Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini | Sejak YY disahkan menghidap hipertiroid pada usia 13 tahun, sekitar tahun 1996, YY rasa sangat keseorangan. Tiada kawan untuk mengadu atau bercerita. Even kalau ada, lebih banyak kelukaan dirasai. Seolah-olah apa yang YY alami hanya satu ilusi. Sedihnya, hanya Tuhan yang tahu. Bertitik tolak dari keadaan itu, sikit demi sedikit YY bina tembok "pengasingan". Lagipun hati tak kuat berhadapan dengan justification orang. Akhirnya, YY berjaya "menghapus" sepenuhnya masalah kesihatan YY dari pengetahuan orang.Despite all of that, YY sangat bersyukur kerana punyai keluarga yang sangat supportive. Tapi entah kenapa, rasa tak cukup. Terasa kewujudan "orang luar" itu perlu untuk luahkan sisi lain yang tersorok. Blog akhirnya digunakan sebagai platform untuk YY meluahkan apa yang terbuku di hati. Blog buat YY mula rasa "bernyawa". Melalui blog YY mula berhubung dengan rakan pesakit tiroid yang lain. YY cuba membantu mereka semampu YY sebab YY sangat memahami rasa "rejection" oleh orang di sekeliling.
Imej http://bit.ly/2nmNTwJ |
Sehinggalah YY secara kebetulan menemui grup TIROID DAN ANDA di laman sosial Facebook pada awal tahun ini. Penemuan grup berkenaan seolah memberi satu sinar baru kepada YY. YY rasa sangat seronok sebab dekat situ ada ramai rakan pesakit tiroid. Hanya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, YY terasa "hidup" dan rasa tidak lagi keseorangan. Kalau korang nak tahu, dekat grup tu, terkumpulnya ramai pesakit kanser tiroid, hipertiroid, hipotiroid, hashimoto, goiter dan penyakit graves.
Berkongsi cerita dengan rakan senasib buat YY rasa "bahagia". Sebab tu YY sangat recommend semua pesakit tiroid menyertai grup ni.
Screen shoot laman utama grup Tiroid dan Anda |
Grup ini dibentuk oleh Kpah K-Poh SharifahNor yang juga merupakan seorang blogger sekitar tujuh tahun yang lalu. Di bawah pemantauan 20 orang Admin termasuk Kpah, hari demi hari, grup ini semakin berkembang. Kini ahli grup berkenaan sudah melebihi 6000 orang yang rata-ratanya adalah pesakit tiroid mahupun ahli keluarga. Setiap hari, ada sahaja kisah positif dari rakan pesakit yang buat YY tersenyum sendiri. Setiap persoalan, dijawab berdasarkan pengalaman masing-masing. In fact ada banyak juga perkara yang baru YY ketahui melalui perkongsian mereka.
Korang boleh baca penerangan berkenaan tujuan grup ini ditubuhkan, di bawah. YY salin semula bagi menggalakkan korang menyertai grup TIROID DAN ANDA ini.
Anda pengidap tiroid? Ramai yang tidak mengetahui dan tidak mempunyai pengalaman malah ada yang tidak tahu berkenaan tiroid, maka di sinilah tempat berkumpul dan meluahkan apa yang terbuku di hati anda.
Insyaallah, KPAH , para admin dan rakan-rakan akan berusaha untuk menjawab persoalan dari anda.
Jawapan kami adalah berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman rakan-rakan dan juga pembacaan. Untuk persoalan dari segi perubatan, eloklah mendapatkan pandangan dari doktor. Agar lebih tepat.
Anda juga boleh post apa saja artikel asalkan memberi faedah kepada semua ahli. Tapi semestinya berkaitan dengan tiroid.
Sebarang iklan adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan KPAH.
Bahasa dan pertuturan haruslah dijaga memandangkan kita semua di sini agak kurang stabil dari segi emosi. Dan harap saling faham memahami masalah rakan-rakan di grup ini. Jangan pandang remeh kepada apa saja aduan, kesakitan atau rungutan kerana mungkin satu hari nanti, anda juga akan mengalaminya.
Ingat, kita bukan saja berkongsi penyakit tapi juga berkongsi kasih dan sayang.
Terima kasih.
Klik banner ini untuk sertai grup Tiroid dan Anda |
Sejak menyertai grup ini, mana-mana rakan pesakit yang menghubungi YY, memang YY sarankan menyertai grup ini.
Dulu YY rasa bersalah sangat bila tak dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan pesakit. Yelah, pengalaman YY sangat terhad dan hanya merujuk diri YY sendiri. Tapi kalau korang sertai grup ini, akan ada ramai yang memberikan pendapat mahupun pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing. Diharap dengan ribuan ahli dalam grup berkenaan mampu menjawab persoalan yang korang ajukan.
