Afif Di Hari Pertama Sekolah Rendah Agama (^_^)
Semalam adalah hari yang memenatkan bagi YY dan MyChintaHati. Tak sangka dengan hanya menguruskan hari pertama persekolahan Afif merupakan hari yang begitu memenatkan.Tapi ianya tetap moment yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat. Banyak benda yang berlaku hanya dalam tempoh beberapa jam persekolahan Afif semalam.
YY terpaksa ceritakan secara berperingkat. Terasa macam banyak benda nak cerita. Untuk hari ni YY cerita hari pertama Afif di Sekolah Rendah Agama aje. Tak boleh kasi habis satu hari.
Kalau ceritakan sekali dengan Sekolah Kebangsaan, takut korang yang membaca pengsan . Hehe!
Di pagi hari pertama sesi persekolahan 2015, Afif bangun dengan rengekan. Dah lama dia tak buat perangai macam tu sedangkan sebelum ni dia begitu excited untuk ke sekolah.
Rupanya dia DEMAM!
Susahnya hati bila tengok keadaan dia macam tu. YY teringat dia pernah mengalami masalah serupa ketika buat pertama kalinya melangkah ke tadika pada usia lima tahun.
Tapi time tu, dia siap kena warded sebab disahkan menghidapi Scarlet Fever. Bukan Scarlet Johnson okay! Scarlet Fever! Kalau terasa rajin nak membaca, silalah klik following links ye (^_^)
Tak Boleh Tahan: Part I
Tak Boleh Tahan: Part II
Tak Boleh Tahan: Part III
Tak Boleh Tahan: Part IV
Berbalik kepada cerita Afif tadi, YY suruh dia mandi dahulu dan kemudiannya barulah YY bagi dia ubat demam yang memang dah sedia ada di rumah.
Pagi tu selepas makan ubat, dia kelihatan berselera makan bihun goreng kicap kegemaran dia. Lagipun dia memang dah pesan suruh YY buatkan sejak dari malamnya.
Selesai bersarapan, dia kelihatan okay walau sebelum tu suhu badan agak tinggi. Of course Mama yang sorang ni rasa tak tenteram bila anak sakit terutama pada hari pertama persekolahan.
Lagipun Mak manalah dalam dunia ni yang tak risau bila anak sakit dak?
Selain daripada YY dan MyChintaHati yang excited pada hari pertama persekolahan Afif, Aisyah juga tak ketinggalan merasai perasaan excited tu. Macam dia aje yang nak bersekolah (^_^)
Mulut dia begitu riuh bercerita, sedangkan Afif hanya diam seribu bahasa. Mungkin kerana demam buat dia tak begitu berminat untuk bersuara.
Masuk ke kawasan sekolah, Aisyah memimpin tangan Abang dia sambil berkata, "Abang yemam ye? Cian Abang! - Abang demam ye? Kesian Abang!"
Afif terus YY letakkan dalam barisan kelas dia.
Walau kelihatan seakan lemah, senyuman tetap mampu dikuntumkan terutama bila YY sebutkan yang YY akan masukkan cerita ni dalam blog (^_^)
Perbarisan pada bagi tu berjalan dengan sangat lancar. Mungkin jumlah murid yang tidak terlalu ramai menyebabkan semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.
Pagi tu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor disusuli dengan lagu sekolah. Oh ya, peringatan kepada parents, SILA HORMATI LAGU KEBANGSAAN!
Budak kecil senang nak diajar, kalau dah tua PAYAH!
Setengah jam selepas sesi perbarisan, disusuli dengan sedikit taklimat ringkas mengenai pembayaran yuran, murid-murid dibenarkan masuk.
Masa perbarisan masuk ni, YY baru perasan kawan baik Afif, Haziq Haikal rupanya juga berada di dalam satu kelas yang sama selain Muhammad. Mereka ni dulu bersekolah di tadika yang sama.
Haziq Haikal tak kelihatan jelas dalam gambar di bawah ni. Muhammad pula berada di depan Afif.
Makanan di kantin sekolah berdasarkan pemerhatian YY adalah sangat MAHAL! Kuih paling murah dijual pada harga RM0.40. Itu pun kecil sangat! Nak buat taik gigi pun tak lepas!
Donat coklat yang Aisyah makan tu di jual pada harga RM0.50 seketul. YY biasa buat donat untuk anak-anak, YY tak faham macamana mereka boleh letak harga yang mahal untuk seketul kecil tu.
Agak-agaklah kalau nak untung pun.
Sesi rehat sekolah pagi ni agak awal. Kalau Afif dah bersarapan di rumah, dia mungkin tak akan makan lagi pada waktu tu. Tapi tak tahulah kan.
MyChintaHati ada bekalkan duit belanja untuk dia. Tapi setakat semalam, dia masih belum pandai menggunakan duit belanja pemberian Papa dia (^_^)
Afif ketika di dalam kelas nampak selesa disamping kawan-kawan yang sememangnya sudah dikenali sejak dari zaman tadika. Mereka duduk bersebelahan.
