Penderaan Kanak-Kanak Tiada Kesudahan
Membaca dan mendengar berita mengenai penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menyebabkan hati seorang Mama ni bagai dirobek-robek.Kita semua tahu umur seperti itu sangat ligat dan aktif. Masih belum sepenuhnya faham mana baik dan buruk. Masih mengharapkan bantuan dari segala segi dan paling penting kasih sayang.
Bertambah hancur hati apabila mendengar betapa teruk kecedaraan yang dialami mangsa. ALLAH. Sakitnyalah dia. Air mata laju aje mengalirkan sebab membayangkan anak sendiri.
Anak YY tersepit pintu pun menangis bagaikan bergegar rumah. Bayangkan mangsa yang patah berbelas tulang yang mengakibatkan dia cacat seumur hidup. Tu belum cerita kecedaraan lain.
Puas hati agaknya si pelaku apabila berjaya meranapkan masa depan anak kecil ini.
Sebab tu kalau kita mempunyai akal yang waras pastinya gagal menghadamkan punca atau sebab kelakuan kejam si pelaku yang bertuhankan syaitan tu.
Setakat hari ini masih belum ada lagi pertuduhan dijatuhkan terhadap suspek walau rata-rata mengatakan ia dilakukan oleh ibu tiri mangsa. YY doakan semoga dia mendapat balasan setimpal.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, kes penderaan kanak-kanak bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita hari ini. Malahan statistik menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Jumlah statistik itupun hanya berdasarkan kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kemungkinan ada kes penderaan yang tidak dilaporkan adalah sangat besar.
Berdasarkan statistik, kes penderaan berlaku terutamanya di kalangan bangsa Melayu, diikuti oleh bangsa India dan Cina. Paling menyedihkan, parent terutama ibu adalah pelaku utama.
Tiada kumpulan umur kanak-kanak terkecuali. Tapi kanak-kanak perempuan paling kerap menjadi mangsa penderaan berbanding kanak-kanak lelaki.
Berdasarkan statistik tersebut, seolah-olah kes penderaan di Malaysia tiada kesudahannya.
Statistik akan terus meningkat selagi kita sebagai sebahagian ahli masyarakat tidak mengambil langkah AMBIL TAHU.
Kita perlu ada kesedaran. Kita perlu berhenti menjadi BUTA!
Tolong peka dengan keadaan sekeliling. Laporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti yang mencurigakan. Kita tak boleh sekelumit pun berkata, "Oh, dia hanya mengajar anak dia"
SALAH! Mengajar apa kalau mendatangkan kecederaan serius? Zaman sekarang terlalu ramai manusia yang sakit mentalnya. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan pemangsa.
Jadi, TANGGUNGJAWAB kita sebagai masyarakat untuk melaporkan. Hentikan statistik penderaan. Jangan jadikan kenalan atau saudara korang sebahagian dari statistik.
Kalau kita enggan dan masih dengan pemikiran lama. Percayalah statistik akan terus meningkat dan penderaan terhadap kanak-kanak tak akan ada kesudahannya.
Paling penting sekali, kembalilah kepada landasan agama ISLAM yang betul kerana ia mampu menghindarkan kita dari menjadi haiwan bertopengkan manusia.
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tiada belas kasihan terhadap kanak-kanak.”
Sumber: Unicef dan Semut Harian
memang sedih kan kak YY..budak baya tu apalah yang dia tahu.hanya nak bermanja..tapi menjadi mangsa manusia sakit mental.saya doa pelaku-pelaku akan mendapat balasan setimpal dan semoga kes-kes macam ni tak berulang lagi.
ReplyDeletetulah. tak boleh bayangkan betapa sakitnya dia
Deletememang berharap tak berulang
sebab tu kita perlu mengambil langkah bersama
ermmmmmmmmmmm
ReplyDeleteermmmmmmmmmmm
Deletewalaupun I xdak anak lagi.. tapi sedih kot dengar atau baca tentang ni.. kesian dia.. tak pasal2 cacat seumur hidup budak tu. kes dera ni memang menjadi-jadi.. mendidik jangan sampai melukakan..
