Riadah Yang Tak Dirancang (^_^)

7:30:00 am Yana Yani 43 Comments

Hujung minggu baru ni ketika YY sedang leka menonton 7 Dwarfs di Astro Blockbuster bersama Afif, Encik suami tiba-tiba bersuara, "Nak keluar tak? Pergi bersiap"

Memang begitulah karakter dia. Tiba-tiba aje ajak keluar. Jenis manusia yang tak suka buat perancangan awal berbanding bini dia yang sukakan semuanya dirancang.

Walau tak dirancang, sebut perkataan keluar tu aje memang buat kami anak beranak excited! Takat duduk dalam kereta pusing keliling Klang pun dah kira blessed sangat!

Destinasi pertama kami adalah ke Giant Setia Alam. Tak tahu apa motif pun ke situ. Dah Encik suami ajak, ikut ajelah! In the end baru tahu yang dia tengah nak survey barangan persekolahan Afif.

Dok belek beg sekolah Afif, Aisyah pun sibuk nak juga belek. Siap kata, "Adik nak Pojen!"


Belek juga beberapa barangan eletrik dekat situ. Saje nak survey, maklumlah baru juga masuk rumah baru dah kami belum lagi sepenuhnya settle mengemas.


Terpandang gambar Encik suami berkaca mata hitam ni, teringat pula soalan Mar Mansor. Dia perasaan tiap kali ada gambar melibatkan Encik suami, dia pasti berkaca mata hitam.

Encik suami dan kaca mata hitam memang macam irama dan lagu. Tak boleh nak dipisahkan. Kaca mata hitam memang trademark dia. Bukan sebab dia malu miaw miaw (^_^)

Pendek kata, korang memang tak akan jumpa Encik suami tanpa kaca mata hitam. Satu benda yang wajib dia pakai tiap kali keluar dari rumah (^_^)


Lepas dah penat round Giant, Afif minta wafer pula. Wafer memang salah satu antara banyak-banyak makanan yang Afif suka. Aisyah pula setakat ni, makan apa aje yang Abang dia makan.

Lepas tu ingatkan nak balik, Tapi Encik suami bawa kami ke Setia City Mall pula. Dia tak planned juga nak ke situ. Bila ditanya, dia kata ikut gerak hati dia nak bawa kami ke mana.

Lantaklah kan. Kami pun memang lama sungguh tak ke situ. Kali pertama dan terakhir pergi adalah ketika bangunan ini masih baru dibuka. Rasanya ada dekat dua tahun YY tak ke situ.

Hari tu pun manusia sikit punya ramai sepertimana hari pembukaan yang YY pernah ingat. Dah macam semut hurung gula. Ramai sungguh! Mula rasa rimas pula bila dah reramai gitu.

Jalan punya jalan, jumpa Suzuki punya event. Benda-benda pasal kereta ni memang YY tak begitu minat. Encik suami yang biasanya akan beria dok tengok.

YY lebih rela layan anak-anak (^_^)


Lama juga dia dok belek kereta keluaran terbaru Suzuki. Jangan tanya apa. YY hanya diberitahu itu cutting baru oleh Encik suami. Whatever! That don't impress me! (^_^)

Time dok pusing tempat yang sikit punya luas ni, kami baru tahu yang Setia City Mall ni juga ada menyediakan taman permainan. Patutlah Abang Ipar YY hampir setiap minggu ke sini (^_^)

Afif dan Aisyah apa lagi, memang tak melepaskan peluang langsung! Habis semua mainan yang ada dekat situ diorang nak cuba. Layankan ajelah!

Bukan selalu dapat peluang gitu (^_^)


Paling seronok adalah apabila kami melalui jambatan yang bawahnya dipenuhi puluhan ribu ikan! Banyak sungguh ikan dalam tu yang buat kami begitu teruja!

Terperasan sepasangan suami isteri dan anak-anak mereka yang terdiri dari dua orang lelaki memberikan roti burger yang penuh satu trolley kepada ikan di dalam kolam tersebut.

Teringat ada ustazah pernah kata, "Sedekah paling mudah adalah terhadap binatang"

Memang trolley tu penuh dengan roti burger dan semua roti burger tu dilemparkan ke dalam kolam. Afif dan Aisyah juga diberikan roti burger tersebut untuk diberikan kepada ikan.