Afif juga kelihatan sihat berbanding beberapa jam sebelumnya. Tu yang buat YY boleh tarik nafas lega. Syukur Alhamdulillah (^_^)
Melihat Afif yang kelihatan okay tu, kami tinggalkan dia untuk selesaikan urusan lain. Dia juga hanya menganguk tanda okay apabila diberitahu bahawa kami akan meninggalkan dia.
Good boy! (^_^)
Pukul 11:00 pagi kami datang lagi ke sekolah untuk fetched Afif dan membuat pembayaran yuran sekolah. Time ni terkejut dengan rupa Afif.
Pakaian dia dari baju sampai ke kasut habis kotor sedangkan dia hanya berada di sekolah selama beberapa jam. Pening dok tengok semua kesan kotoran tu.
Time ni juga suhu badan dah kembali naik. Dia DEMAM lagi!
Masuk dalam kereta, dia terus tidur. Kesian pula tengok keadaan dia tu. Dia mungkin sedang cuba mengatur sistem badan dia dengan jadual baru yang agak padat.
Hopefully lepas ni dia akan baik-baik sahaja (^_^)
Sesi persekolahan Afif untuk kali ni bermula seawal 7:50 pagi sehingga 11:05 pagi bagi Sekolah Rendah Agama. Sekolah Kebangsaan bermula 1:10 petang sehingga 6:30 petang.
Pukul 9 malam sehingga 10 malam, dia ada kelas Al-Quran.
Memang akan ambil masa untuk dia sesuaikan dengan semua jadual baru ni. Sebelum ni dia hanya berada di tadika dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2:30 petang.
Selebihnya dia hanya banyak bermain di rumah Wan dan Aki. Dengan perubahan jadual yang drastic ni mungkin buat badan dia terkejut, sampai demam (^_^)
Besok insya ALLAH kalau sempat YY sambung pula cerita Afif di hari pertama di Sekolah Kebangsaan pula. Assalamualaikum (^_^)
sekarang cuaca tak menentu..kejap hujan mendung,esokpanas terik.. cuaca panas sangat buatkan badan rasa tak sedap juga..
ReplyDeleteharap afif cepat sembuh! insyaaAllah..tak sedap nak belajar bila sakit deman..dengan kepala pusing2 pening..
alhamdulillah dia sekarang dah kembali aktif
Deleteseronok aje nampak bersekolah
hopefully berterusan sampai hujung tahun
Alahai..dah segak2 tu demam pulak ya Afif.. syokla mama dan papa boleh cuti sama2 temankan Afif pada hari pertama sekolah.. Naim Nazif macam manala nanti. Jarang cikgu yg cuti sb nak kena uruskan anak murid juga.. suamila yg kena bekorban..
ReplyDeleteDemam lagi tak hari ni? Moga Afif cepat sembuh ya.. semangat sekolah baharu dan jumpa kawan2..
tulah, tak sangka plak dia nak demam ari pertama sekolah
Deletetapi alhamdulillah second day dah okay
hehe...tu lah tanggungjawab pendidik dia. anak sendiri pun tak dapat tengok
kena tengok anak orang lain plak =)
ciannya....
ReplyDeletetulah, musim pun satu hal
Deletesemoga cepat sembuh....
ReplyDeletennt buat bekal ka kt dia.. mahal la mkanan
alhamdulillah dia dah sihat sekarang ni
Deletememang akak selalu buat bekal sejak dari tadika
Siannya afif...susah hati bila anak sakit kan sis?
ReplyDeletedemam terkejut agaknya kak
Deletesecond dia dah tak demam, siap excited nak ke sekolah =)
tapi betullah, jadi mak ni memang semua benda dok risau kan
Salam YY *_*
ReplyDeleteKali ni datang ikut pintu depan dah pintu dapur berkunci nampaknya :)
Kesian Afif. Semoga demamnya tu kebah. Mungkinlah kot nak mengadjust time tu dengan jadual yang padat. Kiranya lepas pukul 10 baru rehat tapi dah patut masuk tidurkan. Bila pulak nak buat kerja rumah bagai... Aduhai, kesian budak-budak sekarang ni.
Walaupun penat semalam, tentu perasaan teruja tu tersangat tinggilah dalam hati, ya tak? Momen macam ni mana akan berulang dengan anak yang sama. Ni ajelah sekali masuk Tahun 1 kan....
salam MD =)
Deletedia ari pertama tu aje yang demam, second day dah okay
demam terkejut agaknya
nak buat camne MD, kita sebagai parent yang kena atur jadual mereka bagi tak stress =)
memang sangat-sangat teruja
mengalahkan anaknya! hehe
lagilah ini pengalaman pertama, memang excited!
