Afif Di Hari Suai Kenal S.R.A (^_^)
Hari Suai Kenal di Sekolah Rendah Agama Batu 4 Klang telah dilalui Afif pada 1 Januari 2015 yang lalu. Of course YY, MyChintaHati dan Aisyah tak ketinggalan menyaksikan moment tu.YY sebenarnya baru mengetahui bahawa Sekolah Rendah Agama (SRA) bukan di bawah Kementerian Pelajaran tapi di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
YY hanya ketahui semua ni apabila kedengaran desas desus mengatakan bahawa SRA tetap sekolah seperti biasa seperti yang dijadualkan iaitu pada 5 Januari 2015.
Masa dapat tahu memang bikin senak otak sebab membayangkan macamana nak arrange cuti apabila ada perbezaan sesi macam ni. Rasa macam tak patut arrangement tu.
MyChintaHati kata, "Kita confirmkan masa Hari Suai Kenal nanti"
Anyway Afif bangun pagi hari tu macam biasa.
Hari-hari sebelum tu dia beria dok tanya bila nak sekolah. Excited gamaknya. Kami suami isteri yang sampai naik penat nak explained dekat dia.
Tapi yang terlebih excited adalah adik dia, Aisyah.
Kami sampai aje di pintu depan sekolah, YY terus suruh Afif posing. Afif pun setakat ni memang rela aje melayan Mama dia. Emm, handsome pula anak bujang YY ni pakai sampin gitu.
Eh, puji anak sendiri pula. Tapi memang handsome kan...kan...kan? Hehe!
Lepas tu kami terus ke kaunter pendaftaran check di kelas mana Afif ditempatkan.
Tak ramai pelajar di sekolah agama ni, hanya ada tiga kelas yang setiap kelas hanya ada antara 40 hingga 42 pelajar sahaja. Tapi Guru Besar maklumkan itu pun dah di kira ramai.
Kami kemudian diminta memasuki dewan untuk sesi taklimat. Tapi tak ada tempat duduk sebab orang terlalu ramai dari apa yang dijangka oleh pihak sekolah agaknya.
Kami berdirilah seketika sebelum menunggu pihak sekolah menyediakan kerusi tambahan.
Sebelum memulakan majlis, ada bacaan doa. Tersentuh rasa hati dengan doa yang dibacakan apabila menyebut ketakutan dan kemaafaan untuk segala bentuk ujian yang dilalui oleh negara.
Selepas itu semua murid diminta untuk berbaris mengikut kelas. Masa menemankan Afif di barisan, YY perasan budak yang berada di depan Afif tu adalah rakan di PASTI Al-Hikmah dulu.
Ada kawanlah Afif (^_^)
Selepas tu parents semua dikehendaki masuk semula ke dewan untuk sesi taklimat. Benda yang mula-mula sekali disentuh adalah tentang permulaan sesi persekolahan.
Alhamdulillah pihak sekolah mengesahkan bahawa JAIS meluluskan sesi persekolahan bermula serentak dengan sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tidaklah kelam kabut kami ni nak menguruskan. Kalau anak tu dah besar tak apa, ni baru nak kenal alam persekolahan. Dibuatnya budak tu jenis buat perangai, tak ke naya?
Banyak perkara yang disentuh antaranya masa persekolahan, pakaian, pelajaran dan komitmen parents terhadap prestasi pelajaran anak masing-masing.
YY sebenarnya tak boleh nak fokus sebab melayan kelincahan anak dara. Lagipun dia hilang Abang dia. Asyik dok tanya mana Abang dia pergi.
Selepas sesi taklimat, parents dibenarkan mengambil anak masing-masing. Masa ni lah kami berpeluang melihat Afif di dalam kelas.
Nampak tak Afif di mana based pada gambar di atas?
Tak nampak? Sat YY bagi zoom lagi.
Dia tengah berborak dengan kawan baru dia. Macam dah lama kenal aje. MyChintaHati sikit punya bangga dok tengok anak bujang boleh dengan mudah suaikan diri.
Seperti yang YY jangka juga dia duduk bersebelahan dengan Muhammad, kawan sekelas dia ketika belajar di PASTI Al-Hikmah dahulu.
Selepas selesai sesi penyerahan buku teks oleh guru kelas Afif, kami beransur pulang. Sepanjang perjalanan Afif bercerita keseronokkan dia pada hari tu.
Kami suami isteri hanya tersenyum melayan celoteh Afif. Sebagai parent, tiada lain yang kami harapkan selain keseronokkan tu akan berkekalan sehingga berakhir sesi persekolahan 2015 (^_^)
Petang tu YY semak sekejab buku yang Afif terima. Masa sesi taklimat kami dah dimaklumlan tentang condition buku tersebut. Siap diberi reminder supaya jangan terkejut.
Masa tengok, bukan takat terkejut, nak sakit jantung pun ada!
