Blog Review: Syira Lokman (^_^)

4:28:00 pm Yana Yani 42 Comments

Kepada sesiapa yang participated dalam Simple Giveaway by Licha mesti tahu bahawa pemenang telah pun diumumkan.

Salah satu hadiah yang disediakan adalah blog review.

Setakat nak buat blog review ni YY tak ada masalah sebab kita hanya perlu menilai sesuatu blog tu melalui kaca mata kita dan YY sendiri sememangnya berkaca mata. Hehe!

Tapi bila YY diberitakan bahawa YY perlu review blog yang well known terus buat YY rasa seram sejuk. Layak ke tidak nak review blog popular ni?

Anyway based pada banner di bawah mesti dah boleh agak blog milik siapa yang perlu YY review sebagai hadiah kemenangan untuk giveaway anjuran Liza Licha

Yes! YY perlu review blog milik gadis cantik molek, Wan Syahirah binti Mior Lokman atau lebih dikenali dengan nama Syira Lokman.

Sila klik banner untuk ke blog Syira Lokman (^_^)

Menyentuh sikit personal profile Syira, dia berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan YY. Perangai pun mungkin seakan kot sebab banyak benda yang sama dengan Syira. Hehe!

Dia merupakan anak tunggal perempuan dari lima orang adik-beradik. Sekarang ni dia masih lagi menuntut di salah sebuah IPT tempatan.

YY sebenarnya dah biasa ke blog Syira cuma selama ni jadi silent reader aje. Tak pernah tergerak hati nak meninggalkan jejak. Buruk sungguh perangai! Hehe!

Anyway YY secara jujur suka blog Syira sebab blog dia bermotifkan bunga! YY ni memang boleh dikategorikan "hantu" dengan bunga walau hakikatnya tak pernah tanam bunga! Hehe!

Warna pink yang tidak terlalu bright digunakan sebagai latar melambang kelembutan jiwa empunya blog seperti juga YY yang juga menggunakan warna latar yang sama.

Cehwah! Sempat juga cerita pasal blog sendiri (^_^)

Susun atur widget kalau tanya YY yang buta bab benda gini memang nampak okay aje. Cuma satu aje nak complaint berdasarkan pandangan mata empat YY ni. Sorry ye Syira (^_^)

Bila Syira aktifkan right click disable secara tak langsung ianya agak troublesome sebab mostly readers suka open link in new tab. So bila ada menatang tu memang buat rasa annoying.

For more info, please click the image
Apart of that YY suka gaya penulisan Syira yang santai tapi pada masa yang sama berbekas di jiwa. YY suka apabila dia kata, "Syira berniaga tapi berniaga ilmu"

Memang buat mulut ni terus nak kata, "Wah! Hebat kau dik!"

Menyelami pula prestasi Syira dalam dunia blogging memang bukan tandingan YY sebab dia dah beberapa kali berada di dalam media cetak seperti Harian Metro dan Utusan.

Dia juga pernah berada di dalam majalah yang satu masa dahulu menjadi kegilaan YY di kala muda remaja iaitu Majalah Remaja. Sekarang pun YY muda remaja lagi, tak baca aje majalah tu. Hehe!

Nampak tak betapa jauh Syira melangkah dalam dunia blogging ni pada usia yang masih lagi muda. Kalau terus digilap bakat sedia ada, tak mustahil Syira boleh pergi lagi jauh.

YY rasa itu aje review yang mampu YY lakukan. First time buat review blog orang lain. Maaflah kalau ada kekurangan sebab semua yang tertulis hanya pandangan YY semata-mata.

Sebelum nak mengakhiri review ni, YY selitkan sikit madah pujangga titipan Syira. Yang mana nak faham, fahamlah. Yang mana tak faham, buatlah faham juga macam YY (^_^)

For more info, please click the image

Semoga kita berjumpa lagi di lain entry ye. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Masih lagi cuma membiasakan diri dengan kesibukan sebagai seorang Mama kepada anak yang belajar di Darjah Satu. Anak sorang pun dah pening. Apa dah (^_^)

42 comments:

  1. waaahh..macehhhh sis ^_^ hehehe..syira biasa2 je..
    btw, mmg ta boleh right klik but just klik je pa pe link yg ada, sbb automatik akan ke new tab tanpa right klik :D
    thanks review blog syira..semoga dimurahkan rezeki..ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan daku ini syira
      pada syira memanglah biasa aje
      pada akak kamu luar biasa! =)
      yeke, manalah nak tahu. buta IT dik wei =)

      Delete
  2. waa.. gud job YY..
    bkn kerja mudah nak review sesebuah blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's why lah lya
      terpaksa mengagahkan diri walau
      sebenarnya segan yang amat!

