Si Putih Cedera! (^_^)

7:18:00 am Yana Yani 44 Comments

Hari Jumaat baru ni YY bercuti semata-mata kerana kerana nak celebrate birthday Afif di sekolah dia. Pagi tu YY hantar dia ke sekolah seperti biasa sebab majlis tu dijadualkan pada pukul 10 pagi.

Sempat juga singgah rumah Mak sebab nak wish happy birthday dekat Abah, tapi Abah tak ada sebab menghantar adik YY, Annur yang sedang mengikuti program internship.

So YY balik sebab nak ambil Encik suami pula. Kebiasaannya YY melalui jalan lain, tapi disebabkan hari tu YY bercuti, kononnya nak bawalah Aisyah pusing-pusing di kawasan sekitar.

Disebabkan hari bekerja, so kereta agak banyak dengan orang yang masing-masing sedang berlumba ke tempat kerja. Terasa menyesal pun ye juga sebab lalu jalan tu pada waktu puncak.

YY berhenti di persimpangan untuk melintas jalan sambil dok melayan JOHARA punya celoteh. Kalau pandang ilustrasi di sebelah ni mungkin korang akan lebih faham kedudukan YY ketika tu.

Masa tu YY dah nampak ada sebuah jeep dari arah kiri yang cuba masuk ke arah lorong kanan di sebelah YY. Dalam hati dah boleh agak yang jeep tu tak akan lepas disebabkan lorong yang kecil kecuali kalau dia benarkan YY melintas dahulu.

Tapi dia nak juga masuk walau YY pasti dia juga menyedari tak akan lepas. Bila dia masuk aje, bahagian belakang jeep dia bergesel dengan bahagian hadapan kereta Encik suami.

Punyalah YY terkejut sebab first time sejak dapat P mengalami peristiwa tu. YY toleh ke arah jeep tu kot lah jeep tu berhenti. Tapi dia boleh selamba aje meneruskan perjalanan.

Dalam hati dah menyumpah seranah orang yang melanggar. Bunyi geselan tu YY agak si Putih cedera agak teruk juga. Tapi YY tak berani nak berhenti atau menjerit macam orang gila.

Pendekatan yang YY buat adalah, walk away!

Lagipun YY teringat cerita samseng jalanan yang YY baca beberapa hari sebelum tuDahlah muka orang yang melanggar tu nak seakan dengan road bully tu. Takut beb!

Lagilah awak ni perempuan, bawa anak pula tu!


Tapi sebenarnya YY lebih takut nak beritakan hal tu pada Encik suami. Maklumlah, sayangnya orang lelaki dan dengan kereta diorang ni mengalahkan sayang isteri sendiri.

So nak ceritakan kecedaraan yang dialami oleh "bini dia" a.k.a si Putih ketika dalam penjagaan YY memang buat YY seriau jugalah. Hehe!

Sepanjang perjalanan nak balik tu dok ligat memikirkan bagaimana ayat yang harus digunakan untuk beritahu kejadian yang berlaku pada "bini dia" tu.

Silap waktu dan ayat digunakan, mau masak!


Sampai rumah barulah YY beranikan diri untuk lihat kecederaan yang berlaku pada si Putih ni. Tak teruk sangatlah pada pandangan mata YY. Tapi takut still ada!

So sebelum kitorang bertolak ke sekolah Afif untuk sambutan birthday Afif, YY pun ceritakan dari A sampai Z apa yang berlaku pada "bini dia". Segala jampi serapah dok baca ni tau!

"Kemek ke?" tanya Encik suami lepas YY ceritakan apa yang berlaku.

"Tak tahulah nak kata macamana. Sayang tengoklah sendiri" jawab YY.

Lepas tu YY nampak dia belek "bini dia" tu. Langsung tak keluarkan sebarang suara atau respond.
YY nampak dia celup kain dalam tangki minyak motor dia.