Kdg2 anak2 ni dalam keseronokan dan keterujaan nak masuk sekolah, dia tak perasan kepenatan yg melanda. Ada juga ibu bapa yg saya kenal tak dpt hantar anak ke sekolah sebab demam teruk juga. Hari ni pulak anak bongsu saya dah ponteng sbb demam juga... semalam sekolah pagi dan petang, balik hujan pulak tu... keluar pagi pukul 7 sampai rumah pukul 7:30 mlm.. jalan jem giler... abisnya, hari ni dia jem huhu... Hari pertama tiba2 sibuk jadual padat... kesian pulak nengok.. :D
ReplyDeletemungkin jugalah KK
Deletearitu ari pertama sekolah, terpaksa juga bagi dia pergi
idak nanti tak tahu mana kelas atau apa-apa maklumat yang cikgu nak bagi
tapi alhamdulillah second day dia sihat
setakat arini, rekod kedatangan afif penuh! =)
Bukan kita aje sibuk bila hari sekolah tapi anak-anak juga rutin jadi sibuk dan macam tak cukup masa kan YY. Kesian tengok Afif yg demam tapi dia cekal tu YY..
ReplyDeletetulah kak, kesibukan budak sekarang ni
Deletedah macam zaman saya belajar dekat universiti dulu
hopefully afif boleh cope
dia dah okay hari kedua, bersemangat dia nak sekolah =)
kesian afif demam..moga demamnya sekejap saja..
ReplyDeleteAisyah tak nangis ke nak ikut abangnya ke sekolah?
alhamdulillah mar, emmang kejab aje dia demam
Deletesecond day dia dah sihat walafiat
excited tu nak ke sekolah =)
aisyah okay aje, tapi dia asyik kata dia tinggal sorang =)
Alahai siannya dia demam...hari pertama persekolahan memanglah penatnya...anak penat , kita ibubapa pun penat jugak... :) Alya pun balik sekolah agama je terus terlelap..belum dapat sesuaikan diri lagi..:)
ReplyDeletetulah cikgu, nak buat camne
Deleteboleh plak ari pertama demam, tapi alhamdulillah second day dah okay
setakat hari ni dia dah boleh menyesuaikan diri
Sian Afif demam first day sekolah.....nape tak dicutikan jer YY....Tapi yelah first day....sure Afif pun teruja nak pergi. Si TLBD pernah demam gini hampir 2 minggu MC....warded lagi...mmg seriau sungguh masa tu.
ReplyDeletefirst day okje, tu yang sekolah juga
Deletelagipun dia tak kata dia tak nak pergi
alhamdulillah second day tu dia dah sihat walafiat
bersemangat aje nak sekolah
Yup, saya & wife pun penattttt menguruskan hari pertama anak kami di sekolah...hihihih
ReplyDeleteDemam dah ya...takpa.,..saya doakan moga immune system Afif makin kuat lepas ni :)
Penuh padat kelas2 Afif dari pagi santak ke malam :)
tulah kan doktor...menguruskan anak sekolah rupanya sesuatu
Deleteyang amat memenatkan sebab kita dok terkejar sana sini kan
alhamdulillah dia dah sihat sekarang
Syafakallah.
ReplyDeleteGet well soon afif. :(
terima kasih farhana, alhamdulillah
Deletedia dah sihat sekarang
Sy msa sekolah rendah mmg sllu iserang dmm gak... Kehadiran mmg corot lah...
ReplyDeleteMahal betul hrga jualan kat kantin tu... Boleh usulkan msa meeting PIBG nnt..
samalah saya pun zaman sekolah dulu cikgu
Deletememang kedatangan tak penuh
tulah, nanti nak cuba usulkan kalau ada perjumpaan nanti
Kesian Afif...semoga semuanya baik2 je :)
ReplyDeletealhamdulillah dia dah sihat dah sekarang
Delete=) salam perkenalan... semoga afif dah sembuh mase ni..
ReplyDeletesalam perkenalan =)
Deletealhamdulillah dia dah sihat sekarang
Die x nak skolh lgi tu kot.. Hehehe
ReplyDeletepepandai aje papaglamz ni tau =)
Deletetak sihat pun dia tetap gagahkan diri ke sekolah tau =)
walaupon x sihat..
ReplyDeletetp afif ttp nmpak bsemangat ke sekolah
tu yang saya sendiri kagum dengan dia
Deletewalau tak sihat, dia tetap gagahkan diri ke sekolah
tgk jadual dia , mmg padat dari pagi sampai mlm . x sampai hati lak tgk budak sekecil afif melaluinya . org dewasa yg kerja satu hari pun dah terasa penatnya ...
ReplyDeletetulah vee, dah tu nak buat camne
Deleteini flow kehidupan yang dia terpaksa tempuh
insya ALLAH bila dah menjadi kebiasaan, dia akan okay
harapnyalah =)
eloklah kita mrajinkan diri buat bekalan untuk anak2 ke sekolah..lebih berbaloi macam tu rasanya
ReplyDeletejujurnya saya memang rajin masak tuk family ni
Deletecuma tengahari tu saya tak tahu camne nak mengaturkan =)
tulah diana, saya pun tak sampai hati tengok dia
ReplyDeletetapi alhamdulillah dia sihat second day tu
setakat ni rekod kedatangan dia cemerlang
hopefully begitulah sehingga hujung tahun,
jangan jadi cam mama dia...hehe
=)
ReplyDelete