Syawal 1435H: Meriah Versi Kami (^_^)

12:40:00 pm Yana Yani 30 Comments

Pejam celik hari ni kita dah menjejakkan kaki ke minggu kedua Syawal. Hari ni juga baru aku nak start bercerita pasal sambutan raya kami yang sederhana dan semestinya memorable.

So tak payah merapu panjang, let's get started! Tapi sebelum tu nak bagi peringatan yang entry ni panjang macam biasa, jangan muntah hijau udah ler ye (^_^)

--------------------------------------------

Hari Jumaat terakhir Ramadhan 1435H, kami bermalam di rumah Mak aku. Angah pula time tu sibuk dok buat biskut raya. Afif dan Aisy apa lagi, jadi assistant tak bertauliah.

Nak tunggu Mama diorang dok buat biskut raya, memang mimpilah kan. Asyik dok bagi alasan oven tak ada. Hehe! Tak apalah, kasi can diorang ambil mood raya. (^_^)


Hari tu juga Aisy tetiba boleh kena geligata. Habis satu badan dia especially dekat part muka. Kesian dok tengok dia tergaru sana, tergaru sini. Dah lah nak raya.

Memula aku beli ubat dekat farmasi aje. Hilang juga kejab, tapi dok berulang.

Hari Ahad terakhir Ramadhan 1435H baru kami dok sibuk cari klinik. Mujur juga ada klinik buka. Aisy makan sekali aje ubat, terus baik. Alhamdulillah, lega.


Hari yang sama juga Encik suami dok sibuk cari air berkarbonat. Memang tiap kali raya dia dok beli air tu. Lepas tu dia bahagikan pada Mak dia dan Mak aku.

Jujurnya aku tak faham kenapa dia dok suka sangat beli air tu. Senang kata dia.


Hari tu juga Mak dan Mak mentua aku dok sibuk sediakan juadah untuk pagi raya. Mujur rumah antara kedua Mak aku ni tak jauh. Boleh pergi sana kejab, lepas pergi sini kejab. Best sungguh!

Mak aku sibuk dok buat ketupat pulut dan ketupat nasi.


Mak mentua aku pula dia buat ketupat nasi aje.


Malangnya semua benda yang aku sebutkan di atas tu, aku tak pandai buat. Fakta tu. Aku pandai tengok aje. Tapi kalau takat masukkan beras ke pulut tu, expert dah! Hehe!

Aisy pun bukan baik bangga dapat tolong Nenek dok buat ketupat.


Pagi raya pula aku orang paling excited dok kejutkan Afif dan Aisy. Bukan apa, tak sabar nak tengok diorang pakai baju raya yang aku dok tempah berkurun lamanya.

Sebelum pergi masjid yang hanya beberapa langkah dari rumah Mak mentua aku, Encik suami dah Afif posing dulu. Rasa segak pula tengok anak dan suami aku pakai warna sedondon. Hehe!


Paling aku tak sabar nak tengok anak dara aku pakai peplum. First time aku dok tempah baju ni tuk dia. Time tempah tu pun aku tak tahu nak cakap camne.

Aku suruh tailor buat peplum, dia boleh tanya pula yang jenis camne. Mana aku nak tahu, aku tahu peplum aje. Hehe! Mujur juga dia faham.

Tapi yang pasti aku rasa cam comel sangat Aisy pagi raya tu ditambah pula dengan tudung bertingkat yang aku sendiri tak pernah pakai. Hehe!


Cuma yang sayangnya baju tu si tailor buat exactly ikut size Aisy. Aku suruh ada suruh dia besarkan sikit time tempah, tapi tak buat. Boleh pakai kejab aje baju ni. Sayang.


Lepas Encik suami dan Afif balik dari masjid, kami berposing pula satu keluarga. Banyak juga gambar yang di snap, tapi hanya yang dekat bawah ni comel sikit.


