Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod | Secara ilmiah, penyakit hipertiroid merujuk kepada keadaan apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Bila kita mempunyai hormon tiroid yang banyak, banyak benda dalam badan kita juga akan bergerak cepat. Contohnya seperti kehilangan berat badan dengan cepat, degupan jantung yang laju, berpeluh banyak, atau terasa berdebar dan sentiasa moody. Dalam sesetengah kes, ada pesakit langsung tidak mempunyai sebarang gejala sehingga ujian perubatan mengesahkan sebaliknya.Rawatan untuk penyakit hipertirod |
Walau penyakit hipertiroid kedengaran agak kompleks, korang tak perlu bimbang. Penyakit ini boleh dirawat. Dengan rawatan yang betul dan pengambilan ubat yang teratur, Insya ALLAH korang boleh menjalani kehidupan yang sihat dan normal. Tapi perlu diingat, hipertiroid tanpa rawatan boleh memberi masalah yang serius kepada kesihatan jantung dan osteoporosis. Paling ditakuti adalah serangan thyroid storm yang boleh menyebabkan kematian. So, please take this seriously.
Secara umumnya, rawatan yang diberikan untuk merawat hipertiroid adalah sama ada untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid daripada kelenjar tiroid atau mengurangkan kuantiti hormon tiroid yang bergerak bebas dalam peredaran darah. Berikut adalah jenis rawatan untuk penyakit hipertiroid di Malaysia.
a. Ubat carbimazole atau methimazole
Carbimazole ialah sejenis ubat anti-tiroid yang biasa digunakan untuk rawatan hipertiroid dan ia bertindak untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Methimazole pula ialah bentuk aktif carbimazole dalam badan. Pada peringkat awal, dos tinggi akan diberikan untuk tempoh beberapa minggu sehingga hormon tiroid kembali ke paras normal. Ia kemudiannya akan dikurangkan secara beransur-ansur dengan pemberian dos yang lebih rendah.
Ubat anti-tiroid, Carbimazole |
Menurut jurnal perubatan, kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan carbimazole termasuklah ruam kulit, rasa loya, sakit kepala, perubahan sistem gastrousus dan sesetengah pesakit akan mengalami pengurangan sel darah putih. Sekiranya ini terjadi, doktor akan mempertimbangkan rawatan alternatif. Keadaan yang disebut tadi akan kembali normal selepas ubat diberhentikan.
Bagi wanita yang mengandung, penggunaan ubat carbimazole perlu diberi lebih perhatian, terutamanya jika korang mengambil dos yang tinggi. Kebiasaanya doktor akan mempertimbangkan rawatan alternatif. Sekiranya korang menyusukan anak, please take note yang dos carbimazole boleh masuk ke dalam kelenjar susu. Sila dapatkan nasihat doktor untuk meneruskan penyusuan.
b. Ubat propylthiouracil (PTU)
PTU merupakan ubat yang bertindak dengan cara yang sama seperti carbimazole. Ia memberi kesan tambahan kepada hormon tiroid yang terdapat di bahagian periferi badan. Disebabkan ubat ini memberi kesan sampingan kepada fungsi hati, penggunaannya hanya dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazole atau iodin radioaktif sahaja, termasuk wanita yang mengandung pada trimester pertama dan yang menyusukan anak.
Ubat PTU |
Bagi ibu yang mengandung, PTU perlu ditukar kepada carbimazole selepas kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga. Mengupas mengenai kesan sampingan PTU, ia mempunyai kesan sampingannya adalah hampir sama dengan carbimazole. Dapatkan nasihatkan doktor sekiraya korang mempunyai alahan pada ubat ini.
c. Ubat perencat reseptor beta adrenergik (beta blocker)
Perlu diingat bahawa ubat yang berada di dalam kumpulan ini tidak memberi kesan kepada paras hormon tiroid. Ubat tersebut hanya membantu dalam mengurangkan simptom hipertiroid seperti memperlahankan degupan jantung, mengurangkan getaran dan mengurangkan rasa gelisah dengan merencatkan reseptor beta adrenergik. Contoh ubat dalam kumpulan ini yang sering diberikan oleh doktor adalah propranolol.
Ubat beta blocker, Proponolol |
d. Iodin radioaktif (Iodine - 131)
Rawatan iodin radioaktif yang digunakan bagi memusnahkan sebahagian kalenjar tiroid ini hanya akan dicadangkan apabila ada kes sperti ubat tidak dapat mengawal masalah hipertiroid, pesakit mengalami kesan sampingan ubat atau keadaan pesakit tidak stabil untuk menjalani pembedahan pembuangan tiroid (tiroidektomi). Rawatan ini mengandungi iodin, prekursor untuk penghasilan hormon tiroid.
Radioaktif iodin |
Apabila iodin diserap masuk ke dalam kelenjar tiroid, ia akan mengeluarkan sinaran beta dan menyebabkan sel tiroid yang menghasilkan hormon musnah. Ada pesakit hipertiroid, sembuh sepenuhnya selepas rawatan ini. Tapi ada juga yang bertukar menjadi hipotiroid seperti YY. Malahan ia merupakan antara tujuan rawatan ini diberikan kerana ubatan untuk hipotiroid lebih selamat berbanding hipertiroid.
Perlu diingat bahawa rawatan ini tidak boleh dilakukan kepada ibu yang mengandung dan khabarnya juga ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit yang berusia kurang daripada 30 tahun. Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.
e) Pembedahan
Pembedahan juga adalah salah satu daripada kaedah rawatan untuk peyakit hipertiroid. Tapi pembedahan hanya sesuai untuk pesakit hipertiroid jenis multinodular di mana pesakit perlukan pengawalan hormon pada kadar segera. Ia juga sesuai untuk kelenjar tiroid yang besar dan menyebabkan kesan tekanan atau kesakitan. Maksudnya bukan semua pesakit tiroid perlukan pembedahan. So korang tak perlu risau.
Gambar pesakit yang baru melakukan pembedahan |
Tapi satu yang pasti, once korang dah melakukan pembedahan, seumur hidup korang kena makan ubat. Kenapa? Sebab korang dah takde kalenjar tiroid untuk produce hormon. So pengambilan ubat tu sangat perlu. Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut mengenai pembedahan bagi merawat hipertiroid. YY takde pengalaman langsung tentang hal ni.
Please take note, walau kesemua rawatan di atas untuk penyakit hipertiroid tapi bukan semua rawatan di atas akan diberikan kepada korang. Rawatan hanya akan diberikan berdasarkan kesuaian atau diagnose yang doktor lakukan. Yang pasti, jangan skip rawatan yang disarankan doktor. Ianya untuk kebaikan korang juga. Kalau korang ada sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, korang boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800 88 6722.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pesakit hipertiroid (^_^)
Sumber artikel, http://bit.ly/2orImdb
Sumber gambar, http://bit.ly/2nRquH8
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteThanks YY.. Suka baca pasal Hypertyroid ni... Mummy aritu kulit jadi gelap sgt.. sampai pening tak tau nak buat apa..Pastu kan mummy stop sekejap..eh! putih balik hahaha.. Esk lusa kenalah makan balik ubat cam biasa... Kang menggigil pulak.. ni pun rasa mcm dah start datang balik sekali pakej dengan OA ..hadoii Bertabahlah..heheh
ReplyDelete