Buat semua rakan pesakit tiroid, YY sangat sarankan korang menyertai grup ini. Moga segala cerita yang dikongsi di situ memberi manfaat kepada korang dalam menghadapi penyakit yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar ini.
Klik https://www.facebook.com/groups/tairoddananda/ untuk menyertai grup TIROID DAN ANDA
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
banyak kelebihan
ReplyDeletelebih kuranglah =)
DeleteInsyaAllah nanti akak join group ni YY..
ReplyDeleteTerima kasih perkenalkan group ini..
Sekarang akak dah normal Hypertiryod YY..
Tapi kena makan ubat 1 kali sehari..
Nanti bulan 5 jumpa doktor lagi..
Tengok darah macam mana..
Kalau ok lagi doktor kata boleh berhenti makan ubat.
Alhamdulillah ..
Bersyukur kepada Allah yg telah memberi kesembuhan kepada akak.
kalau makan carbimazole, memang camtu kak
Deletediorang akan on off makan ubat
sebab ubat tu tak boleh dimakan terlalu pada satu masa
doctor nak monitor keadaan kita tanpa ubat pula
benda ni mungkin akan berulang few times
kalau tak success juga, diorang akan suggest buat benda lain pula
contohnya macam radioactive iodine
tapi hopefully akak betul-betul sembuh
ubat jangan skip tau kak =)
Ramai jugak yang menghidap Tyroid ni kan... Termasuk jugaklah mummy..Luar je nampak macam sihat.. tapi dalaman hanya pesakit je yang tahu.. ok nanti Mummy join... Thanks YY.. Any thanks jugak kat YY sbb kat blog YY jugaklah mummy dapat ilmu tentang tyroid... kalo tak terkontang-kanting lah mummy..Thanks sekali lagi..
ReplyDeleteramai sangat sebenarnya. banyak yang lebih suka menyorok
Deletemenurut angka tak rasmi, ada lebih 300 juta pesakit tiroid
dalam pelbagai kategori di seluruh dunia
itu pun katanya, ada separuh dari angka tu yang tak sedar
diorang ada masalah dengan kalenjar tiroid
tulah kan mummy. saya dulu camtulah
sebab tu saya faham masalah mummy
lagi mula-mula macam mummy ni
memang teruklah sementara nak tunggu hormone stabil
be strong ye
takde hal lah mummy, memang itulah tujuan saya berkongsi
dapat bagi manfaat pada orang lain
saham ilmu tu, boleh dapat ke saya sikit =)
nice sharing
ReplyDeleteo.. barui tahu ni.. kurang ilmu bab yang ni.. thank you sharing
ReplyDeletememang bukan semua ada masalah tiroid ni
Deletekaka, sakit tiroid tu ape? sorry kite tak tahu..
ReplyDeletekalenjar tiroid ni ada pada semua manusia
Deletecuma ada keadaan di mana kalenjar tiroid dia terlebih produce hormon, jadi hyperthyroid
ada yang kalenjar tiroid terkurang produce hormone, jadi penyakit hypo thyroid pula
Mudahlah bila ada grup macam ni. Boleh sembang-sembang kosong, berkongsi pengalaman dan bertanya apa yang tak berapa faham. Kalau semua simpan dalam hati pun lagi susah tau, YY. Sekurang-kurangnya bila ada grup macam ni, terluahlah sikit apa yang terbuku dok pendam dalam hati tu.
ReplyDeleteSaya azmi,gejala tiroid ini seperti muncul dlm diri..rasa bengkak kat bawah tengkuk..hari hari depresi..habis duit jumpa doktor..risau sangat yaAllah..hopefully korang doakan kesihatan saya ya...
ReplyDeletesaya tumpang simpati saudara azmi
Deleteuntuk kepastian, lebih elok saudara buat pemeriksaan doktor
hanya ujian darah yang boleh tentukan sama ada saudara
memang benar-benar ada tiroid atau sebaliknya
saya doakan yang baik-baik aje untuk saudara
Hye...assalalmualikum..sy pesakit tyroid...bru dpt tahu..ya allah down nya..berape lme lg mase yg ak ad..dpt tahu sy sakit ny bila sy kne cirit birit yg trok..rupanya2 tu adlh salh satu sytm pesakit tyroid..bantu sya
ReplyDeletewaalaikumussalam
Deletesape aje yang mula disahkan ada penyakit,
memang akan rasa sangat down
lebih lagi penyakit macam kita ni
yang dikategorikan invisible illness
luaran takde sape nampak
tapi dalaman, kita berperang
buat masa sekarang kena dapatkan support dari orang keliling
insya allah sooner or later
kita akan mampu harungi
stay positive
dengan proper treatment, kita boleh harungi kehidupan macam biasa