Afif Di Hari Suai Kenal Sek. Keb (^_^)

6:59:00 am Yana Yani 47 Comments

Kalau semalam kita dah cerita Afif di Hari Suai Kenal Sekolah Rendah Agama, hari ni YY nak ceritakan pula pengalaman Afif di Hari Suai Kenal Sekolah Kebangsaan.

Hari Suai Kenal Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang diadakan pada 3 Januari 2014 yang lalu. Disebabkan jarak Sekolah Kebangsaan yang agak dekat, kami empat beranak hanya merempit.

Ketika sampai parents dan anak masing-masing dah cukup ramai memenuhi ruang dataran sekolah. Rasanya kami dah awal, rupanya ada yang lebih awal (^_^)

Sebelum Hari Suai Kenal, MyChintaHati dah semak nama Afif berada di kelas mana based pada Ujian Penempatan Kelas Darjah Satu. Dia juga dah belikan buku di Koperasi Sekolah.

Mudah sikitlah urusan kami pada hari tu. Hanya perlu bayar yuran.

Disebabkan dah tahu Afif berada di kelas mana, YY hanya mengesahkan kedatangan dia dan menemankan dia ke barisan kelas yang ditetapkan.


Pelajar seperti YY pernah ceritakan dahulu ada lebih kurang 500 orang pelajar. Berbeza ketika Ujian Penempatan Kelas, hanya ada 13 buah kelas berbanding 14 buah kelas sebelumnya.

YY assumed pelajar ramai yang dah berpindah. Tapi rupanya ada ramai pelajar tidak disenaraikan termasuk Muhammad, kawan Afif yang YY ceritakan semalam.

Pihak sekolah sendiri memohon maaf dan kesal dengan masalah tersebut. Mereka akan cuba mengatasi masalah tersebut secepat yang mungkin.

Pada YY ianya kesilapan biasa apabila melibatkan jumlah orang yang terlalu ramai. Tapi ada orang beranggapan ianya satu kesilapan yang tak boleh dimaafkan.


Dalam ramai-ramai pelajar dekat bawah ni, boleh detect Afif tak? (^_^)

Afif ketika di Hari Suai Kenal Sekolah Kebangsaan ni agak pendiam berbanding ketika di Sekolah Rendah Agama. Mungkin tiada orang yang dia kenal di sini.

Muhammad berada di kelas yang berbeza.

Melihat karakter Afif pada hari tersebut mengingatkan YY pada diri sendiri. Kalau orang tak kenal YY, ada yang beranggapan YY pendiam dan ada yang kata sombong.

YY jenis manusia yang tak pandai memulakan bicara. YY rasakan Afif juga begitu. Tunggulah kalau dia dah mula kenal orang keliling. Tak terlayan! (^_^)


Selepas Afif dan pelajar lain masuk ke kelas untuk sesi suai kenal, parents dikehendaki berada di kawasan dataran sekolah untuk sesi taklimat.

Seperti di Sekolah Rendah Agama, banyak perkara yang hampir sama disentuh. Bezanya di sini maklumat diberikan dengan lebih terperinci.

Pengalaman 100 tahun sekolah terbabit memang sama sekali tidak di sia-siakan. Eh, YY dah pernah ceritakan tak YY juga merupakan bekas pelajar sekolah ni?

Tapi YY belajar di sini hanya ketika di Darjah Lima dan Enam.

Sebelum tu YY bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Udang Klang. YY batch pertama Darjah Satu sekolah terbabit (^_^)

Anyway, sama seperti di Sekolah Rendah Agama, YY juga tak boleh nak fokus di sini. Anak dara YY seperti biasa aktif. Semua benda yang dia jumpa boleh jadi mainan dia.


Bila ditegur, ada aje jawapan dia bagi.

"Adik duk cini aje lah! - Adik duduk sini aje lah"

"Adik nok aje lah - Adik tengok aje lah!"

"Tak lah!"


Macamana nak fokus apabila mata ni sentiasa perlu memerhatikan dia. MyChintaHati pula bila dah jumpa Geng Speaking Jerman dia, bukan peduli anak bini.

Geng Speaking Jerman ni YY berikan kepada MyChintaHati and the gang. Diorang ni kalau berjumpa bertutur dalam Bahasa Jawa.

YY boleh aje nak join sama, tapi isin! Hehe!

Eh mana Aisyah tadi ye?

"Di mana dia, anak dara saya? Anak dara saya ada di hujung sana! Can mali can oi oi, can mali can ketipung payung" (^_^)


Tak lama lepas YY snap gambar di atas, parents dibenarkan menuju ke kelas anak masing-masing untuk urusan pembayaran yuran dan yang sewaktu dengannya.

Afif berada di Kelas 1 Hebat. Mujur jugalah susunan kelas mengikut abjad. So kami hanya perlu mencari H sahaja. Dekat bawah ni adalah sebahagian nama rakan sekelas Afif.

