Tak Boleh Tahan: Part IV (^_^)

11:33:00 pm Yana Yani 0 Comments

19 Jan 2013 - Hari ini Afif nampak sihat! Suhu badan okay aje dalam tempoh 24 jam ni. Ada chance boleh balik ni! Hehe! Cuma gatal-gatal still tak berapa nak okay lagi!

Tapi aku dah rasa seronok bila tengok dia dah mula nak main.


Lagi seronok bila tengok senyuman dia pun dah mula terukir! Tak tahu nak gambarkan perasaan bila tengok anak dah mula nampak sihat. Rasa macam nak melompat pun ada!


Kedatangan doktor pakar pada hari tu memang paling aku tunggu kalau nak banding hari-hari lain dalam tempoh "pertapaan" kami di sini. Sebab doktor pakar aje boleh bagi approval.

Tak sabar rasa nak tunggu dia kata, "Okay, boleh balik!"

Encik suami yang datang sejak dari awal pagi walau penat balik dari kerja shift malam kata, doktor tak akan bagi balik sebab Afif still gatal-gatal lagi. Aku buat tak dengar aje!

Lagipun aku rindu sangat dekat Aisy especially dia punya senyuman yang boleh buat lemah kaki tangan aku! Rasa macam dah lama sangat tak jumpa dia. Kesian dia kena tinggal.

Bila nampak aje kelibat doktor, aku punya keterujaan tu tak tergambar! So bila sampai aje turn doktor untuk visit Afif punya katil, aku yang tersengih lebih-lebih!

"Adik, apa khabar hari ini?" tanya doktor tu sambil memeriksa badan Afif.

Afif hanya diam seribu bahasa. Memang itulah reaksi Afif bila jumpa dengan orang yang dia tak familiar. Tapi kalau dekat rumah, dialah "hero" bercakap! Semua benda boleh jadi bahan cerita dia!

Sebab tu kalau orang yang tak kenal Afif akan kata Afif pendiam!

"Macam mana perkembangan anak puan sekarang? Ada perkembangan tak?" tanya doktor tu kepada aku bila soalan dia tadi tak dapat respon daripada Afif.

"Alhamdulillah doktor. Nak compare dengan masa first day dia dekat sini, memang banyak sangat improvement!" jelas aku sambil mengusap dahi Afif.

Jawapan aku dibalas dengan anggukan dan senyuman. Carta suhu Afif disemak beberapa kali dan sekali lagi senyuman diberikan.

"Kalau macam tu okaylah. Kita bagi balik! Suhu badan dia pun nampak okay ni" kata doktor tu sambil mencatit sesuatu pada fail Afif.

Wah, aku rasa macam nak lompat aje bila dengar doktor kata macam tu! Melampau betul Mama Afif ni! Hehe!

"Tapi dia still gatal-gatal lagilah doktor" tiba-tiba Encik suami menyelit.

"Sakit ni memang akan ambil masa untuk pulih sebab dia melibatkan virus. Kalau bakteria dia kejab aje, virus memang macam ni. Sekurang-kurangnya dua minggu. Kita akan bekalkan antibiotik, he should be okay" jelas doktor tu panjang lebar.

Kami hanya mengangguk tanda faham. Afif pula senyum lebar aje bila dapat tahu boleh balik.


Petang tu bila sampai aje rumah, rasa seronok sangat! Siapa yang pernah tinggal dekat hospital sebab jaga orang sakit mesti faham perasan aku time tu! Anyway, lupakan pasal aku sebab entry ni pasal Afif! Hehe!

------------------------------------
Untuk makluman, Afif masih lagi tak berapa sihat untuk minggu yang berikutnya. Suhu dia tak begitu stabil and of course gatal-gatal yang dia alami buat dia jadi resah sentiasa.

Tapi sekarang, Alhamdulilah! Dah melasak balik, which is good! At least aku tahu dia sihat bila dia dah mula melasak. Pergi sekolah pun dah okay sekarang ni tak ada macam beberapa miggu lepas.

Apapun, aku anggap semua ni adalah dugaan untuk kami sekeluarga. Mula-mula Aisy dengan pneumonia, lepas tu Afif pula dengan scarlet fever. Sebelum ni aku tak pernah tahu pun pasal penyakit-penyakit tu.

Sekarang dah kategori expert dah! Hehe! Apapun terima kasih tak terhingga pada semua atas kasih sayang dan keprihatainan semasa Afif di Wad 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Terutama Encik suami! Penat balik dari kerja shift malam pun sanggup terus datang hospital setiap hari menemani kami sepanjang kami berada di hospital. You are the BEST Papa!

Buat Aisy yang setia menanti Mama dan Abang! Tak lupa juga buat family tersayang yang sentiasa memberi support dari setiap segi!

Lastly buat readers yang sudi meluangkan masa membaca cerita aku niThank you so much!

Entri lain yang berkaitan:
1. Tak Boleh Tahan:Part I
2. Tak Boleh Tahan: Part II
3. Tak Boleh Tahan: Part III
4. Tak Boleh Tahan: Part IV

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...