Afif pula lepas tu beria dok suruh snap gambar dia dengan Aisy. Dia kata, "Mama ambil gambar Afif dengan Aisy dekat sini Mama. Aisy ni comellah!"


Lepas tu aku nampak Rayna yang dah bersiap. Nampak comel pula anak sedara aku ni pakai baju kurung. Jarang nampak dia pakai baju kurung.

Badan dia dengan Aisy nampak sama besar kan? Tapi percaya tak yang dia baru aje berusia setahun sebulan. Muda dua tahun dari Aisy.


Hari raya pertama ni rasa agak janggal sikit. Kebiasaannya raya pertama ni kami akan beramai-ramai serbu rumah Nenek sebelah Mak Encik suami. Tapi kali ni tak dapat lagi.

Nenek dah hampir setahun tinggalkan kami. Moga dia bahagia di sana.

Disebabkan tak tahu ke mana nak pergi, kami ke rumah Mak aku dulu. Konon lepas tu kami dah beraya ke tempat lain pula. Tapi end up seharian kami habiskan masa di rumah Mak. Hehe!

Buat apa? Tak buat apa, makan tidur aje. Hehe!


Sambil tu dok layan juga anak sedara aku si Khaira yang jarang dapat jumpa. Comel macam aku kan? Hehe! Tapi yang geramnya kalau aku pegang dia melalak!

Tak best betul Khaira ni tau!


Aku rasa ni aje bebelan aku untuk hari ni. Tulis pepanjang pun bukan ada orang baca, main scroll down aje. Bukan aku tak tahu. Baik mengaku. Hehe!

Nanti berkesempatan aku sambung lagi ye.

P/S - Time kita seronok beraya bersama keluarga tercinta, jangan lupa penderitaan saudara kita di Gaza.

30 comments:

  1. Dairi lebaran yg akan menjadi kenangan terindah... Merah menyala sekeluarga dihari Raya! Paling terpanah adalah kecomelan Aisy bertudung...soooo cuteee!!!

    p/s: saya baca setiap perkataan yg tertulis ye... doa buat gaza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...encik suami yang buat pilihan color tu
      kan, comel bangat rasanya anak dara sorang ni...hehe

      terima kasih sebab baca sampai habis =)

      Delete
    2. Tengok sekali lagi gambar Aisy yg comel!! Geram!.. Comel sangat bila bertudung merah tu!

      Delete
    3. ish...jangan geram-geram =)

      Delete
  2. Jarang dah orang sekarang raya pakai air gas nie... dulu2 memang iyer... berpeti2... hehehe...
    oldskool la hubby yana tu... :D mesti ada nostalgia dia masa kecik2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke jarang?
      saya rasa cam setiap rumah saya pergi ada
      hehe...tapi memang most of the time dia oldschool

      Delete
  3. serius tema korang sgt2 cantik debomb...meriah gile tauuuu!!!

    kesian aisy siap kene gegata mujur surut kan.... lieya penah tgk anak buah kene ..sian laaa dok menggaru sebab gatal.... org kata alahan laaa, ade org kata kene sembur pontianak laaaa...mcm2 kan hehhhehheeh....

    seronok laa yana ketupat palas ade, ketupat nasi ade...tapi lieya ni johor mari tak reti mkn pulut pagi2 heheehheheh kene gak ketupat nasi ngan kuah lodeh....baru lengkap rase raya tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cam kelakau pula baca statement ni
      padahal tenggalam dengan warna kulit memasing yang tak berapa nak cerah

      kena sembur pontianak? first time dengar tu..hehe
      ni dah okay dah, kena ulcer pula
      susah hati betul dengan budak yang nak besar ni

      kalau saya kena ada pulut, baru namanya raya...hehe

      Delete
  4. Selamat Hari Raya, Yana...
    Maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang dok komen kat sini...
    Wah2, merah tema tahun ni yer... memang ceria...
    hehe, k nurul baca dari atas sampai bawah tau... ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya kak nurul =)

      akak tak pernah buat salah dengan saya
      ni kira kosong, kosong la ye =)

      hehe, tenggelam kami disebabkan color tu =)
      mekacih ler sebab baca sampai habis, terharu =)

      Delete
  5. Sue bca..hehe. Slmt hari raya maaf zahir batin buat Yana sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sue!
      ada kat sini juga ye, mekacih baca blog tak seberapa ni
      selamat hari raya buat sue sekeluarga juga ye =)

      Delete
  6. wah merah..i like...