Nama masing-masing buat terbelit lidah! Samalah dengan anak kau YY oi! Hehe!


Masa YY sampai di kelas. Afif sedang mengikuti Guru Pengiring mengelilingi kawasan sekolah. Mereka diterangkan setiap kawasan sekolah seperti kantin dan tandas.

Tengok tu, tangan masuk poket! Macho man betullah anak bujang sorang ni (^_^)


Tak lama lepas tu Afif dan rakan-rakan kembali ke kelas.

Kami dibenarkan membawa pulang anak masing-masing selepas selesai urusan pembayaran yuran. So sementara menunggu MyChintaHati settle kan urusan pembayaran, snap gambar dulu!

Tapi Afif tak berapa nak bergambar kali ni. Penat mungkin.


So begitulah cerita Afif di Hari Suai Kenal Sekolah Kebangsaan. Melihat jumlah pelajar dan kedudukan kelas Afif, semestinya persaingan cukup sukar.

Kami tak meletakkan harapan yang tinggi walau tak dinafikan harapan itu ada. Permulaan ini, biarlah Afif selesa dahulu. Lagipun belakang parang kalau diasah, akan tajam juga kan? (^_^)

Till we meet again korang. Assalamualaikum (^_^)

47 comments:

  1. assalam yy
    selamat tahun baru
    seronokkan
    saya doakan smga afif akan pndai bawa diri smga dipermudahkan buat afif nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt
      selamat tahun baru!
      ye memang seronok untuk pengalaman pertama ni
      insya ALLAH mudahan, terima kasih ye

      Delete
  2. salam yana...wah seronoknya afif dah nak sekolah.memang setiap ibu bapa pasti ada menaruh harapan pada setiap anak,tp takpe kita berharap dan berdoa..inshaAllah kan.

    wah seronok ye aisyah bermain sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak
      bukan afif aje kak, mama dengan papa dia pun sama...hehe
      yelah kan kak, berdoa tu lebih baik

      dia tak duduk diam langsung!

      Delete
  3. ramainya..tulah kan setiap orang berbeza karektornya..macam saya juga sangat2 pendiam zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai mar! lebih 500 orang
      memang setiap individu tu berbeza, sebab tu setiap seorang antara kita adalah unik =)
      saya ni idaklah pendiam sangat, cuma tak pandai memulakan bicara
      afif pun begitu =)

      Delete
  4. Dah masuk darjah satu. Mesti Afif rasa sedikit gementar...maklumlah, belum ada kenalan dan suasana yang luas dan ramai. Ini belum lagi bila ada pelajar darjah lain...
    Semoga Afif dapat menyesuaikan diri dan belajar bersungguh2 ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejab aje BM dah masuk darjah satu dia =)
      mungkinlah untuk suasana baru tu, dia masih cuba menyesuaikan diri
      insya ALLAH, saya harapkan benda yang sama =)

      Delete
  5. selamat menempuh alam baru Afif!
    satu aliran 13 kelas, sgt banyak lah tu....
    sekolah sy ada 6-8 kelas je....
    jenuhnya ramai....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu BH!
      memang ramai cikgu!
      tak tahu camne pihak sekolah nak menguruskan
      yang pasti persaingan tersangat sengit

      Delete

  6. susah jga bila ada masalah pendaftaran kan kak,ramai sangat agaknya itu yg ada tercicir..
    comelnya aisyah..!

    sya rasa msa saya darjah 1 , saya relax, mcm tak ada perasaan .esoknya abah mak tak payah datang jenguk pun bila saya suruh,suruh bawa makanan.. huhu.sya rasa si afif pun tak ada masalah kot utk sekolah kbsaan..lama2 nanti dah dapat kawan baru okay la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab pelajar terlalu ramai
      peluang untuk melakukan kesilapan tu mungkin ada, bukan sengaja
      yeke? ke ko saje buat cite ni...hehe

      Delete
    2. hahahah.betul kak..sya ingat lagi..saya budak mcm mamai2 sikit tau..macam mana entah nak describe..dah biasa ditinggalkan..

      Delete
    3. hehe...okaylah percayalah
      sebab akak pun jenis tak menangis ditinggal
      mungkin sebab anak sulung, sama macam afif
      pandangan pada sesuatu tu lain

      dah biasa ditinggalkan? cam sedih aje ayat tu

      Delete
  7. selamat menempuh alam persekolahan afif...tengok nama kawan-kawan afif, mak ai...panjang betul...kesian cikgu nak memanggil...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama amir
      memang nama panjang-panjang memasing! hehe
      terbelit lidah nak menyebut, termasuklah nama anak sendiri....hehe

      Delete
  8. Debaran musim persekolahan 2015 dah semakin hampir. Semoga segalanya berjalan lancar... salam ceria buat Afif.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...insya ALLAH
      mudah-mudahan KK
      terima kasih

      Delete
  9. hehe...saya rasa dia nervouslah diana
    tulah diana, biarlah dia selesa dulu
    nanti dah lelama barulah tahu kan