Seronok dok tengok ikan yang banyak tu berebut menangkap roti burger atau makanan ikan yang dilemparkan kepada mereka. Memang banyak betul!


YY terperasan suami dan bapa keluarga terbabit bukan orang Malaysia. Macam orang Uzbekistan! Pandang juga anak-anak dia kot lah ada rupa yang YY kenal.

Bukan apa, teringat Adik Cute anak MummyDearie. Hehe! Sempat lagi tu! Apapun YY doakan semoga murah rezeki keluarga terbabit (^_^)

Lepas dah puas dok bagi makan ikan tu, kami beransur pulang. Singgah sekejab Roti Boy sebab Afif memang dah pesan dia nak makan roti tu sejak dari kami mula masuk.

Mexican Bun dekat sini memang paling terbaik yang YY pernah rasa. Tu yang cium bau pun dah buat rasa lapar. Anak-anak YY pun suka sangat!

Nak tahu betapa sedapnya Mexican Bun dekat sini? Cer tengok reaksi dua beradik, Afif dan Aisyah dekat gambar bawah ni. Biarlah gambar mereka yang berbicara. Hehe!


Lepas memasing dah kekenyangan makan Mexican Bun, kami beransur pulang. Letih pula rasanya dok pusing Setia City Mall ni. Kaki terasa macam tak mampu nak angkat dah.

Tak sangka besar juga. Kalau hari-hari berjalan dekat sini, mau hilang beberapa kilogram! Tapi kalau dah pusing lepas tu belasah Mexican Bun, celah mana nak hilang kilonya!

Lagi naik adalah! Hehe!


So begitulah aktiviti riadah kami pada hujung minggu baru ni yang tak dirancang. Pun begitu ianya tetap menyeronokkan. Anak-anaklah paling seronok bila sekali-sekala keluar dari kepompong.

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Insya ALLAH kita berjumpa lagi dilain entry. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Today I learned that what is valuable is not what I have in my life but who I have in my life.

43 comments:

  1. Setia City Mall... Beberapa kali dah lalu depan bangunan ni masa nak ke Meru. Menarik juga...mungkin boleh singgah sesekali shopping mall ni. Tapi sekarang ni xtau lah... dah xberapa minat nak jalan2 kat shopping mall... Mungkin faktor usia kot. Suka tempat2 yg tenang dan damai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lalu situ pun banyak kali, tapi singgah aje yang idak
      pergi pun sengaja nak berjalan bawa bebudak
      kalau tanya saya, saya pun tak suka sangat tempat gini
      jadi anak-anak enjoy, udahlah =)

      Delete
  2. suka anak2 keluar beriadah

    ReplyDelete
  3. budak2 suka je kalau berjalan..dapat naik kereta,,
    terjawab soalan saya..sebab saya ni hairan benar kalau orang pakai spek mata hitam ni..jalan2 dalam mall..akekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, ke mana aje pun asal nama berjalan, laju aje diorang =)
      hehe...suami saya ni memang gitulah mar
      dari sebelum kahwin memang dia dah gitu
      tak boleh kata apalah =)

      Delete
  4. sy xpnh g lg setia mall tu hehe...mlsnye nk berjln2

    ReplyDelete
    Replies
    1. besarlah, kalau malas
      usahlah pergi, letih!

      Delete
  5. Mcm sedap betul bun tu bila tengok gaya afif dan aisyah mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangatlah tu gamaknya
      sampai jadi gitu =)

      Delete
  6. betul tu yana, asal dpt pusing2 keluar pun dah cukup hepi....ini kan plak dpt jalan2 kan....budak2 pun hepi dpt jalan2..makan2... ade plak event2 mcm tu dpt belon free kan yana heheheeh.... lieya dah lame tak lepak mall....ntah le, skrang ni faktor umur dahtua kot haahahah suke lagi dok umah...gi pasar.... lepak umah ajek kejenye...miamija dayyan bising2 haaa nak kuar hahaahah

    lieya tak penah lagi smpai setia city mall tuh....tp mcm best tgknyer.... nak gi mid valley ke semua tu dah malas laaa....ramai org parking pun payah...gi tempat baru mcm nie okey gak .... nanti leh laa pergi ngan anak2 nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan lieya, kalau saya gitu pun dah kira beruntung
      tapi sebab ada anak-anak kecil kan, bawa ajelah ke mana pun
      saya ni pun kadang-kadang aje, biasanya round dalam kereta aje sebab malas berjalan

      sini pun susah juga dapat parking, tapi banyak kedai juga
      sekali-sekala okaylah kot kalau ke sini =)

