh tragis.

Sadis cara kematian patung tu, tak sanggup YY nak ceritakan lagi. Hehe!


Masa ni semua murid diarahkan berkumpul untuk acara pembukaan. Masa ni juga kedatangan diambil dan breakfast diberikan kepada pelajar sebelum bermulanya acara.

Semua pelajar di touch up oleh guru bagi menyerlahkan lagi tema Arabic pada hari tu. Even Afif pun masa YY tengok mata dah kehitaman sebab pakai celak.


Acara pertama melibatkan semua pelajar Pasti Al-Hikmah iaitu yang terdiri dari kanak-kanak yang berusia empat sehingga ke enam tahun.

Ada beberapa buah lagu dinyanyikan termasuklah lagu Negaraku.

Cuma YY agak ralat sebab cikgu tak menyusun pelajar mengikut ketinggian. Sudahnya kami tak nampak Afif yang berdiri di bahagian belakang sekali.


Perasan ralat tu hilang buat seketika apabila melihat Aisyah yang begitu beria-ria menjadi photographer pada majlis tu. Gelagat dia mengundang senyuman para hadirin.

YY dan Encik suami juga tergelak beberapa kali sebab dok tengok aksi anak dara mengambil gambar Abang dia yang sedang membuat persembahan.


Masa acara perasmian, kami keluar mencari sesuatu untuk mengisi tuntutan perut yang sudah mendendangkan pelbagai rentak irama.

Lagipun dalam aturcara majlis, tak menyebut makanan akan disediakan pada pagi tu kecuali ketika majlis penutup. Itupun dah tengahari. Tak boleh tahan beb sebab kami dah terbiasa breakfast.


Lepas tu kami bergerak lagi ke majlis ihtifal Afif. Ada banyak juga persembahan tapi malangnya tidak melibatkan Afif. Itu yang menambahkan ralat di hati.

Agak kecewa dengan cara pengaturcaraan yang dilakukan oleh guru muda pada kali ni berbanding guru yang berpengalaman pada tahun lepas.

Kenapalah keutamaan tidak diberikan kepada pelajar yang graduated? Pelajar-pelajar lain tu boleh lagi buat persembahan pada tahun-tahun akan datang.

Sekurang-kurangnya bagi satu slot yang hanya mengkhususkan semua pelajar berusia enam tahun seperti tahun lepas bukan yang cikgu pilih hak yang outstanding aje.

Kalaulah ada cikgu di Pasti Al-Hikmah yang membaca entry ni, YY just nak beritahu yang YY amat ralat dengan majlis ihtifal pada kali ni. Sebenarnya terlalu kecewa.

Gambar dekat bawah adalah ketika Afif terlibat pada acara penutup yang juga melibatkan semua pelajar. Afif hanya terlibat pada acara pembukaan dan penutup.

Even bila Afif buat persembahan, Afif kena duduk belakang sekali. Bengkak sungguh rasa hati ni. Kenalah cepat-cepat snap gambar dia sebelum dia "hilang"


Selepas tu ada acara penyampaian hadiah untuk semua pelajar. Afif punya peratus dalam kelas pada tahun ini jatuh agak teruk tapi kedudukan dalam kelas meningkat.

Tak kisahlah berapa pun kedudukan Afif dalam kelas. Dapat pegang fail dan bukan piala pun dah buat Mama terasa bangga sangat dengan anak Mama ni.

Teruskan aje usaha Afif, Mama dan Papa akan sentiasa menyokong dari belakang.


Masa acara ni, YY hilang Aisyah yang masa tu berada di sebelah YY. Panik dibuatnya sebab terlalu leka mengambil gambar. Melilau mata mencari dia.

Mungkin Encik suami perasan YY yang macam orang kehilangan, dia terus menunjuk ke arah Aisyah yang berada tak jauh dari dia. Di situ rupanya Aisyah! Lega.


Selepas itu adalah acara yang hanya untuk pelajar enam tahun yang persis majlis convocation di universiti. Terasa sejuk hati dok tengok Afif dengan jubah dan scroll.

Entah YY berpeluang atau tidak untuk lihat benda yang serupa dalam tempoh dua puluh tahun akan datang. Ianya satu memori yang agak indah untuk dikenang walau hanya di tadika (^_^)


Lepas tu adalah acara bergambar beramai-ramai. Nasib baik kali ni pandai pula diorang menyusun mengikut ketinggian. Kalau tak memang ada yang kena histeria. Hehe!


