Afif Penatlah Puasa (^_^)

6:53:00 am Yana Yani 38 Comments

Hari ni nak cerita pasal anak bujang lagi, Afif Haziq Fiqrullah.

Sepanjang bulan puasa ni, boleh kira dengan tangan berapa kali Afif bangun bersahur. Dia punya alasan sikit punya panjang berjela tiap kali aku kejut dia bangun sahur.

Ada sekali tu aku kata,"Afif kena bangun sahur juga walau takat minum air aje. Nanti dapat pahala banyak"

Tahu dia jawab apa? Dia kata, "Afif dah banyak dah dapat pahala, nanti tak larat Afif nak bawa"

Geram tak dengar statement gitu?

Sudahnya aku yang malas nak kejutkan dia lagi tiap kali sahur. Tapi Alhamdulillah walau dia tak bersahur, dia mampu berpuasa juga sehingga ke dua petang atau lebih sikit. Tu aje limit dia.

Tapi tu kalau hari dia bersekolah. Kalau hari cuti hujung minggu lagilah dahsyat alasan dia. Entah berapa kali weekend aje yang dia berpuasa. Malas aku nak kira.

Kalau hari tu dia memang nak berpuasa, Adik dia sogoklah makanan apa pun, dengan alim dia akan kata, "Aisy makanlah, Abang puasa"

Sejuk hati Mama dia ni dok dengar dia kata gitu. Tapi cuba kalau dia memang tak nak puasa, seboleh mungkin dia akan keluarkan segala statement untuk tak nak puasa.

Macam weekend baru ni. Dia bangun aje dari tidur dia tanya, "Mama bangun tak pukul lima tadi? Mama masak apa?" tanya dia bertalu-talu.

Aku sempat jawab soalan pertama aje. Soalan kedua dia dah jawab sendiri. "Wah! Nasi goreng! Sedap ni" kata dia sambil terus duduk dekat meja makan.

"Afif nak makan boleh?" tanya dia sambil buat muka kesian.

"Afif kan puasa. Tunggu petang sikitlah baru makan" jawab aku pula.

"Afif penatlah puasa" kata dia lagi. Kali ni dah ada bunyi nak menangis.

"Afif tak sahur. Lagipun puasa memanglah penat. Sebab tu jangan main sampai tak ingat dunia, tu yang buat cepat penat. Kang tengahari tidur" jelas aku panjang lebar.

"Nanti nasi goreng dengan roti telur tu basi' kata dia lagi dengan muncung sedepa.

"Mana ada basi!" jawab aku agak meninggi.

"Habis tu kenapa Mama masak nasi goreng tu dengan roti telur tu? Afif tahu Mama masak untuk Afif" kata dia lagi. Kali ni tangan dah capai roti telur.

"Mana ada Mama masak untuk Afif, tu lebih sahur pagi tadilah!" jawab aku pula berdalih. Tapi memang aku sengaja masak lebih untuk dia berdua beradik.

"Letak balik roti tu!" tegas aku pada Afif.

Lepas kata gitu aku ke depan kejab. Sengaja nak lari dari perdebatan dengan Afif. Boleh biul kepala dok bersoal jawab dengan dia.

Bila aku ke dapur balik aku tengok dia berdua beradik boleh makan dengan bahagianya! Geram betul aku dibuatnya. Tapi dah terlambat!

Tak betul gamaknya pendekatan aku nak bagi dia berpuasa. Tak apa, belajar dari pengalaman (^_^)


Kalau weekend ni memang tempat biasa kami lepak adalah di rumah parent Encik suami yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari rumah kami.

Malamnya adalah pertama kalinya Afif dan Aisy bermain bunga api. Bertambah seronok dok dapat main dengan sepupu diorang, Rayyan.


Tapi bila tengok balik gambar ni, macam yang terlebih seronok tu Papa diorang! Mesti dia dok teringat zaman dia jadi bebudak dulu. Hehe!


Yang paling pasti mood aku nak berkerja dah ke laut! Kerja walau banyak pun aku rasa tak bersemangat nak buat. Hati dah teringat nak raya aje dah ni.

Menghitung hari (^_^)

38 comments:

  1. kalau dah main bunga api tiap malam.. mau nyer tak kelaut mood nak keje... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...idaklah sampai tiap malam idah wei
      bako duit tu...hehe
      tapi memang dah ke laut dah mood ni

      Delete
  2. Wah bestnya dh start main bunga api.. tak sabar nk raya la nie.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang dah tak sabar farah wei
      mood dah down nak kerja
      cam tak sabo nak raya...hehe

      Delete
  3. Sekurang2nya ada jugak hari2 yang Afif sendiri pertahankan untuk terus berpuasakan...
    Syabas Afif sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah
      tapi hanya mampu separuh hari aje
      tak penah lebih dari tu =)

      Delete
  4. Tak pe Afif kecik lagi.....yg penting solat tu kena lebih tegas Yan D... Okje ni cakap je...si kecik tu mentang mentang belum baligh kdg kdg solat pun culas...
    Ha'a lah mmg nampak bapak memasing yg lebih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu memang harus okje
      kami memang dok tegas juga pasal tu, tapi tulah kan
      hehe...diorang pula yyang berlebih kan =)

      Delete
  5. untunglah umah mertua dekat kan..