Kain tu kemudiannya digunakan untuk lap kesan kecedaraan yang ada pada "bini dia" tu. Hilang beb! Magic betul! Hehe! Macam tu aje rupanya (^_^)

On the way nak ke sekolah Afif tu Encik suami hanya pesan, "Lain kali kalau jadi lagi benda macam ni, ambil plat nombor dia. Orang camtu memang biasanya tak akan berhenti"

Fuhhh! Tak marah! Lega! Tulah, lain kali jangan buruk sangka pada laki sendiri! (^_^)

Anyway bercerita pasal samseng jalanan yang YY ceritakan di awal tadi. Teringat satu post yang YY baca mengenai sikap kita sendiri yang sebenarnya menjadi penyebab kepada samseng jalanan.

YY copy ayat di bawah ni untuk tatapan korang sebagai peringatan bersama.

You have no idea what is the mental health and condition of the person in the car next to you. Don't provoke the person into making you a road bully target.

Korang boleh dapat lebih maklumat dengan membaca post asal di sini

Teringat juga cikgu di sekolah memandu ketika YY mengambil lesen dulu. Dia pesan jangan bunyikan hon sebarangan sebab orang Malaysia bila dengar hon jadi semacam sikit!

Moralnya, silalah ada sikit perasan takut dengan siapa yang kita hon. Nanti sebab diri sendiri, kita menjadi mangsa kepada road bully. Lagipun kita tak tahu sape yang kita hon tu.

So silalah beringat even bukan untuk diri sendiri, untuk orang yang menyayangi kita (^_^)

44 comments:

  1. Wah, kecut perut juga kalau saya yang mengalami..pemandu jenis gitu memang cukup ramai di kawasan USJ ni, geram saya kalau balik petang-petang. Ramai sangat yang macam gaya tak tahan kencing je, asyik nak cepat sangat tanpa fikir orang lain..

    Ai, tak baik tau YY berprasangka, suami dia ok je, tak ada nak marah2 pun tu. haha, orang lelaki relex je hadapi masalah, kita mudah gabra..

    ingatkan diri juga, ada kes gitu lain kali kena ambil no plat kreta dia... ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya berderau juga darah sebab tak pernah alami
      tak paham sikap camtu tau, diorang bahayakan orang lain

      hehe...manalah nak tahu, silap, mengaku tu...hehe

      Delete
  2. assalamualaikum
    selamat pagi

    ReplyDelete
  3. Risiko di atas jalan siapa pun tak dpt menjangkanya YY
    Tapi kalau di traffic light, lampu dah hijau pemandu depan kita dok diam tak gerak lama-lama terpaksa juga kita hon juga YY. Tapi yg penting jgnlah kuat-kuat, sekadar nak kejutkan dia yg 'terlena' agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugakan kak, kalau bukan sebab kita, sebab orang lain

      setakat untuk peringatan tu tak mengapa
      ni kalau kita respond pada driver yang bawa entah apa-apa
      tu yang mungkin buat kita jadi mangsa
      saya lebih selesa play safe =)

      Delete
  4. nasib baik si putih tak apa2,lagi nasib baik suami tak marah...
    akak memang tak pernah gunakan hon kalau bawa keta, nak hon pun kalau jumpa kawan2 itupun kadang2 hon tak berbunyi...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nasib baik, memang nasib baik =)
      saya pun tak reti guna hon lah kak...hehe

      Delete
  5. Rasanya tak makan dalam tu bolehlah lap-lap untuk hilangkan kesan pada kereta. Tapi kalau sayakan YY, bila kena macam ni je hati dah separuh lara. Rasa macam tak best je bila kereta dah kena 'cium'. Pemandu sekarang ni boleh tahan perangai buruk masing-masing. Tak mahu mengalah dan tak ambil kisah langsung. Mungkin juga dia tak perasan tapi kalau dah bergarit macam ni takkanlah tak sedar langsung. Sajalah tu kot....