Gambar bawah ni Encik suami yang beria nak snap sebelum jubah tu kami perlu pulangkan pada ketika itu juga. Masa orang lain sibuk menjamah makanan, kami sibuk bergambar (^_^)


Aisyah bila dok tengok Abang dia pegang banyak barang, dia pun nak pegang juga. Jenuh juga memujuk Afif supaya meminjamkan barang tu pada Adik dia.

Tengoklah muka Afif yang tak berapa nak syok Adik dia pegang hadiah dia. Hehe! Aisyah pula bukan main happy dapat "merampas" hadiah Abang dia.

Nak pujuk dia pulangkan pada Abang dia pun satu hal. Nasib baik Encik suami ada. Mujur juga ada antara kami suami isteri yang digeruni oleh dua beradik ni (^_^)


Lepas tu gambar kami anak-beranak yang terpaksa diambil secara bergilir. Segan nak minta tolong orang snap sebab memasing sibuk nak makan atau mengambil gambar anak memasing.

Tak apalah, janji ada juga kenangan (^_^)

Cuba korang perhatikan perubahan pada wajah Aisyah. Masa dia dengan YY bukan main lagi dia senyum sikit punya lebar sebab dia ingat hadiah tu dia punya.

Masa dengan Papa dia pula, terus lain muka sebab hadiah tu Papa dia dah pulangkan pada Abang dia. Mujur juga tak buat perangai sebab kami asyik tekankan itu hadiah Abang dia (^_^)


Lepas dah puas bergambar, kami terus ke rumah Mak YY yang terletak tak berapa jauh dari Balai Masyarakat tu. Lepak sekejab sebelum ke rumah parent Encik suami.

So begitulah cerita Afif di Hari Ihtifal dia. Moga ianya memberi kenangan dalam kehidupan Afif. Selepas ni dia akan melangkah ke alam baru yang bertambah mencabar.

Apapun Afif jika suatu hari nanti Afif dapat membaca blog ni, Mama nak Afif tahu yang Mama bangga dengan Afif despite segala cakap-cakap orang.

Afif tetap anak Mama yang bijak dan pandai. Mama dan Papa termasuk Aisy yang mungkin orang yang paling selalu bagi kamu headache, tetap sayang kamu walau dalam apa cara sekalipun (^_^)

31 comments:

  1. tahniah buat abg afif..cantik baju aisyah...saya suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, moga ada lagi peluang seperti tu nanti
      baju peplum tu, raya tahun ni punya...hehe

      Delete
  2. Sejuk tengok muka ustaz pakai jubah dengan tudung bawal ^_^ Takpa, takpa, mana tahu lagi 20 tahu betul-betul jadi real ustazkan...

    Tahniah Afif, dah berjaya habiskan sesi tadika. Tahun depan alam baru pulak bukan untuk awak sahaja bahkan untuk MamaPapa jugalah. Dok menghantar anak pergi sekolah. Dok teman anak buat homework. Dok mengajar anak dan anak pulak mengajar kita. Oh, biasa dah buat Mommy yang di sini dok kena 'ajar' dek anak-anak *_*

    Saya ni dah mula teruja tengok graduasi tadika anak kawan-kawan. Masa Abang dulu saya takda blog. Ni yang nak korek gambar dan tempek dalam blog buat entri nanti....

    Si Aisyah memanglah peramah. Kesian kat Mama, berdegup kencang sekejap jantung dek 'kehilangan' anak dara nih. Pandai pulak tu berkawan dengan lelaki jek ya, Aisyah... Hahahaha... Nasiblah Mamanya kalau selalu pitam bila dah masuk tadika nanti; ramai jejaka yang telefon rumah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH MD, kalau betul jadi begitu memang sejuk sunguhlah perut mama ni =)

      tulah kan, sekejab aje masa dah berlalu, tahun depan dia dah melangkah ke alam baru
      semua benda yang disebutkan oleh MD tu, insya ALLAH akan dirasai nanti =)

      saya ni pun baru ni berpeluang menulis semuanya
      kalau saya tahu betapa seronoknya berblog ni, saya pasti dah mulakan
      ketika anak-anak masih lagi di dalam perut =)

      dia memang peramah sangatah MD, naik risau juga dengan perangai dia ni tau
      tapi sebenarnya dia agak selective juga, bukan semua dia hai kan =)