Tengok pada senarai peminjam, baru empat tangan yang guna dan lima termasuk Afif. Macam mana boleh hancur macam tu?
Nak balut mungkin tak jadi masalah walau sudah pastinya akan mengambil masa yang panjang untuk membaikpulih kesemua buku tersebut.
Cuma persoalannya, mampu tak ianya bertahan sampai berakhirnya sesi persekolahan 2015? Rasa macam nak belikan yang baru aje untuk Afif.
Tapi MyChintaHati kata kalau camtu kami tak akan dapat mengajar Afif erti bertanggungjawab especially dalam menjaga barang yang diamanahkan. Betul jugalah kan.
Cuma seriau tu tetap ada sebab peluang untuk buku tu bertambah hancur, tetap ada! Minta-mintalah ianya hanya perasan melampau YY aje.
Okaylah korang, setakat ni aje bebelan YY untuk Hari Suai Kenal di SRA. Insya ALLAH besok YY ceritakan pula Hari Suai Kenal di Sekolah Kebangsaan.
Assalamualaikum (^_^)
Alhamdulillah.. dah pernah masuk sekolah sblum ni.. kira takde mslh sgt kan. bebudak skrg mmg cpat sesuaikan diri... bab buku tu..tak heran sangt.. buku sekolah menengah lagi teruk kot... hehe...
ReplyDeletealhamdulillah, syukur
Deletebukan apa, takut ajelah kan dia buat perangai walau tahu sejak dari
tadika dia okay cuma dia ada masa dia malas ke sekolah tu aje =)
yeke cikgu maria? saya ingat saya sekolah dulu, buku saya dapat cantik-cantik belaka
kalau sape pulangkan buruk, dia kena gantikan dengan yang baru
sekolah tepi jalan..
ReplyDeletetime nak ambil hantar budak2 ni la leceh mesti sesak punya..
budak2 biasalah kak..,teruja nak cari kwan baru & belajar benda baru.. hehehe..
betul juga,time inilah untuk ajar erti tanggungjawab.
orang klang mesti tahu lah kan...hehe
Deleteakak tak tahulah leceh ke idak, belum ada pengalaman lagi
afif memang sejak tadika tak ada masalah bab menyesuaikan diri, dia okay je
tulah kan, hopefully semuanya okay
selamat bersekolah ye abang afif
ReplyDeletedia suka aje mar =)
Deletetu laa yana..kelam kabut jugak kalo tak seragam dgn sekolah keb...mujur diseragamkan semula....kalo tak mmg kelam kabut dibuatnye ..ye la mule2 ni mmg kene korban cuti tgk anak camne ...boleh ke tak dieorg kat sekolah.... so mgu depan leh la cuti kan.....
ReplyDeletebagus afif...cepat dpt kawan baru...kirenye die pandai la sesuaikan diri ...lega mcm tu.....yana pesan ngan afif jgn main lasak2...selalu nye boy ni tang baju sekolah mmg mcm belacan laa sebab dok main lasak heheeheh jenuh nak menyentallnyer.....
hepi new year & salam maulidur rasul yana n family....
kan lieya. cam saya ni anak masuk darjah satu
Deletecamne nak mengatur masa. kalau dah besar sikit, tak mengapa
alhamdulillah dia dah seragamkan, senang sikit =)
lieya tahu dak, masa hari suai kenal ni pun
baju dia dah tak berupa orang, memang jenuh menyental! sabar ajelah
bila ditanya dia boleh bagi macam-macam alasan
happy new year lieya and family! =)
boleh juga belikan yg baru sebagai sedekah kpd sekolah ... saham akhirat .
ReplyDeletenice suggestion! =)
DeleteAlhamdulillah,afif berjaya juga mengharungi hari pertama nya di SRA. syabas Afif.
ReplyDeleteP/s: ada tak barang kiriman kathy sampai?
alhamdulillah, tu yang papa dia bangga sangat =)
Deletep/s-dapat dah! terima kasih! tak ada kredit nak reply =)
hensemlaaa afif dgn seragam sekolah agama tuu....
ReplyDeletesemoga dpt belajar bersungguh-sungguh ye....
main pun bersungguh-sungguh....sebab skolah agama je tmpt yg sesuai dan ustaz2 tak kisah kalau bermain2 time rehat...hehehe
hehe...mama dia pula yang lebih senyum cikgu =)
Deleteyup, kami suami isteri juga mengharapakan begitu
hehe...nanti saya sampaikan pada afif
tapi dengar cite tenaga pengajar di sini agak garang...dengar cite ajelah
hensemlah afif...hai kalau kita tak puji anak sendiri siapa lagi kan, hehehe tp betul pun hensem,mesti tersentuh hati mama tengok kan,kalau akak tu mau dah bergenang airmata,pada hal anak masuk sekolah je pun..hehehe
ReplyDeleteteruk jugak buku tu..takpe cubalah baikpulih apa yg boleh asalkan masih boleh dibaca
hehe...betul, betul!