    Nasib baik en.suami moodnya baik, tak kata apa-apa ya. Kalaulah time mood tak baik, aduhai kena tadah telingalah jawabnyakan. Saya kalau drive kereta sekarang ni memang rasa tension je memanjang tengok sikap sesetengah pemandu. Jalan orang dia nak masuk membuta-tuli, tapi kalau jalan dia kita bagi signal pun haram tak bagi nak mencelah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah, saya kurang pasti
      saya hanya pandai bawa aje, lain dari tu memang taklah reti...hehe
      memang dia sengaja, saya percaya tu sebab saya nampak dia pandang muka saya
      ketika benda tu jadi tapi dia just blah gitu aje

      tu yang takut tu...hehe
      betullah MD, sekarang punya driver memang gitu

      Delete
  6. fuhhh lieya yg panik bace tau yana....pada lieya mmg yana ambil tindakan yg betul sebab tak berhenti marah ...ye laa roadbully skrang bersepah kot...lagi2 die tgk kite pompuan..sedap2 jek kene belasah or ludah kang....mujur laa tak serius melibatkan kecederaan yana ke...

    agaknyer bergesel ngan bumper getah kereta org tu....so tu kesan gesel getah jek...mujur leh hlang..sejuk sikit hubby tgk bini die dah tak comot kan yana...heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak apa-apa lieya, terkejut aje
      aisyah pun tak perasan jadi benda tu, dia relax aje
      mungkin sebab hilang tu yang dia tak bising, idak kena juga tu...hehe

      Delete
  7. eh macam tu yek..saya ni over berani tak padan kecik kot..memang marah kalau orang buat macam ni dan buat selamba je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berani nak buat gitu mar
      memang marah, tapi lebih takut impact kemudian hari

      Delete
  8. nasib baik takde apa2 yang berlaku kat akak. yup, laki kalo kete dorang, sayang mengalahkan bini. hehe. nasib xkena marah. yela, keselamatan akak pun penting jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, akak tak ada apa-apa HKB
      tulah kan, orang lelaki dengan keta memang gitu kan
      mungkin sebab tak teruk sangat, sebab tu dia tak marah...hehe

      Delete
  9. Nasib boleh hilang. Memang kena amik no plat keta dia. Kongajar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ada pengalaman, maklumlah P aje
      next time jadi, tahu dah nak buat apa

      Delete
  10. ye la..kalau saya pun tak berhenti la..ambik no kereta dia je..lepas tu kita buat tindakan susulan/...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak teringat nak buat gitu
      terkejut sangat rasanya

      Delete
  11. Mujurlah Si Putih tak apa-apa ye...
    akak datang balas kunjungan Yana dan follow balik :)

    ReplyDelete
  12. Teruk gak tu calar .. tp syukur alhamdulillah just bgesel kete je.. lya faham sgt rsa ni. Kalo YY nk tahu, situasi msa lya kemalangan bln 3 aritusama sprti situasi ni. Cuma kbtulan ari lya kna ti naik motor dgn husb.. biasa naik kete. Akibat geseran dgn navara tu lya tcampak jauh smpai zx sedar. Sakitnya hati ni hnya tuhan y tahu. Gara2 kecuaian org... nyawa kita dipwrtaruhkan. Walau koma lama jgk.. tp alhamdulillah.. dipnjangkan umur. Sekarabg kes lya msh bjlm di mahkamah. Klo ikut kes YY ni pom blh nk tuntut gantirugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi hilang juga lya calar tu
      tulah kan, benda nak jadi
      takdir saya berbeza dengan lya sebagai satu pengajaran buat saya
      saya tak teringat atau terfikir nak ambil plat number dia

      Delete
  13. Malang mmg tak berbau terutama di jln raya. Mujurlah tiada apa yg lebih memburukkan berlaku kan.. Semoga selamat segalanya... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, mujur hanya sikit sahaja kecederaan yang
      dialami oleh si putih
      apapun terima kasih ye KK
      aminnnn

