Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit | YY dengan jayanya dah menghidap tiroid selama dua dekad. Bermula dengan hipertiroid ketika berusia 13 tahun disusuli dengan hipotiroid setelah menjalani rawatan radioaktif iodin ketika usia menjangkau awal 30 tahun. Sepanjang tempoh dua dekad tu, bermacam kata-kata yang mostly negatif, terpaksa YY hadap tak kira dari keluarga mahupun rakan-rakan. Acap kali perkataan, "KAU TAK NAMPAK SAKIT PUN" kedengaran. Perkataan itu bukanlah satu compliment kepada mana-mana pesakit yang menghidap invisible illness seperti pesakit tiroid.Dengar aje perkataan tu, automatik ia membunuh semangat kami si penghidap invisible illness ni. Sebenarnya dengan kelihatan sihat secara fizikal, tidak bermakna kami sihat. YY secara peribadi tak marah orang cakap macam tu. Cumanya ia buat YY terasa yang orang memandang rendah sakit yang YY sedang hidapi. Perkataan "KAU TAK NAMPAK SAKIT" seolah menggambarkan yang YY langsung tak sakit sedangkan YY sedang bertarung dengan sistem hormon yang tak betul. To make it even worse, YY kena makan ubat seumur hidup YY! Still kata YY tak sakit? Seriously?
Nampak sihat, tak bermakna kami sihat |
Dulu YY mudah bercerita hal penyakit YY. Lepas tu, sikit demi sikit YY mengunci mulut. Tak larat nak hadap kata-kata orang. Terasa susah nak bagi orang faham mengenai invisible illness yang YY hidapi. Kalau ada yang tahu pasal penyakit ni pun hanya akan kata, "PENYAKIT TIROID NI TAK BOLEH ADA ANAK KAN". Bila ada orang kata camtu, raut wajah YY senyum, dalam minda pula tengah dok bayang cepuk kepala dia berkali-kali. Geram tau! Tak boleh ke agaknya dok hulur kata-kata positif. Sikit pun jadilah bukan luak pun. Ini kata-kata tak elok juga nak keluar. Kang ku cepuk, baru tau!
Ada juga yang kata, "EH BOLEH PULA SAKIT TIROID ADA ANAK YE". Ni lagi satu jenis soalan yang buat YY terasa nak ulang dialog Kassim Selamat dalam filem Ibu Mentua-ku, "Mengapakah kau diciptakan Tuhan menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" Lepas tu cepuk kepala dia bertubi-tubi. Cerita pun tamat! Haha!
Realiti kehidupan pesakit tiroid |
Betul dengan pemakanan ubat yang teratur, pesakit tiroid boleh jalani hidup yang normal. Tapi sebenarnya, takdenya normal mana. Simptom tiroid tetap ada here and there. Contohnya dulu korang suka lari atau buat aktiviti lasak sebelum kena tiroid, try buat lagi aktivit yang korang suka tu masa hormon dah stabil. YY berani confirm yang korang akan pancit! Bukan nak mematahkan semangat, tapi ini hakikat yang terpaksa dihadapi oleh hampir semua pesakit tiroid. So janganlah ditambah bara.
Macam YY, walau hormon dah dikategorikan stabil, YY masih alami kesukaran untuk tidur, rambut pula gugur teruk, kulit kering, badan tak usah cakap, makin naik walau nafsu makan takde, lepas tu kaki mudah kena cramps, buat kerja sikit dah terasa penat dan rasa letih sangat. Anyway apa yang YY luahkan ni tak mencerminkan apa yang kesemua pesakit tiroid rasa. Lagipun setiap orang mempunya level motivation yang berbeza. Tapi rata-rata yang YY pernah kenali meluahkan perasaan yang sama. Rasa annoying giler bila ada orang kata "KAU TAK NAMPAK SAKIT".
Jangan cakap camni kepada pesakit invisible illness |
Cakap camni pada pesakit invisible illness |
YY percaya bila korang kata "KAU TAK NAMPAK SAKIT", mungkin ia melambang sebagai tanda sokongan. Mungkin juga korang tak tahu apa yang harus diperkatakan tapi ingin menzahirkan kata-kata semangat. Atau mungkin juga korang nampak yang kitorang memang tak sakit dan korang mahu kitorang feel good about ourselves. Terima kasih kerana trying to be supportive. Tapi jangan hanya bergantung kepada keadaan fizikal kami, selami juga apa kami rasa. Cuba banyakkan mendengar dan fahami kepada perkara yang korang tak nampak. Itu sahaja yang kami harapkan.
Sokong dan bantulah kami sama ada dari sisi luaran mahupun sisi dalaman. Lagipun apa yang kami rasa di sisi dalaman itulah yang membantu kami untuk keeps going.
Sumber: http://bit.ly/2pPH34W
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Akak pun macam YY, tak share sangat kat orang pasal tiroid ni. Tapi kes akak, orang asyik cakap, tak reti nak tido ke? Heheheh tak tahu betapa penatnya sleepless nights yang dilalui + all the sakit sengal sendi
ReplyDeleteSama lah selalu dulu macam tu skrng alhamdulillah bila tak makan ubat je badan jadi macam tu .
DeleteMalas nak layan org mcm ni. Esok2, mana tau Allah bg dia rasa pulak. Huhu
ReplyDeletesimptom selalu ulang alik buang air kecik n besar tak dapat nak tahan²..ada tak yang kena simptom neh?
ReplyDeletekerap buang air besar tu antara simptom hipertiroid. untuk lebih kepastian, rujuk doktor ye
Deleteslalu ulang alik bilik air buang air besar n kecik..ada tak yang kena simptom neh?
ReplyDelete