ReplyDeletebila kita persoalankan tentang perikemanusian
Deleterasa belas kasihan tu pasti wujud, sebab tu pelik bagaimana
pelaku tergamak buat gitu
Assalamualaikum,
ReplyDeleteorang sakit je sanggup buat gitu
walaikumussalam
Deletebetullah tu. kalau sihat, tak jadi lagu tu
Kita ni emak-emak bila tengok anak kecil kena dera oleh ibubapa sendiri, memang sayu aje hati. Tak boleh dibayangkan macamana seorang emak/ayah sanggup mendera anak sendiri sehingga mendatangkan kecederaan teruk. Dalam hal ni, sampai anak boleh cacat seumur hidup. Memang kadang-kala kita terasa marah tengok sikap anak-anak tapi cukuplah sekadar menegur ataupun memukul ringan-ringan aje tepuk bahu untuk beri pengajaran. Kalau dah sampai cedera teruk, itu memang bukan dalam kawalan akal fikiran yang waras! Kesian anak-anak yang dianiaya kerana kita beranggapan anak kecil ini panjang lagi perjalanan hidupnya. Kalaulah tangan kita, perbuatan kita yang menghancurkan masa depan mereka, tidak ke sedih rasanya....
ReplyDeletetapi statistik memang mengatakan mak ayah kandung adalah penyumbang utama penderaan
Deleteterutama sekali mak kandung. saya sendiri tak ada jawapan tu
saya pukul anak sendiri pun sampai berbirat saya menyesal tak sudah
tak tahu camne orang yang mendera ni berfikir, memang tak sihat mereka ni
Samalah kita, YY. Saya pun pukul anak sampai lebam tangan terus menangis tersedu-sedu menyesal. Selagi tak hilang lebam, selagi itulah saya sedih ya amat tak dapat kawal perasaan. Taubat dah terus, tak mahu pukul anak lagi!
DeleteMemang tak dapat nak selami hati makpak (terutama mak kandunglah) yang boleh mendera anak sampai macam ni sekali. Takda ke timbul rasa simpati langsung dalam hati ketika melihat anak meraung menahan sakit?
samalah saya MD, mana pkul dah
Deletekalau nak pukul tu, sempat break tu...punyalah takut berbirat lagi
kalau pukul pun untuk mengajar, bukan nak menyakitkan
saya tak tahulah, camne diorang boleh pekakkan telingan
dengan kesakitan anak tu...eeee
saya tak boleh camtu, tak boleh!
betul tue yana.. sedih tengok n baca kisah adik yaya tue.. walaupun bukan anak kandung sendiri tapi dah tak dak ke sifat keperimanusiaan dalam diri.. yg ayah pun sama..tak pikir ke tue anak kandung darah daging sendiri.. dah tahu wife baru tak suka bagi jer la kat mak kandung jaga.. dari seksa anak sekecil tue hingga menyebabkan dia mungkin akan mengalami cacat kekal..Ya Allah sedihnya.. ;(
ReplyDeletekan farah, kejam sangat tau
Deletesampai macam tu punya teruk dia lanyak budak tu
apalah dosa budak tu? sedih sangat saya mengenangkan masa depan dia yang gelap
harap dapatlah hukuman setimpal
Bila iman tak dipupuk tak mustahil semua ini boleh terjadi sebab syaitan ada di sana-sini. Kalau kita perhatikan rata-rata yg begitu tengok muka pun kita boleh baca (bukanlah ada ilmu makrifat YY) tapi memang nampak jenis hati kering.
ReplyDeletesaya setuju sangat pendapat kak zakie, syaitan ada di mana-mana
Deletebab muka tu, saya tak berapa pasti
mungkin ada kebenaran di situ
Mmg sebak kenangan nasib zaara tu... Cacat kekal pula tu.. Apa la perasaan dia buat ank tiri cmtu.. Kita nak pukul binatang pun tak sampai hati..
ReplyDeletekita yang berjiwa gini mungkin tak akan faham
Deleteobviously mereka tu sakit maria
kalau idak, tak akan tergamak kan?
kasihannya...
ReplyDeletekan...
Deletesedih sungguh...
ReplyDeletememang sedih
DeleteSeusia Naim..
