Hug A Terrorist (^_^)

1:34:00 am Yana Yani 24 Comments

Hug A Terrorist | Angka korban di Gaza akibat serangan yang kononnya atas dasar mempertahankan penduduk negara Zionis dari pengganas semakin meningkat dari hari ke hari. Tiada tanda-tanda ianya akan berhenti walau Syawal bakal menjelma.

Kebanyakkan yang menjadi mangsa korban adalah terdiri dari golongan kanak-kanak dan wanita. Adakah golongan yang dibunuh dengan kejam ni merupakan pengganas? Mana mungkin mereka mampu melakukan keganasan!

Ada di antara mereka masih belum mampu bertatih ataupun masih mengharapkan bantuan dari yang lebih tua atau dewasa untuk meneruskan hidup. Dunia sudah mula menyedari kekejaman ni. Pelbagai cara dilakukan untuk menyedarkan dunia tentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Terbaru adalah keberanian Azizulhasni Awang memakai sarung tangan "Save Gaza" di dalam acara velodrome untuk Sukan Komanwel. Dia bakal dikenakan tindakan disiplin. Despite all of that, aku menganggap dia adalah HERO! Bukan semua mampu melakukan apa yang Azizulhasni lakukan. Tabik spring kat dia.

Selain itu ada sebuah viral video yang mempunyai message yang jelas untuk Zionis si Laknat. Aku tertarik untuk kongsikan ianya di sini. Video yang berdurasi lebih dua minit ini cuba melihat reaksi atau respond orang ramai (khabarnya di New Zealand) apabila melihat dua kanak-kanak memegang signage - Hug A Terrorist.

Ramai memuji apa yang dilakukan oleh dua kanak-kanak ni. Ianya dianggap usaha murni. Pada minit akhir video seorang wanita berkata, " I say on both sides, we are all people that should be loved. No fighting and I love you"

Atas dasar kemanusian, perlakuan yang tak ubah seperti haiwan oleh rejim Zionis adalah amat menyedihkan dan harus dihentikan serta merta. Ini adalah JENAYAH! Kanak-kanak dan wanita Palestinian tidak seharusnya dibunuh dan dinafikan hak dalam negara sendiri. Apatah lagi dianggap sebagai pengganas.

Bukan setakat di Palestin sahaja. In fact di Syria, Mesir, etnik Rohingya di Myanmar, Afghanistan dan even di seluruh dunia! Golongan yang disebutkan tadi harus dilindungi dan disayangi. One thing for sure, ZIONIS si LAKNAT harus diperangi!


Firman ALLAH SWT, surah Al Maaidah ayat 78:
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh" - Sumber

Di saat kita sedang bergembira menanti tibanya Syawal, ada insan lain yang sedang berduka. Bantulah mereka ni dalam apa sahaja cara yang kita semua mampu lakukan. Gaza: Doa kami sentiasa bersamamu

24 comments:

  1. Salam lebaran buat Yanayani dan seisi keluarga dan semuga amalan di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan diterima Allah swt hendaknya.

    Minal Aidin Wal Faizin.....

    ReplyDelete
  2. Bersama2 kita semua terus berdoa agar dikurniakan ketabahan serta dipermudahkan jalan kejayaan buat Palestin & umat Islam seluruhnya... aamiin ya Rabbal alaamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa itu adalah senjata paling mujarab
      moga palestin kembali aman

      Delete
  3. Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)

    ReplyDelete
  4. Dah tengok video tu. Tu kenyataan.. tapi puak zionist masih angkuh dan mendabik dada menafikan kekejaman yang mereka buat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni persoalannya
      apa kita mampu lakukan? tengok aje?
      together we can make different =)

      Delete
  5. Bukan apa,puak zionis ni takut anak² tersebut membesar untuk menentang mereka dan wanita tersebut melahirkan zuriat yang menambah ramaikan umat islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya puak zionis menyedari kebenaran itu
      mereka tahu apa yang bakal berlaku kelak
      ini semua hanya salah satu cara untuk
      melunturkan semangat rakyat palestin yang semenang kuat

      Delete
  6. Selamat Hari Raya buat yana sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer...

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar.....
    Satu masa, satu ketika Palestine akan aman akhirnya tapi bila? Hanya Allah yang maha Mengetahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu akan wujud
      cuma bila dan bagaimana kita tak tahu
      tapi ALLAH tahu SEGALANYA

      Delete
  8. Kes dan isu yg berlaku d gaza mmg terkesan d hati rakyat msia dan dgrnya ari jumaat nanti hari boikot mcD

    Lama betul akak Jm x singgah sini, nk tanya dh terima lom kad raya dari akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal bab boikot tu kan
      memang perlu sebab itu saja cara menjatuhkan pihak lagi satu
      tapi tak perlu melampau sangat
      memboikot secara berhemah kan lebih bagus

      kad raya dah terima, belum berkesempatan nak buat entry =)

      Delete
  9. Salam Syawal,

    Israel penakut sebenarnya. Nak dihapuskan bangsa yang bakal menggugatnya. Biar cepat sampai balasan yang bakal diterimanya. Biar dilaknat selamanya bangsa Israel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal mummy

      memang sangat setuju mummy, mereka bangsa paling penakut
      mereka fikir mereka lebih kuat dari segalanya

      Delete
  10. Sedih tgk keganasan kat sana.. semoga mereka tabah dgn ujian nie.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun boleh menangis kalau tengok berita pasal nasib mereka
      tapi saya salute ketabahan mereka
      mereka memang orang yang tabah, sebab tu ujian seperti tu mereka dapat
      kalau kena pada kita, belum tentu kita mampu hadapi

      Delete
  11. kita buat apa yg kita mampu..boikot apa yg boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak
      kalau itu mampu membuat mereka berhenti
      dari terus membunuh saudara kita di sana

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...