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah dh settel utk afif..'
    asya buka skolah ni bru skali dgn sesi suai kenal kot..
    harap dia ok la..

    insyallah.. nanti dh jumpa geng bru ada riuhnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. settled dah setakat ni
      the moment of truth minggu depan, tengoklah nanti camne
      tapi rasanya tak ada masalah

      Delete
  11. geram tgk budak2 pakai bju sekolah... cumil cumil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lagilah yang baru masuk sekolah ni kan
      memang comel-comel =)

      Delete
  12. Hari pertama. Malu2 aje semua ni. Nanti bila dah mula kenal. Riuh rendah jadinya. Hehe. Seronok tengok bebudak kecik masuk sekolah. Comel je.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu sebab belum kenal
      nanti dah kenal, pening cikgu nak melayan reramai gitu =)
      akak pun suka tengok

      Delete
  13. Meriah yer kakk. Teringat masa masuk zaman sekolah dlu2. Haha.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... Afif belajar rajin2 tau.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH farah
      nanti saya sampaikan pesanan farah tu

      Delete
  15. Teringat okje masa hantar anak masuk sekolah dulu dulu......
    Selamat bersekolah Afif......moga Afif menjadi murid yg cemerlang yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda camni akan pasti jadi kenangan buat mak-mak cam kita OKje
      insya ALLAH, nanti saya sampaikan pada dia =)

      Delete
  16. Yeah..afif dah besar dah.. Anak bujang mama tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak sangka juga dah besar
      cepat betul masa berlalu =)

      Delete
  17. 500 dikira ramai... mmg pening cikgu nak sort kelas... normal kalau ada tercicir... ambooii... smp xnk maafkn... cikgu manusia bkn malaikat.. eh.. sorry..emo pula..mklumlah ai cikgu kn.. yg juga terlibat dgn pndftaran pljar... seklh MF 300 lebih pun dh mcm2 apatah lagi 500... lagi la macm2... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai sungguh tu cikgu
      tulah saya kata, kalau dah ramai tu memang biasalah kalau tercicir
      lagipun manusia kan, mana ada yang sempurna
      hehe...sabar cikgu, yang bercakap tu kurang mengerti cikgu =)

      Delete
  18. Ada rasa nak nangis tak YY bila tinggalkan dia sorang2 kat kelas tu. Saya mcm dah dpt membayangkan masa depan saya, nnt bila Luth masuk skolah darjah 1, saya mcm nak nangis sorang2 tepi tiang kat koridor skolah. Sebab sebak anak dah besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ada rasa camtu
      tapi masa dia bersiap bagi tu ada sikit perasaan cam, wah dia dah besar
      dia dah penah lalui episod yang hampir sama di tadika, so kurang sikit rasa tu
      nanti tengok luth besar lyd paham =)

      Delete
  19. YY, nak tanya si Aisy comel ni baru trim rambut ke? Cantik pulak rambut dia, macam rambut bakal mak mentua zaman sekolah-sekolah dulu :)

    Afif tak menangis pulak ya masa ni. Mesti dia seronok di kelilingi rakan-rakan sekolah yang baru. Nanti minggu depan, mesra alamlah dia.... Sekarang ni malu-malu kucing lagi! Nak tanya, buku teks yang dapat elok tak keadaannya? Yalah sekolah pun dah 100 tahun katanya. Kalau tidak, saya tengah dok bayangkan YY nangis-nangis sampul buku sekolah sambil lap air mata hujung lengan baju. Huahaha.... Jahatnya saya nih! Sorrylah, imagination wild sikit hari nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. papa dia aritu potong sikit bahagian depan sebab
      rimas dengan rambut terjuntai dia. dahlah jenis tak suka berikat rambut
      pakaikan klip rambut pun dia cabut

      dia so far sejak tadika memang tak penah menangis
      tapi dia hanya datang hantu tu bila dia malas ke sekolah
      tapi most of the time dia memang tak menangis, anak sulung kot
      sekolah kebangsaan belum dapat buku teks diorang kata lepas dua minggu persekolahan
      dua minggu pertama orientasi sahaja
      tak tahulah camne keadaan buku teks dia. hopefully tak lah seperti
      yang dibayangkan oleh besan to be =)

      Delete
  20. Seronoknya Afif nak menempuh alam sekolah. Mantain je dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni alhamdulillah nampaknya
      moga berterusanlah keseronokkan dia tu =)

      Delete
  21. Happy dia ke sekolah.
    belajar rajin2 tau afif.
    next aisyah sekolah lagi kelam kabut mamanya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif memang nampak excited ke sekolah
      mungkin juga masih mood baru
      sebab semua benda baru, hopefully berkekalanlah
      aisyah insya ALLAH tahun depan start sekolah

      Delete
  22. tangan masuk poket ada style tu ... insha Allah , byk duit bila besar nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...
      mudahannya begitu dan tak lokek bersedekah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...