      Delete
  3. Puan YY,

    Melihat Afif berpakaian begini teringat saya akan arwah anak ke-3 saya (lelaki) ketika di usia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pak mail
      saya tak sangka pak mail ada anak yang telah pergi dahulu
      moga dia berbahagia di sana

      Delete
  4. rasanya my anak buah pun tema arab juga sbb dia pakai jubah . cuma gah sikit tadika dia ni sbb buat kat UPM . my kakak suka jer sbb dia dpt degreenya di sana . ibarat sireh pulang ke gagang lah ... tu lah kan , sepatutnya thn 6 yg buat byk persembahan sbb dah last ... tak pe lah . ada gak afif kenangan kat blog mamanya yg blh dilihat pd bila2 masa jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, memang gah tu dapat buat dekat UPM =)
      tu yang saya agak ralat tu, mungkin guru muda belum ada pengalaman
      sebenarnya dari s egi psikologi buat afif rasa tersisih sebab tu saya tak berkenan
      dengan perancangan guru pada hari berkenaan
      tapi tak apalah, benda dah lepas =)

      Delete
  5. wah ! dah konvo yer..bestnyer ;)

    Jemput join segmen CN yer ..

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cikgu, selamat sudah =)
      insya ALLAH. saya dah scheduled kan

      Delete
  6. next time try pakai kan yg getah kat kepala tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bercadang nak beli
      tapi tak ada size budak =)

      Delete
  7. Masa dulu pun kat sekolah tadika ada majlis konvo... Mujurlah ada gambar boleh jadi kenangan, tapi xsehebat Afif yg gambar dan ceritanya diblog, ditatapi oleh seluruh dunia! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung juga ada gambar BM
      saya tak ada langsung sebab terlupa majlis tu...hehe
      tulah BM, nilah tujuan berblog
      manalah tahu hidup tak lama, ada blog boleh jadi pencerita

      Delete
  8. Wah..dah konvo dah afif. Tahniah dear afif. Macam ni kena beli monopod la sis. Senang tangkap berempat sekaligus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, selamat dah
      monopod bukan tuk smart phone ke kak?
      saya pakai kamera ni kak, kamera cap ayam =)

      Delete
  9. Dah graduated yeh....Tahniah ye Afif....
    Bukan main lagi mama ngan papa nak jugak gambar atas pentas hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah OKje, selamat sudah!
      mestilah tumpang glamer OKje, mana boleh lepaskan peluang =)

      Delete
  10. Comel betul si cilik ni semua berjubah.
    Dah macam tok sheikh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan
      tak tengok yang perempuan, lagilah comel!

      Delete
  11. alhamdulillah..
    tahniah buat abg afif..
    selamat 1 fasa untuk tahun ni.
    semoga akan terus memperolehi di setiap tahun yang mendatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lya
      lepas dah fasa hak ni
      fasa setrusnya pula tak lama lagi =)

      Delete
  12. Alhamdulillah...tahniah buat Afif... semoga membesar menjadi insan yg cemerlang di dunia & akhirat... aamiin..
    psss... Afif ada tokok jadi ustaz tu... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn KK
      ya ALLAH memang itulah harapan saya sejak dia lahir
      moga jadilah sungguh dia ustaz! aminnn

      Delete
  13. tahniah afif..tahun depan dah masuk darjah 1 ye...belajar rajin2 tau

    ReplyDelete
  14. tahniah buat afif.
    pengalaman membezakan cikgu lama dgn baru.
    suka aisyah pgg hadiah abg ye
    kenangan terindah smeua ni.zaman skrg boleh ambik gambar, msa saya dulu gambar pon xda kot. hrp tgk sijil je.bju konvo 6 tahun pon blm merasa lagi masa tu. hihi.anak anak zmn skrg smuanya dpt merasa pakai jubah msa umo nam tahun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, pengalaman tu yang membezakan mereka
      harap tak berulang sebab ada hati yang terluka =)
      untung juga ada sijil dan gambar, saya langsung tak ada! =)
      tapi betullah, budak sekarang memang beruntung

      Delete
  15. tulah diana, manalah saya tak ralat
    tak bagus dari segi psikologi tau, anak saya rasa tersisih masa tu
    tapi benda dah lepas, nak kata apa kan =)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...