      Delete
  7. Hahaha...macam orang Uzbekistan ke Pakistan? Bernanah hati HD kalau orang samakan dia dengan Pakistan. Huhuhu....

    Yang tak dirancang tu selalunya kekal dalam memori. Macam-macam perkara terjadi yang kita tak sangka. So, lama sikit dalam memorilah kan. Saya pernah sekali tu aje ke SCM. Memang best tengok banyak ikan menunggu diberi makan. Rasa nak tangkap seekor-seekor bawa balik rumah dan bela ^_^ Masa pergi tu anak-anak sempatlah beli makanan ikan tapi itupun tak cukup. Rakus sungguh ikan-ikan tu melahapnya. Anak-anak saya pun sangat suka rotiboy. Kalau beli memang 5 bungkus terus. Jenis tamak haloba memang ginilah gayanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh...saya tak sebut pun Pakistan ye, MD yang kata gitu
      report kat HD kang...hehe

      seronok tau tengok ikan tu sebenarnya, tak sangka sebanyak tu ikan
      rasa ikan-ikan tu lapar lah sebab tu rakus aje diorang makan
      roti boy tu bukan anak saya aje suka, saya pun suka! hehe

      Delete
  8. Seronokkan berjalan-jalan dengan anak-anak :)

    ReplyDelete
  9. Puan Yana yani,

    Melihat anak-anak gembira kita pun turut gembira. Saya pernah alaminya. Yang penting anak-anak gembira. Isteri pun pasti turut gembira apabila suami dan anak-anak gembira.

    Alhamdulillah anak-anak Puan gembira, suami gembira dan Puan juga gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sememangnya tepat sekali pak mail
      bila melihat kegembiraan anak-anaklah yang buat kita gembira
      end up semua gembira, alhamdulillah =)

      Delete
  10. kalau kat kawsan rumah yy tu diaorang dok dalam kawasan rumah je la ye??ada kawan2 kat luar rumah tak main2?/macam anak saya ni memang dok dalam kawasan rumah je.kakak tu je la kadang2 mintak nak main kat taman..tapi selalunya ayah nya tak bagi..Bila dapat jalan2 macam ni.memang seronok la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a lah diana, tak keluar rumah langsung kecuali dalam pagar
      sebab kawasan rumah tu masih lagi baru
      banyak lagi kosong, takut juga nak bagi keluar walau dekat taman yang dekat tu
      zaman sekarang kan ada macam-macam kes
      biarlah diorang camtu aje, sekurangnya saya rasa lega =)

      Delete
  11. Saya kalau suami ajak tiba2 ni aduh macam lipas kudung kena mengemas apa yang patut. Suka memang suka kalau tak ada plan tiba2 nak keluar..

    Baru sekali kami jejak kami ke setia alam city mall tu, tahun lepas rasanya, mmg meriah kan.. tulah, suami saya ni kalau tak kena cara ajak mmg payahla dia nk bawa kami ulang ke tempat tu lagi. Seronok je tgk blog2 yang tulis baca bg ikan makan...tak sempat kami buat hari tu.. main belon je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lebih kurang sama aje situasi kita
      lagipun tak rancangkan, excited tu lain macam sikit =)

      saya pun baru hari tu tahu kewujudah bahagian tu
      selama ni tak pernah tahu, tapi bebudak seronok, tu yang penting

      Delete
  12. Setia Citi Mall tu dah 2 kali lalu tapi tak berpeluang nak singgah lagi. Hari tu pun nak ada perjumpaan kat situ pun tak jadi.. tukar tmpt lain pulak.. Aktiviti keluarga yg menyeronokkan.. meriah.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kali saya lalu, tapi baru ni singgah...hehe
      tapi hari tu memang memorable betul =)