Deletesangat tersentuh kak! tak sangka sekejab aje dah merasa pengalaman ni
masuk sekolah aje pun, benda baru dalam kehidupan kak
fasa yang memang tak boleh lupa...hehe
saya cuba dah baikpulih, okaylah sikit
kalau hujung tahun nanti bertambah buruk, saya belikan aje yang baru
Bila ada rakan yg dikenali, memang cepatlah dia menyesuaikan diri.
ReplyDeleteSemoga Afif dapat memulakan sesi persekolahan dgn baik dan sempurna ya.
ye betul tu, saya perasan begitulah afif
Deletetime dekat sekolah kebangsaan dia tak kenal sesapa
apapun terima kasih BM
alhamdulillah, mungkin sebab dia dah kenal kawan dia
ReplyDeleteyeke diana? saya terkejut sebab saya sendiri masa sekolah dulu
tak penah alaminya
tapi saya dah cuba betulkan yang mana patut, insya ALLAH okaylah tu
Selamat bersekolah buat Afif.. 2015 ni sibuklah sekolah pagi dan petang kan.. :)
ReplyDeletetulah, malam pula kelas mengaji
Deletetak mengapa, lelama biasalah
afif nampak sgt ceria..
ReplyDeleteye la.. mudahan bertahan la buku tu.. atau kalo terlalu teruk blh je tukar kan?
tulah, dia seronok aje dapat bersekolah
Deletelagilah jumpa kawan dia masa di tadika
bertambahlah seronok dia
Selamat belajar Afif. Mesti adiknya pun tak sabar nak pergi sekolah. Lepas ni banyaklah kerja sekolah Afif. Emak Afif kenalah tolong pantau selalu. =)
ReplyDeleteadiknya tu tumpang teruja
Deleteinsya ALLAH akan cuba pantau seboleh mungkin
sape tak nak anak berjaya kan
Afif gembira, tu yg penting kan kak. Nanti anak saya pun nk masukkan kt sekolah agama. Hihi
ReplyDeleteyup betul!
Deletekewajipan kita sebagai parent menghantar anak belajar
ilmu agama ni scha
anyway, bagus cita-cita tu =)
handsome la afif! adoiiii baru 4 tgn dah hancur mcm tue..Ermmm budak2 sama kot yana.. hehehe..=D
ReplyDeletehehe...handsome kan =)
Deletetulah farah, mungkin juga sebab budak
atau buku tu sendiri bukan dihasil dengan kualiti yang bagus
Afif ni slim , pakai apa pun kemas, nampaklah hensemnya.... Afif dah boleh mintak girlpren ngan mamalah Fif haha....
ReplyDeleteMesti excited Afif tu .......sure tak sabar nak naik sekolah betul
hehe...selalu orang kata dia keding
Deletemakan kurang sikit berbanding adik dia
suka makan biskut aje tu, mana tak keding =)
amboi, minta girlfriend! ada yang kena smack down kang...hehe
dia memang excited Okje
asyik dok tanya aje tu
Alhamdulillah.... Ada juga kawan yg dia kenal kat skolah Agama ni. Lgpun tak ramai sgt pelajarnya mcm kat skolah kebangsaan kan?
ReplyDelete*ye..ye.. afif hensem.
tulah, syukur juga
Deletekalau tak dia memang diam aje tak macam masa sekolah kebangsaan
hehe...suka statement handsome tu =)
Nampak okey je Afif pergi sekolah. Senanglah kalau begini, takdalah Mamanya kena bertapa kat depan gate sekolah. Masa Si Bubbly Abang masuk Tahun 1, dek kerana satu budak menangis, yang duduk beratur satu baris dalam dewan pun tetiba jadi sedih. Akhirnya ramai juga yang mengalir air mata dalam diam termasuklah Bubbly Abang sekali! Katanya tak boleh tahan rindu bila tengok Mommy pergi dari perkarangan sekolah!
ReplyDeleteEh, YY berapa hari cuti minggu depan? Saya ambil dua hari. Maklumlah Mommy yang ini yang teruja nak naik sekolah!
alhmdulillah, saya pun syukur juga dia tak buat perangai
Deletetapi kita tengok minggu depanlah camne
masa tu baru nampak true colour dia
tapi based pada experience sebelum ni, dia memang kebiasaannya okay
cuma ada masa dia malas ke sekolah, tu aje =)
saya cuti panjang! jumaat baru masuk keja, jangan jealous tau
mychintahati confuse, dia kata sape yang kena sekolah ni sebenarnya...hehe
Ala.
ReplyDeletemacam down sikit bila tengok part buku tu.
hurmm. Takleh tukar ke kak?
tulah kan...semua sama farhana
Deletekami cadang nak beli baru aje nanti
tengoklah camne