    ReplyDelete
  7. Warna merah menyerlahkan lagi suasana riang di Hari Raya... :) :)

    ReplyDelete
  8. comei aje aisy pakai peplum tp tuhlah syg bile tailor xbuat mcm yg yana suh kan..dh rugi kat situ pakai peplum sekejap aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak mana tak comel pakai peplum mimi
      tulah, rasa tension juga tau
      tapi dah buat, kalau longgar tak apa
      kalau muat-muat, memang tak boleh betulkan

      tak apalah, janji dapat tengok dia pakai walu kejab aje =)

      Delete
  9. Cantik color tema raya yana...sedondon..suka farah tengok... tambah2 baju peplum aisy... comel sangat...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...merah menyala kan
      tapi memang baju aisy lah paling comel =)

      Delete
  10. Alahai kesiannya budak comel ni kena gata nak dekat raya. Apa-apa pun yang penting pagi raya tetap vogue dengan peplum dan tudung bertingkat. Aunty pun takda tudung bertingkat ni tau :)

    Samalah kita...raya pertama hanya untuk menunggu tetamu datang dan keluar masuk dapur mengulang makan juadah raya. Kalau dah kat Johor, wajib bantai makan lodeh+ketupat nasi+ayam masak merah+daging rendang+sambal kacang sampai tak leh tengok lagi juadah raya tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...mujur time raya dia sihat walafiat.
      tu yang nampak vogue aje tu...hehe
      saya peplum dengan tudung tu pun tak penah pakai
      bagi aisy aje pakai, kecik kan. pakai apa pun cantik =)

      saya menu apa yang ada aje raya kali ni
      tapi kalau ada lemang memang lagi marvelous! =)

      Delete
  11. Mana ada baca lompat lompat....kalau cerita best....setiap baris okje baca tau...Senang le rumah 2 mak dekat dekat boleh jer ziarah dua dua sekali.
    Amboi Aisy ....berpeplum yeh Raya ni....cantiknya....Mama peplum jugak ke?
    Tengok ketupat palas tu mcm teringin pulak nak makan YY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mekacih okje
      lain kali baca ler sampai habis ye

      tu okje, alhamdulillah mereka dekat aje
      satu hari dua-dua tempat boleh pergi =)

      anak aje peplum, mak je dah tu nak pakai peplum
      nampak cam pocong nanti...hehe

      Delete
  12. akak baca tau sampai abis walapon terpaksa jegilkan bijik mata yg rabun ni...hwaaa cermin mata dah patah dikerjakan dek adelya...

    akak pun raya pertama kat kg en.azmi dan kg akak..ulang alik je sbb dekat...

    comel la aisy pakai peplum tu..anak buah akak pun pakai peplum comel pulak tgk bebudak pakai..adelya tak sesuai lg nak pakai berjalan pun tak boleh lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mekacih ler kak ye. terharu mendengarnya
      saya punya cermin mata dulu jatuh dalam lubang tandas...hehe

      alhamdulillah dekat kan kak
      tak adalah nak berebut sangat =)

      budak mana pun pakai peplum comel kan kak
      nanti adelya besar sikit kasi pakai, pasti comel =)

      Delete
  13. mmg comel Aisry dengan baju dan tudung merh nya tu..tak di nafikan...puijan ikhlas dari akak nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisy nama anak saya =)

      hehe...budak kecil memang semua comel kalau bertuding kan JM
      apapun terima kasih, touching saya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...