      Delete
  3. Dulu blogger amat takut kalau saya review blog mereka sebab komen saya menyentuh kekurangan blog secara telus dan direct tanpa belas kasihan...huhu. Maklumlah...saya suka komen utk kebaikan, tetapi biasalah...mana ada manusia suka kena kritik. Kini dah tak buat review lagi... Kalau review pun saya hanya akan tulis yg baik2 jer...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni yang buat saya pun takut dengar ni
      tapi saya setuju tu BM, lagi kita tegur
      lagi marah orang sebab sukar bagi mereka menerima fact tu =)

      Delete
  4. Nice blogger review kak YY! Teruskan menulis ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...malulah pula dikatakan begitu
      terima kasih pojie ye

      Delete
  5. review yang menarik..blogger femes ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketar lutut kak bila kena review blog dia =)

      Delete
  6. salams yani, kak mieja baru follow yani:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak mieja!
      saya pun dah follow blog akak =)

      Delete
  7. Wah.. nampak blogger yang bagus juga tu. Suka juga baca kata-kata dia yang YY selitkan tu. Memang kesan sungguhlah dekat hati. Semoga berjaya YY! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dibandingkan dengan saya
      memang terlalu bagus lah budak syira ni...hehe

      Delete
  8. Shira Lokman is beautiful blogger.

    akak baju menjejak.Selamat kerkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang cantik pun kan
      terima kasih kak...saya pun dah jejak akak balik =)

      Delete
  9. Tahniah syira... Jr ke blog syira skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang ke blog dia
      tapi memang rajin juga jengah =)

      Delete
  10. Org femes ni.
    Sy suka baca blog syira.
    Rasanya baru sekali 2 tinggal komen kat situ. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...memang famous amous kalau nak dibandingkan
      dengan kitalah kan
      akak lagi dahsyat...tak penah tinggal komen pun

      Delete
  11. Kalau saya memang terkujat kalau diminta review well-known @ famous bloggers ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, tapi nak buat lagu mana
      kena juga buat...hehe
      hadiah orang kan

      Delete
  12. Bukan senang nak review blog ni sebenarnya kan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah budak
      susah bangat! nak hadapinya dah =)

      Delete
  13. ada kalanya singgah juga kat blog syira ni ... utg mrk sbb blogger.com wujud masa mrk masih muda berbanding sis yg dah x remaja lagi nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya ni pun dikatakan untung pun idak juga vee
      tak berupdate pun blog buat seketika =)

      Delete
  14. suka juga ke sana sbb background blog syira cntik.penuh bunga bungaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...saya pun suka ke sana sebab background dia ler =)

      Delete
  15. Saya belum sampai lagi ke blog ni rasanya. Ada tak saya tinggalkan bom kat situ? Ahah, takdakan... maknanya memang Mak Jemah belum sampai lagi berceloteh kat situ. Wah, okeylah tu review seorang wartawan tabloid. Bilalah agaknya ada masa nak review blog makbudak ni pulak.. Eh eh, sempat lagi tu nak tumpang sekaki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah...tak perasan MD dah ke situ ke idak =)
      hehe...nak juga ke saya review
      ala...seganlah...hehe

      Delete
  16. Wah sure suka Syira Lokman baca entri awak ni YY...

    ReplyDelete
  17. bagus yana..dah boleh review blog..meh review blog akak yg tak seberapa tu pulak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..lagi sorang suruh saya review
      seganlah kak wei =)

      Delete
  18. singgah, jangan tak singgah =)

    ReplyDelete
  19. Salam. Review utk blog baru boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      alahai. saya bukan pandai sangat bab review
      ini pun saya lakukan sebab dia menang contest =)

      Delete
  20. dtg baca lagi..hehehe..tq semua

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...