      Delete
  14. Kejadian memang dah ketentuan. Qada dan qadar Allah... lalu ikut mana pun pasti kan jadi juga.
    Cuma kita jangan panik dan sentiasa berfikiran waras terutama keselamatan diri dan anak. Kereta kemek boleh dibaiki kalau orang mengamuk, kan payah tu! Pengajaran berguna..kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kan
      saya setuju sangat apa yang BM katakan
      apa sahaja yang berlaku kita perlu gunakan kewarasan fikiran
      apapun terima kasih kerana memberi peringatan =)

      Delete
  15. Sy mmg x suka sgt bunyikan hon...tpi suami mmg suka je bunyikan hon..tpi utk org yg salah la... Mmg gesel tu... Boleh polish dgn minyak je... Sikit je tu... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak reti [un nak bunyikan hon, even suami pun gitu
      saya tak tahu gesel boleh hilang dengan minyak...hehe

      Delete
  16. eh, boleh hilang ye? macam mana pula boleh jadi macam tu?

    betul. jangan cabar pengguna jalan raya ni. mahu kena macam CDM tu, mampuih rosak terus semua kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hilang, sapu dengan minyak diesel, akak pun baru tahu =)
      tulah kan, sebab tak tahu perangai orang

      Delete
  17. Kalau kathy tentu seriau nak bawa kereta. Lepas tergesel skuter kat kereta org dl mmang dah kecut nak bawa. Tambah² lagi bila pihak yg satu lagi tuu mcm tu sikapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya idaklah sampai ada rasa macam tu kak,
      cuma ada rasa terkejutlah juga =)
      lagipun bila sebut atas jalan ni, macam-macam boleh jadi

      Delete
  18. nasib baik boleh hilang camtu jer . selalunya org lelaki cepat jer melenting klu bab keta ... betul , klu atas jln brlaku sesuatu , jgn berani sgt nak kuar keta . klu berani mcm kiki x pe ... utamakan keselamatan diri dulu . yg lain insha Allah masih blh setel .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, tak tahu juga boleh hilang
      saya ni muka aje ganas, tapi hati ada taman
      bab gini memang idaklah berkeberanian =)

      Delete
  19. Padan muka ko wahai road bully.
    At last kena tahan...
    Saya kalau kena hon kat jalan memang saya balas balik tapi tengoklah...jangan buat tempat x selamat!
    Saya pernah racing dengan sorang mamat ni kat highway Kuala Pilah, saya x bagi dia potong memang padan muka dia..hahaha..
    Saya memang berani x bertempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! berani sungguh doktor yang sorang ni
      ni mesti dah ada pengalaman lama memandu
      orang macam saya yang baru belajar, tak berani nak buat gitu =)

      Delete
    2. Tak boleh nak tunjuk takut kat orang macam ni.

      Delete
    3. gitu ye? saya ni tak bolehlah
      mesti tertunjuk...hehe

      Delete
  20. Nasib baik si putih xde pape...sy lak kalau org tuh yg salah memg sy hon..selalunya yg kne hon golongan kita jugak....main masuk jalan org xbg signal....tp xselalu la...kebanyakannya sy bebel2 dlm keta lpas tuh tsedar buat dosa sy istighfar bebanyak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hon tak penah guna pun lagi kecuali nampak orang yang dikenali
      bukan apa, awak baru P ada hati nak hon orang...hehe
      sila aribulan jadi cite lain

      Delete
  21. kadang kdang kan org lelaki ni lagi relax berbanding kita yg pempuan ni.
    saya pon risau kalau jd mcm ni, last last bila citer sama juga reaksi mcm suami yy hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lelaki gaya pemikiran lain tak macam kita perempuan
      kalau kita panik semacam dah kan
      mujur diorang tak marah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...