    ReplyDelete
  6. hehehe pandai afif menjawab...kelako betul..panjang akal die.... takpe laa percubaan yg bagus ye afif...lagi pun lieya penah terbace.... ibu bapa sibuk kejar suruh anak puase penoh tapi solat tak dititikberatkan...so better cube solat 5 waktu dulu ...ajar supaya penoh solat tu..kemudian baru lah di ajar puase...tu sebaik2nyer...ape2 pun tahniah afif..... nanti leh dpt duit raye lebih key sbb cube puase...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau afif memang ada aje jawapan tuk persoalan
      bab tu memang dok buat juga lieya
      saya nak afif jadi hafiz =)

      Delete
  7. Syoknya main bunga api... bukan saja anak yang excited, papa diorang sekali naik sama... hehe
    xpe, pelan2 Afif belajar puasa... Anak2 k nrl yang dua orang tu pun sama jugak, bukan main teruk nak kejut sahur... berkali2 jenguk & kejut diorang, baru leh jaga...
    K nrl pun mood dah kelaut ni... rasa nak cuti dah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, memang seronok tapi nampak cam bapak diorang berlebih pula
      tulah kan kak, saya pikir gitu juga
      ni pun nak bagi dia belajar
      kan kak, malas dah rasanya nak kerja
      nak raya aje dah ni

      Delete
  8. takpe... kalau desak sangat nanti budak2 umur camtu agak puasa ni kejam..

    ReplyDelete
  9. anak - anak belajar berpuasa , camtu lah mmg gayanya ... sabar yer ... heheheee . amboi ! seronok bebenor mereka main bunga api .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabor sangatlah ni vee
      setahun sekali main bunga api, gitulah jadinya
      sampai papa nyer pun join sama...hehe

      Delete
  10. omeynyeee..hehehehe..main bunga api

    ReplyDelete
  11. Comel tau bila tengok anak-anak belajar puasa. Ada je taktik nak mengenakan kita balik :) Anak saya pun gitu juga. 10 hari lepas bukan main mengira lagi kononnya nak puasa penuhlah sampai raya. Takda maknanya juga... Hari ni siap tanya lagi boleh tak nak bawa botol air ke sekolah sebab kawan semeja selamba je bawa botol air!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      afif ni kira baru tahun nilah puasanya
      sama ajelah dengan afif, kalau bersemangat bukan main
      tapi negoklah ni, macam-macam alasan dia bagi

      Delete
  12. selamat berpuasa...semoga diberkati selalu.

    ReplyDelete
  13. Seronoknya main bunga api. Hehe..pandai afif menjawab kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sonok sangat, tapi bapak nyer yang lebih
      hehe

      Delete
  14. haha..comel sungguh dua beradik.. nak2 si Afif tu. Banyak mulut la..

    pi es : Saya makin nak cuti raya makin ligat buat kerja dengan harapan cuti nanti kurang terima call dari office. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia banyak mulut dalam keluarga aje
      kalau kat luar especially dengan orang dia tak kenal, dia pendiam

      p/s-saya dah tak bersemangat, lantak ler

      Delete
  15. Setuju dgn komen lieyalatif, tepat sekali...Jgn lupa cuba ya!
    Pasal bunga api tu biasalah...anak2 jadi alasan jer, yg terlebih bapanya sebenarnye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH BM, pasti!
      hehe...agaknyer lah kan

      Delete
  16. Oklah tu Yana... sekurang2nya ia menjadi satu pendedahan utk anak2 ni ttg pengalaman puasa.
    Bab main bunga api tu... klu saya pun layan gak hehee... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...baru en khir sorang aje yang sokong saya ni
      sep sikit...hehe
      tapi memang kebanyakkan kaum bapa yang saya kenal
      tumpang syok main bunga api dengan anak =)

      Delete
  17. Tak pe afif... afif kecik lagikan... heheh tapi teror la juga dia puasa walau separuh hari... walau dgn pelbagai alasan yg super cute... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kak
      rajin sangat dia bagi alasan...hehe

      Delete
  18. hahaha...comel aje afif jwb die dh dpt pahala byk pastu tak larat nk bwk...adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah anak saya mimi
      ada aje alasan dia nak bagi

      Delete
  19. Berapa tahun dh s afif ni petah betul dia berckp klau boleh puasa sikit2 separuh hari dh ok next year ajan cuba puasa penuh. Akak Jm pernah dgr utamakan anak solat dulu puasa x pe belajar puasa separuh hari klau dh besar dh blleh tahan lapar bagi puasa penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia baru dah lima tahun lapan bulan
      bab solat tu memang dititik beratkan
      tak cerita dalam blog aje, takut digelar riak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...