      Delete
  13. Sebelum nak komen nak tanya eja 'sekejap' p ke b belakang dia hihi....Tetiba jadi nazir bahasa pulak mak ni haha.....
    Semalam gi beli barang ingat nak beli Papa Roti macam Afif makan tu.....malangnya tak siap lagi huh....kempunan mak sampai sekarang tau!...
    Lama tak gi Setia Alam mall ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak tahulah OKje
      mana satu yang betul sebenarnya? saya pun main hentam aje...hehe

      saya lebih suka brand roti boy ni, lebih sedap
      penah sampai juga ke? jauh rasanya dari rumah OKje
      saya yang dekat pun baru tulah sampai =)

      Delete
  14. mmg banyak ikan tu . tetiba terfikir lak , tak de manusia yg nak menyauk ikan tu bawa balik ... heheheee ... pasangan tu panda ajar anak mrk berbuat baik pada binatang . amboi aisyah , sedap mkn sampai mcm tu gayanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terfikir benda yang sama, tapi keliling dia pagar tinggi
      mungkin sebab tu tak ada yang nak menyauk...hehe
      tulah kan, pandai diorang didik anak berbuat baik pada binatang
      mungkin terlalu sedap vee =)

      Delete
  15. sama la mcm kami laki bini ni.dah masuk keta baru pikir nk pergi mana.
    pastu ikut je kaki nak ke mana..comfirm sedap benor mexican bun..

    xlist terbakor sikit lelemak kt dalam tu kan YY hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah kita kan, sep sikit! hehe
      saya suka sangat mexican bun ni!
      malangnya tak ada list lah QR...hehe

      Delete
  16. Selalu je kuar adhock cmni... Kalau rncag selalu tak menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betullah kan
      bila rancang tu ada aje bend alain nak buat

      Delete
  17. dapat pusing2 dalam mall pon dah ok nk release tension anak2 y terkurung je kan..
    suka betul aishah dgn roti tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, janji dapat berjalan =)
      dia memang suka makan roti tu =)

      Delete
  18. Teringat sewaktu menjelajah taman Eco di Perak dulu, ikan dia banyak tok soh ceritalah. So aktivitinya adalah beli roti banyak-banyak, memang banyakkkkkk giler kitorang beli. Punyalah banyak ikan bergeromolan kat situ serbu datang nak makan.. Tapi memang puaslah tengok.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu pun akak nampak pasangan tu ada satu trolley penuh dengan bun!
      semua tu dia lempar dalam kolam
      tapi kita jadi seronok tengok ikan tu makan =)

      Delete
  19. Best lah budak-budak, dapat jenjalan..main kat playground..
    Tengok beg tu tingat nak kene beli beg untuk Abe tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala dapat berjalan doktor
      tulah kan, tahun depan memasing dah sekolah rendah =)

      Delete
  20. Sekala sekala buat benda tanpa dirancang best jugak...
    Saya pun kalau boleh tiap kali keluar nak window shopping jer....
    Tapi mmg tak boleh, ada juga beg plastik yg dibawa balik....

    Semangat En suami survey keperluan sekolah Afif...
    Tahun depan dah Year 1, mesti mama pun tak sabar nak tunggu Afif masuk sekolah kebangsaan :)

    YY, dulu cikgu saya pun ada pakai spek mata hitam 24 jam...
    Masa mengajar pun berspek mata hitam...
    Hahaha, sampai skrang saya masih ingat kat dia sebab dia unik dari cikgu yang lain...
    Jumpa kat airport pun kami tetap bertegur sapa macam kawan lama... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugakan, hehe
      tapi kami biasanya hanya window shopping
      jaranglah membeli apa-apa =)

      tulah kan, maklumlah anak sulung!
      first time ada pengalaman gini kan, hehe

      yeke? sepanjang masa ke dia gitu
      cam en suami ni dia just satu aksesori, dia akan buka juga
      cuma memang akan biasa nampak dia berkaca mata

      Delete
  21. suka la anak2 dapat keluar jenjalan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sangat farah!
      mama papa diorang pun sama! =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...