ReplyDeleteMemang sedih sangat dengan kisah ni.
Jahatnya manusia yang tak guna akal fikiran yang waras tu.
Moga dapat balasan yang sepatutnya..
tulah kan cikgu AN
Deletekita membayangkan anak sendiri
kejam sungguh rasanya
memang harap dapat balasan setimpal
Sedih dengan sikap ibubapa yang dilakukan.... ada yang menyalahkan ibu kandungnya... emm masa bercerai masing2 berebut hak ke atas anak... inilah jadinya... kena bara sikit pun kita menjerit.. inikan kulit kanak2 lembut macam Yaya ni...
ReplyDeleteMoga balasan setimpal dilaksanakan keatas bapanya & ibu tiri... sakit pulak hati...
buat masa sekarang kita tak tahu cite sebenar
Deleteyang kita tahu budak tu cedera teruk aje, kesian sangat dekat dia
harap sangat diorang dapat balasan setimpal
tak masuk dek akal perbuatan ganas sampai mcm tu sekali...binatang pun boleh sayang anak....tak kesian lagsung dgn anak kecil tuhhh....
ReplyDeletetu yang akak pun tak paham
Deleteentah syaitan jenis apa yang mengusai diorang
tulah yang saya tak faham
ReplyDeletecamne dia boleh terus memukul time budak tu terpekik terlolong
ALLAH. kejam sangat rasanya!
Apalah yg bersarang kat kepala otak org2 mcm ni hingga sanggup menganiaya kanak-kanak.. astagfirullah... mmg geramlah dgn org2 mcm ni...
ReplyDeletekan...mereka ni sakitlah KK
Deletekalau orang normal tak akan sanggup buat budak gitu
benci tau dengan manusia gini
Sakit hati,marah,bengang dan benci pada si pendera yang zalim ini. Sedih,budak ni sebaya Alia. kecil lagi tu. Maish perlu di manja dan di belai,bukan di siksa..
ReplyDeletekan kak...jahat sangat masalahnya
Deleteentah apa yang buat diorang benci sangat
sampai seksa budak tu jadi camtu
yes. semakin gila dunia zaman sekarang.
ReplyDeletetiap hari ada kes baby kena buang.
baby kena campak.
kanak-kanak kena dera...
sedih!
bukan dunia yang gila, manusia yang makin gila
Deletedunia masih sama sejak dari mula ianya diciptakan
sebarang kerosakkan atau kecacatan adalah disebabkan manusia itu sendiri
tanda dunia akhir zaman
sedih sangat baca berita pasal anak ni...aduhai tiada hati perut langsungkah manusia2 itu, binatang pun sayangkan anak..tak boleh nak baca boleh buat airmata mengalir je
ReplyDeletekan kak? kesian sangat dekat dia
Deletelama sungguh dia menderita. plak tu orang keliling macam tak dengar penderitaan dia
moga mereka yang terlibat dapat balasan setimpal
Bila manusia dah mula hilang sifat peri kemanusiaan. Tak tau nak gelar apa dah dengan orang macam nih. Sebab binatang pon sayangkan anak.
ReplyDeletezaman sekarang memang tak nafikan yang kemanusian tu dah hilang
Deletetanda-tanda dunia akhir zaman
kita yang normal tak akan mungkin faham perilaku ni
doakan yang terbaik aje buat semua mangsa dera
kadang2 kita sebagai masyarakat juga perlu jadi PENYIBUK. Bukanlah secara berlebihan tp menyalurkan maklumat pd yg berwajib kan..
ReplyDeletetepat sekali...benda ni perlu
Deletetak kan nak tunggu mati baru kita nak mabik tau kan
org yg x de anak buat mcm2 cara nak dptkan anak . yg ada anak lak , sesaja je sia -siakan ...
ReplyDeletemental sickness mereka ni vee
Deletekalau normal, dia tak buat gitu
basah mata bila tengok kes penderaan.
ReplyDeletekadang tertanya, takde hati perut ke si pendera tu. Lagi bertambah geram bila si pendera tu rupanya ibubapa tu sendiri.
kan ana? samalah kita
Deleteakak nak bunuh binatang pun tak sanggup
ni manusia...anak sendiri! ishhh...